backup og meta

Anak Tak Habis Minum Susu? Jangan Simpan! Ini Info Penting Mama Papa Kena Tahu

Anak Tak Habis Minum Susu? Jangan Simpan! Ini Info Penting Mama Papa Kena Tahu

Tengah bancuh susu untuk baby ke? Hmmm…pernah tak tertanya, susu formula tahan berapa lama ya setelah dibancuh? 

Sebagai ibu bapa, kita pasti tahu tanggungjawab ini bukanlah mudah. Rasa letih itu adalah perkara biasa, khususnya buat mereka yang pertama kali bergelar parents.

Bahkan, sudah tentu anda pernah mengalami situasi di mana bayi baru lahir tertidur semasa menyusu. Selepas mengalihkan botol susunya dan disebabkan kepenatan, anda terlelap seketika – rasanya hanya untuk tempoh 5 minit.

Apabila bayi terjaga dalam keadaan lapar dan ingin menyusu kembali. Anda terfikir untuk memberikan kembali botol susu yang sama. 

Tetapi apabila melihatnya rupanya anda sudah tertidur hampir 65 minit, dan bukannya 5 minit. Jadi bolehkah botol dengan baki susu formula yang separuh itu diberikan kepada si kecil? 

Berapa jam sekali bayi minum susu formula pula?

Bagi mendapatkan penjelasan mengenainya, teruskan membaca artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Susu formula tahan berapa lama setelah dibancuh pada suhu bilik?

sukatan susu formula
Sukatan susu formula yang betul.

Susu formula tahan berapa lama dalam suhu bilik?

Sebaik sahaja campuran susu tepung dan air berlaku, kiraan jam akan bermula. 

Sebagai peraturan umum, susu botol yang telah dibancuh dapat bertahan selama 2 jam pada suhu bilik, tanpa disentuh dan tidak dipanaskan.

Tetapi untuk lebih kepastian, sebaiknya anda menyemak arahan pada label. Ini kerana terdapat sesetengah jenama, arahan pengeluarnya mengatakan susu dianggap selamat untuk diminum dalam tempoh 1 jam pada suhu bilik setelah dibancuh.

Susu rumusan yang disimpan dalam peti sejuk

Susu formula tahan berapa lama ya jika disimpan dalam peti sejuk?

Jika disimpan di dalam peti sejuk, tempoh ketahanannya adalah lebih lama selagi bayi tidak meminumnya terus daripada botol.

Sebotol susu rumusan yang sudah dibancuh tetapi tidak digunakan boleh bertahan sehingga 24 jam di dalam peti sejuk.

Ada sesetengah ibu bapa yang gemar membuat susu botol segar sebelum setiap sesi penyusuan.

Tetapi ada juga ibu bapa yang memilih untuk membancuh susu dalam jumlah yang banyak mengikut keperluan si kecil setiap pagi dan menyimpannya di dalam peti sejuk. Ia sama ada dibahagikan terus ke dalam botol susu atau hanya dituangkan apabila diperlukan nanti.

Berapa jam sekali bayi minum susu formula ya?

Sebagai contoh, jika si kecil anda biasanya akan menyusu botol antara 3-4 jam sekali, anda boleh membuat antara 6 hingga 8 botol susu yang akan bertahan sepanjang hari.

Pastinya cara sebegitu lebih mudah dan boleh mengelakkan bayi daripada menangis kelaparan sementara menunggu susu botol siap dibancuh.

Pun begitu, harus diingatkan suhu peti sejuk hendaklah pada 4.4°C atau lebih rendah.

susu formula bayi
Cara menyimpan susu formula.

Kini anda sudah tahu susu formula tahan berapa lama setelah dibancuh dan disimpan di dalam peti sejuk. 

Adakah penyimpanan di dalam peti sejuk beku akan memanjangkan tempoh ketahanannya?

Malangnya, kaedah membekukan susu rumusan yang sudah dibancuh adalah tidak disyorkan. Ini kerana ia boleh mengubah tekstur dan tidak memanjangkan tempoh masa ketahanan susu.

Baki susu formula tahan berapa lama setelah diminum & disimpan di dalam peti sejuk?

Mesti ada ibu bapa yang terfikir untuk menyimpan baki susu botol yang tidak habis, betul tak? Rasa sayang dan membazir, apatah lagi jika si kecil hanya minum suku atau setengah. Apakah tanda susu formula rosak?

Namun sebenarnya susu itu harus dibuang dalam tempoh masa 1 jam. Ia juga tidak disarankan untuk disimpan di dalam peti sejuk untuk digunakan kemudian nanti. Kenapa ya?

Ini kerana produk berasaskan susu terkenal dengan pembiakan bakteria. Maka sebaik sahaja bayi telah minum daripada botol susu tersebut, bakteria telah muncul dan susu tersebut tidak boleh disimpan.

Susu yang dipanaskan

Apa lagi ya persoalan berkaitan susu formula tahan berapa lama yang mungkin bermain di fikiran anda?

Haaa..bagaimana susu yang telah dipanaskan, bolehkah ia disimpan semula dalam peti sejuk untuk digunakan kemudian nanti?

Untuk soalan ini, jawapannya juga adalah tidak boleh. Sekali lagi ia berkaitan dengan isu bakteria dan ia akan membiak lebih baik dalam persekitaran suam.

Seperkara perlu anda ketahui, serbuk susu siap dibancuh dan disimpan di dalam peti sejuk, sebaik sahaja dipanaskan, garis panduan 2 jam yang dijelaskan pada awal tadi untuk susu bancuhan belum disentuh, tidak terpakai.

Sebaliknya susu botol yang dipanaskan harus digunakan dalam jangka masa 1 jam dan apa sahaja baki susu hendaklah terus dibuang selepas itu.

susu formula tahan berapa lama
Jumlah kuantiti susu untuk bayi setiap hari.

Susu formula tahan berapa lama setelah dibuka?

Selain isu baki susu formula tahan berapa lama setelah dibancuh, pastinya ada ibu bapa yang ingin mengetahui berkaitan dengan ketahanan susu formula setelah ia dibuka.

Secara amnya, sebaik sahaja bekas serbuk formula dibuka, ia harus digunakan dalam tempoh 1 bulan dan disimpan di tempat kering yang sejuk, bukan di dalam peti sejuk.

Manakala berapa lama pula susu formula boleh bertahan sekiranya ia belum dibuka langsung? Untuk jawapan ini, anda hanya perlu menyemak tarik luput pada bekasnya. Pastikan tiada tanda susu formula rosak selepas ia dibuka.

Kesimpulan

Segala persoalan berkaitan susu formula tahan berapa lama sudah dijawab dalam perkongsian artikel ini. Semoga ia bermanfaat buat anda.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Infant Formula Preparation and Storage. https://www.cdc.gov/nutrition/infantandtoddlernutrition/formula-feeding/infant-formula-preparation-and-storage.html#, Accessed on May 21, 2022
  2. Formula Feeding FAQs: Preparation and Storage. https://kidshealth.org/en/parents/formulafeed-storing.html, Accessed on May 21, 2022
  3. Feeding Your Infant: How to Prepare and Store Baby Formula. https://health.clevelandclinic.org/feeding-your-infant-how-to-prepare-and-store-baby-formula/, Accessed on May 21, 2022 
  4. Infant formula: 7 steps to prepare it safely. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/infant-formula/art-20045791. Accessed on May 21, 2022 
  5. Feeding your baby with formula. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/feeding-your-baby-with-formula. Accessed on May 21, 2022

Versi Terbaru

22/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Olivia Ajong


Artikel Berkaitan

Susu Segar VS Susu Formula - Mana Lebih Baik? Ini Kebaikan & Keburukan Yang Anda Perlu Tahu

Bayi Kurang Menyusu Bila Dah Start Makan? Ini Tip Seimbangkannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan