Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
3 Resipi Nasi Ayam Terlajak Sedap Mesti Cuba Untuk Juadah Berbuka, Anak-Anak Pasti Berselera!
Nasi ayam adalah antara hidangan wajib yang mesti dihidangkan sewaktu bulan puasa walau cuma sekali. Ini kerana, ia adalah antara makanan yang sangat digemari oleh orang Malaysia. Bagi anda yang tidak tahu resepi nasi ayam sedap, anda boleh lihat tiga resipi nasi ayam confirm sedap yang kami sediakan di bawah ini. Salah satunya adalah resepi nasi ayam Khairul Aming yang popular di Tik Tok.
Lihat di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Nasi ayam, hidangan berbuka lengkap nutrisi
Nasi ayam merupakan salah satu hidangan kegemaran ramai terutamanya semasa bulan puasa.
Dengan tekstur nasi yang lembut dan kaya dengan rasa, nasi ayam menjadi pilihan utama untuk berbuka puasa.
Selain itu, nasi ayam juga mudah disediakan dan boleh dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk.
Nasi ayam berasal dari China dan ia sangat popular di seluruh Asia Tenggara.
Ia biasanya dihidangkan dengan ayam yang dimasak dengan rempah-rempah tertentu dan disajikan bersama nasi yang dimasak dengan air rebusan ayam.
Nasi ayam juga lengkap dimakan bersama hidangan sampingan lain seperti sup ayam, sos cili dan sayur-sayuran.
Ini menjadikannya hidangan yang lengkap dengan protein, karbohidrat dan juga vitamin.
3 resepi nasi ayam simple untuk berbuka puasa
Berikut adalah tiga jenis resipi nasi ayam yang boleh anda cuba untuk hidangan berbuka nanti.
#1. Resepi Nasi Ayam Hainan
Menu nasi ayam sering menjadi pilihan juadah untuk seisi keluarga.
Tumis bawang merah dan rempah bersama marjerin hingga naik bau.
Masukkan beras dan kacau rata.
Masukkan air rebusan ayam, daun pandan, sedikit pewarna kuning dan garam. Kemudian, masak nasi seperti biasa.
Cara penyediaan ayam:
Rebus ayam bersama halia dan bawang putih sehingga separuh masak.
Angkat dan sejukkan.
Gaulkan ayam dengan garam, kicap manis, sos tiram dan sedikit minyak masak.
Goreng ayam sehingga masak.
Kesimpulan
Nasi ayam adalah hidangan pilihan yang sempurna untuk berbuka puasa. Dengan pelbagai resepi yang boleh dicuba, anda pasti akan menemui satu resipi yang sesuai dengan selera anda sekeluarga.
Walaupun kami tidak menyertakan resipi sup ayam dan sos cilinya, kami pasti anda sudah tahu cara membuat sup ayam daripada air rebusan ayam serta sos cili yang ringkas.
Selamat mencuba dan selamat berpuasa!
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Nasi Ayam. https://myfcd.moh.gov.my/index.php/1997-food-compositon-database/608-rice,-chicken-(nasi-ayam).html.tmp. Diakses pada September 19, 2023.
Hainanese chicken rice. https://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SIP_910_2005-01-11.html. Diakses pada September 19, 2023.
(Chicken) Rice To Meat You!. https://www.sfa.gov.sg/food-information/risk-at-a-glance/chicken-rice. Diakses pada September 19, 2023.
Chicken Rice. https://www.roots.gov.sg/en/ich-landing/ich/chicken-rice. Diakses pada September 19, 2023.
Chicken, Rice, and Fruit Salad. https://www.myplate.gov/recipes/supplemental-nutrition-assistance-program-snap/chicken-rice-and-fruit-salad. Diakses pada September 19, 2023.
Versi Terbaru
13/03/2024
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor