Kadang-kadang kita fikir anak main kejar-kejar atau lompat-lompat itu cuma untuk seronok semata-mata. Tapi tahukah anda, aktiviti fizikal prasekolah sangat penting untuk perkembangan fizikal dan kesihatan anak berumur 4 hingga 6 tahun?
Kadang-kadang kita fikir anak main kejar-kejar atau lompat-lompat itu cuma untuk seronok semata-mata. Tapi tahukah anda, aktiviti fizikal prasekolah sangat penting untuk perkembangan fizikal dan kesihatan anak berumur 4 hingga 6 tahun?

Ini adalah fasa di mana otot, koordinasi dan keyakinan diri mereka berkembang paling aktif. Dengan menyediakan aktiviti fizikal yang sesuai dan menyeronokkan, kita bukan saja bantu anak jadi lebih sihat, malah bantu mereka belajar kawal badan, fokus dan bersosial dengan lebih baik.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.
Dalam usia 4 hingga 6 tahun, anak-anak berada dalam fasa tumbesaran yang sangat aktif. Pada tahap ini, mereka bukan saja belajar mengenali dunia, tetapi juga sedang membina kekuatan otot, keseimbangan dan keyakinan diri melalui pergerakan harian.
Berikut antara kepentingan aktiviti fizikal prasekolah yang perlu ibu bapa tahu:

Bila anak aktif bergerak, sebenarnya banyak perkara yang sedang berlaku dalam tubuh mereka. Berikut antara kesan positif yang boleh kita lihat hasil daripada aktiviti fizikal yang konsisten:
Bila anak berlari, melompat atau memanjat, otot dan tulang akan jadi lebih kuat. Ini bantu anak membesar dengan lebih sihat dan aktif.
Aktiviti seperti melompat atas satu kaki atau main lompat getah bantu mereka kuasai pergerakan badan dengan lebih baik.
Motor kasar seperti berlari, melompat; motor halus pula seperti menyusun blok atau bermain plastisin. Keduanya penting untuk perkembangan menyeluruh.
Bila anak perlu ikut aturan permainan atau tunggu giliran, ini melatih mereka kawal diri dan lebih teliti – kemahiran penting bila masuk sekolah nanti.
Anak yang cukup aktif siang hari biasanya lebih mudah tidur malam. Tidur yang baik pula penting untuk tumbesaran dan pembelajaran.
Anak yang banyak tenaga boleh mengelakkan masalah tumpuan atau ‘tantrum’ bila tenaga disalurkan melalui permainan fizikal.

Setiap kali anak berjaya menyempurnakan sesuatu aktiviti seperti melompat jauh, berjaya berlari laju, atau berdiri seimbang, itu akan membina rasa bangga dan percaya pada kebolehan diri mereka sendiri.
Untuk memastikan anak anda mendapat manfaat sepenuhnya daripada aktiviti fizikal, penting untuk memilih aktiviti yang sesuai dengan usia dan minat mereka. Berikut adalah beberapa contoh aktiviti fizikal kanak-kanak 4–6 tahun yang sesuai untuk dilakukan di rumah mahupun di taska:

Ibu bapa tak perlu risau buat aktiviti rumit—contoh aktiviti fizikal seperti menari, berlari atau bermain bola pun dah mencukupi. Yang penting, jadikan ia rutin dan menyeronokkan. Anak aktif hari ini, lebih sihat dan cerdas esok!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
22/02/2026
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz