backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Bayi Kurang Menyusu Bila Dah Start Makan? Ini Tip Seimbangkannya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

    Bayi Kurang Menyusu Bila Dah Start Makan? Ini Tip Seimbangkannya

    Sebaik sahaja si manja mulai makan makanan pejal, mungkin bayi kurang menyusu. Jadi, ibu bapa mungkin tercari-cari bagaimana cara untuk mengimbangi antara makanan dan penyusuan susu.

    Dalam perkongsian artikel ini, Hello Doktor akan membantu anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Keperluan pengambilan makanan pejal

    Apabila si kecil menginjak usia 6 bulan, bayi mulai makan makanan pejal bagi mendapat nutrien penting termasuk zat besi untuk pertumbuhan dan perkembangan.

    Memperkenalkan pepejal dalam diet pemakanan bayi penting bagi membantu mereka belajar makan, mendedahkan kepada rasa dan tekstur baharu serta mengembangkan mulut dan rahang, yang penting untuk perkembangan pertuturan.

    Elak masalah bayi kurang menyusu, kenal pasti tahap kesediaan dulu

    Umumnya, proses memperkenalkan makanan pepejal ini adalah bergantung kepada si kecil sepenuhnya.

    Berikut adalah 6 tanda bayi mungkin sudah bersedia untuknya:

    • Bayi berumur antara 4-6 bulan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan menunggu sehingga 6 bulan
    • Bayi kehilangan refleks tujahan lidah (tongue-thrust reflex) – naluri yang membantu bayi mengelakkan tercekik dengan menolak makanan keluar daripada mulutnya. Cuba berikan sedikit makanan, bayi sudah bersedia sekiranya mereka menelanbayi kurang menyusu
    • Bayi mempunyai kawalan leher dan kepala yang baik apabila duduk, walaupun masih perlu bersandar. Jangan menyuapkan makanan ketika bayi dalam keadaan berbaring
    • Bayi memerhati atau cuba mencapai makanan mahupun menjilat sudu atau garpu anda
    • Bayi membuka mulut apabila disuakan sudu
    • Bayi sihat dan gembira

    Tiada masalah bayi kurang menyusu jika tahu jumlah makanan & susu

    Susu ibu atau susu formula akan kekal sebagai sumber makanan utama bayi untuk tempoh 12 bulan pertama kehidupan mereka.

    Apabila bayi bersedia untuk menerima makanan pepejal pertamanya, mulakan dengan menawarkan makanan dalam jumlah yang kecil, 1-2 sudu teh.

    Waktu makan tengah hari antara masa paling sesuai untuk memulakannya.

    • Bayi usia 4-8 bulan: Sentiasa tawarkan susu terlebih dahulu dan tunggu antara 30 minit hingga sejam sebelum memberikan makanan pepejal. Mulakan dengan 1 hidangan sehari sebelum menambah jumlah kepada 2-3 hidangan sehari

    Setelah bayi mencapai usia 6 bulan, anda boleh mula memperkenalkan air kosong pada waktu hidangan.

    • Bayi usia 8-9 bulan: Terus memberikan susu terlebih dahulu sebelum makanan pepejal. Bayi sudah boleh makan 3 hidangan sehari pada tahap ini. Namun ia bergantung kepada si kecil kerana setiap bayi adalah berbezabayi kurang menyusu
    • Bayi usia 9 bulan ke atas: Kini, anda boleh berikan makanan pepejal dahulu dan kemudiannya susu

    Ikuti keperluan si kecil

    Selera makan si manja adalah berbeza dari hari ke hari, bahkan ia semestinya tidak sama dengan bayi yang lain.

    Ikut isyarat bayi; jika mereka menoleh atau hilang minat terhadap makanan, bermakna bayi sudah kenyang. Anda juga akan mula belajar apabila bayi lapar, terlalu letih untuk makan atau bosan.

    Sekiranya si manja mengambil makanan pejal dengan banyak dan tidak menghabiskan mahupun menolak penyusuan susu, mereka mungkin sudah bersedia untuk mengurangkan kekerapan penyusuan.

    Sebaliknya jika si manja tidak berminat dengan makanan pepejal, bermakna mereka terlalu kenyang dengan penyusuan susu.

    Makanan pertama yang sesuai penting untuk elak bayi kurang menyusu

    5 kumpulan makanan berikut adalah antara jenis makanan pejal pertama yang boleh diberikan kepada si kecil:

    Baca juga:

    Sayuran dan kekacang 

    Berikan si manja labu, ubi keledek, lobak merah, kentang, kacang pis, brokoli, kubis bunga dan zucchini yang dimasak dan dijadikan puri.

    Kurangkan pemberian puri secara beransur-ansur dan jadikan tekstur makanan lebih pekat. 

    Kemudian anda boleh memberikan bayi sayuran yang dimasak tetapi tidak dijadikan puri.

    Berikan buah apabila bayi mulai makan

    Berikan buah yang telah direbus dan dijadikan puri seperti epal, pir, pic, aprikot dan beri mahupun pisang masak yang dilenyek.

    Secara beransur-ansur, anda boleh perkenalkan si manja kepingan buah yang dimasak, pisang, pic atau epal mentah yang diparut.

    Elakkan kepingan epal mentah bersaiz besar kerana boleh mengakibatkan bayi tercekik.

    Bijirin 

    Berikan bayi bijirin yang diperkaya seperti bijirin beras sebagai permulaan. 

    Seterusnya anda boleh beralih kepada oat yang dimasak, biskut sarapan bijirin penuh atau bijirin bayi.

    Elakkan daripada menambah gula atau madu serta hindari daripada memberikan bijirin ditambah coklat atau gula.

    bayi kurang menyusu

    Bayi kurang menyusu jika makan daging?

    Jadikan puri sebagai permulaan makanan pejal mereka.

    Setelah bayi menerimanya, berikan dalam bentuk kepingan ayam, daging cincang, ikan segar, tauhu dan kekacang dilenyekkan, telur hancur atau telur rebus yang dilenyekkan.

    Jangan menambah garam dan elakkan daging diproses. Jika anda ikut cara pemberian yang betul, tiada masalah bayi kurang menyusu. 

    Susu, keju & yogurt

    Susu ibu atau susu formula harus diberikan sehingga usia bayi 12 bulan. Bagi mengelakkan masalah bayi kurang menyusu, anda juga boleh menambah susu ke dalam makanan seperti bubur.

    Keju parut boleh ditambah ke dalam sayuran yang dilenyekkan. Pilih yogurt tanpa gula tambahan dan masukkan buah sebagai perasa asli.

    Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai diet dan pemakanan bayi, berbincanglah dengan doktor pediatrik atau pakar pemakanan untuk mendapatkan bantuan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan