backup og meta

Tisu Basah Di Pasaran Punca Ruam Pada Si Manja? Mama, Jom Buat Tisu DIY!

Tisu Basah Di Pasaran Punca Ruam Pada Si Manja? Mama, Jom Buat Tisu DIY!

Tisu basah baby merupakan antara item wajib ada bagi kebanyakan ibu bapa pada masa kini. Ia biasanya menjadi pilihan apabila di luar rumah. Tetapi selamat ke untuk menggunakan tisu ini pada bahagian tubuh seperti muka bayi?

Untuk mengetahui jawapannya, teruskan membaca perkongsian artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Tisu basah baby

Tisu bayi adalah tisu lembap yang direka untuk membersihkan kulit bayi dengan berkesan semasa menukar lampin.

Biasanya tisu ini akan menggunakan bahan sensitif untuk mengelakkan kerengsaan pada kulit si manja dan sekurang-kurangnya mengandungi satu bahan pelembap dan menenangkan.

Disebabkan itulah, tisu basah bayi ini sesuai digunakan untuk membersihkan bahagian sulit si kecil terutamanya selepas kencing dan berak.

Bahan dalam tisu basah baby

Tisu lembap ini biasanya menggabungkan air, minyak, pembersih dan pengawet. 

Terdapat juga tisu yang mempunyai formula lebih ringkas, contohnya hanya menggunakan air dan pengawet ringan. Sesetengah tisu basah juga mungkin mempunyai formulasi lebih kompleks yang menggunakan pelbagai jenis minyak, agen pembersih dan pengawet.

Anda akan menggunakan tisu ini beberapa kali sehari, jadi amat penting untuk memberi perhatian terhadap bahan yang digunakan.

tisu basah baby

Berikut adalah bahan yang paling biasa digunakan dalam tisu bayi:

Air, bahan utama dalam tisu basah bayi 

Tidak menghairankan, kebanyakan tisu bayi mengandungi sekurang-kurangnya 95% air – biasanya ditapis, ditulenkan atau disuling.

Minyak dan pelembap

Minyak membantu menanggalkan kotoran pada bahagian sulit si kecil, mengelakkan tisu mudah kering dan memberikan pelembap nipis untuk kulit. 

Antara jenis minyak yang sering digunakan adalah minyak zaitun, minyak sayuran, minyak kelapa, minyak kastor atau minyak bijian seperti daripada bunga matahari, tomato atau kranberi.

Bahan pembersih dalam tisu basah baby

Dalam kebanyakan tisu lembap, bahan ini adalah seperti setitik sabun dan sudah tentu bahan di dalam sabun itu yang harus diperhatikan.

Bahan pengawet

Pengawet digunakan untuk membantu memastikan tisu basah ini sentiasa segar dan menghalang pertumbuhan bakteria atau kulat. 

Perhatikan bahan pengawet keras yang harus dielakkan seperti phenoxyethanol, benzyl alcohol, sodium benzoate atau methylchloroisothiazolinone.

Bahan pewangi

Oleh sebab wangian merupakan punca yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit bayi yang sensitif, jadi sebaiknya pilihlah tisu basah yang tidak dicampur bahan ini. Kebanyakan tisu bayi sensitif tidak mengandungi sebarang pewangi.

Baca juga:

Penggunaan tisu basah bayi, selamat ke?

Penggunaan tisu basah dianggap perkara biasa dan sering menjadi pilihan untuk membersihkan badan si manja daripada kotoran. Bahkan tisu basah juga sering digunakan untuk membersihkan muka bayi, ini kerana ia dianggap selamat untuk kulit bayi.

Tetapi adakah benar tisu basah selamat dan boleh digunakan pada bahagian muka si manja?

Kebenarannya, penggunaan tisu basah untuk muka bayi adalah tidak selamat sepenuhnya – terutama jika digunakan secara intensif.

Tisu lembap ini biasanya hanya disyorkan untuk membersihkan bahagian kemaluan bayi selepas membuang air besar, apabila berada di luar rumah atau dalam keadaan terdesak lain. 

Penggunaan kerap tisu basah baby ini tidak disarankan, lebih-lebih lagi jika digunakan untuk mengelap muka bayi anda.

Ia dianggap tidak selamat jika tisu digunakan mengandungi alkohol dan pewangi – bahan yang cenderung menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi, ruam merah dan kegatalan. Malah, penggunaan untuk jangka masa lama dan konsisten, berisiko menyebabkan kulit pada bahagian muka bayi rosak.

tisu basah baby

Cara selamat menggunakan tisu basah baby

Tetapi bagaimana jika berada dalam keadaan terdesak untuk mengelap muka bayi dan hanya mempunyai tisu basah?

Bertenang, ada cara selamat untuk menggunakan tisu lembap ini pada muka si kecil, iaitu dengan menggosok tisu secara minimum. Idea yang disarankan adalah untuk mengelap tisu pada muka bayi sekali sahaja bagi mengelakkan kerengsaan.

Umumnya, bahagian paling selamat untuk menggunakan tisu basah adalah pada bahagian alat sulit si manja, tangan, kaki dan belakang badan mereka

Sebaiknya, pilihlah tisu yang mengandungi alkohol dan wangian dalam jumlah yang kecil. Atau lebih baik lagi adalah memilih tisu basah yang langsung tidak menggunakan bahan-bahan tersebut bagi mengelakkan reaksi alahan pada kulit bayi.

Kadangkala, agak sukar untuk mendapatkan tisu basah tanpa penggunaan alkohol, jadi anda boleh membuatnya sendiri di rumah. Ingin tahu bagaimana caranya? Jom!

Cara membuat tisu basah di rumah

Berikut adalah bahan-bahan dan cara membuatnya:

Bahan-bahan untuk menghasilkan tisu basah baby:
  • 2 cawan air panas – supaya tisu tidak berkulat
  • 1 sudu besar minyak bayi
  • 2 sudu besar sabun mandian bayi
  • 1 gulung tisu dapur 
  • Tempat bersih untuk menyimpan tisu

tisu basah baby

Cara membuat tisu basah bayi:
  1. Potongkan tisu dapur kepada 2 bahagian menggunakan pisau tajam.
  2. Campurkan air panas bersama sabun mandian dan minyak bayi, kacau sebati.
  3. Masukkan tisu yang dipotong tadi ke dalam bekas simpanan. Kemudian tuangkan campuran cecair ke atas tisu. Pastikan tisu basah secara rata.
  4. Tutup bekas dan biarkan seketika.
  5. Buka bekas mengandungi tisu basah dan keluarkan kertas pada bahagian tengah tisu. Kini tisu basah DIY anda sedia untuk digunakan.

Cara penyimpanan tisu basah bayi DIY

Perlu diingatkan penghasilan tisu lembap DIY adalah tidak menggunakan bahan pengawet. Ini bermakna kemungkinan jangka hayat tisu adalah tidak sama seperti yang dibeli di kedai.

Sebelum menggunakan tisu basah DIY, pastikan anda memeriksa tiada kulat pada tisu, okay?

Manakala untuk kaedah penyimpanan tisu buatan sendiri ini, gunakanlah bekas bersih dan kedap udara.

Penggunaan tisu basah baby

Jika anda mempunyai masa dan keinginan, adalah berbaloi untuk menghasilkan tisu basah sendiri. 

Ia bukan sekadar dapat menjimatkan duit untuk tempoh jangka masa panjang, tetapi bagi ibu bapa yang mempunyai bayi dengan kulit sensitif, membuat tisu basah sendiri membolehkan anda mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas bahan yang digunakan.

Secara tidak langsung penggunaan tisu basah DIY akan dapat mencegah iritasi pada kulit si kecil yang lembut. Selamat mencuba! 

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Karien J. Rodriguez, Corey Cunningham, Robert Foxenberg, Douglas Hoffman and Rebecca Vongsa (2020). The science behind wet wipes for infant skin: Ingredient review, safety, and efficacy. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7383888/,  Accessed on June 6, 2022
  2. DIY Tisu Basah Untuk Bersihkan Rumah. Senang Sangat Rupanya! https://www.vanillakismis.my/diy-tisu-basah-untuk-bayi-bersihkan-rumah-senang-sangat-rupanya/, Accessed on June 6, 2022 
  3. Lavender, T., Furber, C., Campbell, M. et al. Effect on skin hydration of using baby wipes to clean the napkin area of newborn babies: assessor-blinded randomised controlled equivalence trial. BMC Pediatr 12, 59 (2012). https://doi.org/10.1186/1471-2431-12-59, Accessed on June 6, 2022
  4. A Word on Wipes. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/diapers-clothing/Pages/A-Word-on-Wipes.aspx, Accessed on June 6, 2022  
  5. Emma Mactaggart,David Orchard,Mei Mui Tam (2021). Baby wipes and nappy rash – what is the relationship? A review. https://doi.org/10.1111/ajd.13715, Accessed on June 6, 2022 

Versi Terbaru

07/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Hati-hati Sapu Minyak Urut Pada Si Manja! ELAKKAN Bahan BAHAYA Ini

Ini 6 Manfaat Minyak Telon Baby Yang Mama Harus Tahu, Point Last Sekali Paling Penting!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan