backup og meta

Sunatkan Bayi Perempuan Masa Kecil, Bila Waktu Yang Sesuai? Parents WAJIB Ambil Tahu!

Sunatkan Bayi Perempuan Masa Kecil, Bila Waktu Yang Sesuai? Parents WAJIB Ambil Tahu!

Pernahkah anda mendengar mengenai keperluan berkhatan atau sunat bayi perempuan? Apakah hukum sunat bayi perempuan yang sebenarnya?

Ikuti kupasan mengenai berkhatan bayi perempuan dalam perkongsian artikel ini. Semoga bermanfaat! 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Hukum melakukan sunat bayi perempuan dalam Islam 

Adakah berkhitan wajib?

Mungkin ada dalam kalangan ibu bapa yang beragama Islam tidak pernah mendengar mengenai prosedur bersunat untuk anak perempuan, berbanding keperluan bersunat bagi bayi lelaki.

Namun hakikatnya, perbuatan berkhatan atau berkhitan ini bagi wanita sudah menjadi amalan kebiasaan sebahagian komuniti termasuk masyarakat Arab sejak dahulu kala.

Pada zaman Rasulullah SAW, amalan ini sudah diamalkan dan Rasulullah SAW mengiktirafnya di samping meletakkan beberapa kaedah.

Sabitnya pensyariatan khatan ini juga dikuatkan dengan hadis daripada Humaid bin Bilal, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

وَمَسَّ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ

Maksudnya: “Dan apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan wanita, ertinya jimak) maka wajiblah mandi.” – Hadis riwayat Imam Muslim dalam al-Sahih (no. 349).

Berdasarkan hadis tersebut, ia menunjukkan bahawa kaum wanita juga perlu berkhatan dan bukan hanya lelaki. 

Menerusi pembacaan di laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, hukum berkhatan bayi perempuan adalah wajib.

Tetapi sekiranya boleh membawa kemudaratan pada si manja, maka ia perlu dielakkan. Namun begitu tiada ayat al- Quran atau hadis yang mewajibkan khitan kepada perempuan secara khususnya.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor 2013 pula mengambil hukum harus bagi anak perempuan dalam berkhatan bagi menjawab adakah berkhitan wajib. 

Manakala Jawatankuasa negeri Perlis 2017 memutuskan hukum berkhitan bagi bayi perempuan adalah berdasarkan keperluan yang dinilai pakar.

Sekiranya didapati tiada keperluan untuk berkhitan, maka tidak perlu untuk mereka disunatkan.

Kelebihan berkhatan atau sunat bayi perempuan dari sudut sains

Dari sudut perubatan tradisional, terdapat kepercayaan bahawa amalan berkhatan ini mungkin menawarkan kebaikan.

Pun begitu, setakat ini tiada kajian menunjukkan khitan kepada perempuan memberikan manfaat kesihatan atau kebaikan dari sudut perubatan.

Anatomi yang terlibat dalam proses sunat bayi perempuan

Jika sunat bagi lelaki melibatkan prosedur pemotongan lapisan kulit yang menutupi kepala zakar disebut sebagai kulup atau prepuce, bagaimana pula dengan perempuan?

Dalam proses berkhatan perempuan, bahagian yang wajib untuk dibuang adalah kulit di atas saluran kencing – klitoris – seperti balung ayam jantan. 

Bahagian tersebut amnya akan dinipiskan atau dikemaskan tanpa melibatkan pemotongan melampau seperti dalam amalan female genital mutilation (FGM). Hello Doktor akan terangkan mengenai FMG di bawah ini.

Contoh Female Genital Mutilation (FGM).
Contoh Female Genital Mutilation (FGM).

Dalam bahasa mudah, sunat bayi perempuan hanya melibatkan proses membuang prepuce atau lebihan kulit pada bahagian klitoris atau disebut kelentit. Tiada jahitan dilakukan pada kemaluan, malah prosesnya juga sangat ringkas dan sepatutnya tidak menyakitkan bayi.

Tip penjagaan selepas berkhatan bayi perempuan

Bilakah waktu sesuai untuk bersunat anak perempuan??

Tempoh usia bayi yang paling sesuai untuk menjalani prosedur berkhatan ini adalah selepas dilahirkan sehingga berusia 2 tahun. Ada juga saranan yang menyatakan waktu sesuai sunat anak perempuan adalah selepas bayi berusia 3 bulan. 

Kenapa perempuan sunat waktu kecil? Ini kerana proses penyembuhan yang sangat cepat. Selain itu, bayi juga masih belum mempunyai rasa takut atau malu berbanding saat mereka sudah besar untuk menjalani prosedur tersebut. 

Terdapat tiga cara sunat bayi perempuan yang biasa dilakukan pakar perubatan iaitu menggunakan peralatan tajam seperti:

  • Pisau
  • Gunting
  • Jarum disterilkan

Biasanya ketiga-tiga kaedah ini tidak akan mendatangkan kecederaan secara keterlaluan.

Berbeza dengan sunat kanak-kanak lelaki yang perlu ‘berpantang’, proses penyembuhan bayi perempuan yang berkhatan hanya mengambil masa 2-5 hari sahaja. 

Tetapi jika menggunakan kaedah pisau dan gunting dengan teknik yang betul, proses pemulihan dijangkakan lebih cepat malah tiada kesukaran penjagaan luka.

Persediaan sebelum prosedur sunat bayi perempuan

Sudah tentu perkara paling penting sebelum membawa si kecil untuk berkhatan, ibu bapa harus memastikan anak berada dalam keadaan sihat dan bebas sebarang jangkitan seperti demam, masalah pernafasan atau gastrousus atau sebarang jangkitan di bahagian kemaluan. 

Namun sebaiknya, ibu bapa disyorkan untuk mendapatkan nasihat doktor dahulu terutamanya melibatkan kesesuaian usia dan keadaan kesihatan semasa anak.

Dapatkan juga cadangan daripada doktor berpengalaman dan mahir untuk mengendalikan proses ini. 

Sesetengah klinik yang menawarkan perkhidmatan berkhatan bayi perempuan ini akan menyarankan agar ibu bapa memakaikan lampin baharu sebelum prosedur dimulakan. 

Cara lebih mudah adalah memastikan bayi ditukarkan lampin baharu di rumah sebelum bertolak ke klinik – bertujuan bagi memastikan kebersihan si kecil terjaga.

Tidak mendatangkan mudarat

Ingat lagi tak, tadi kita ada menyebut mengenai female genital mutilation atau FGM?

Kalau membuat carian mengenai female circumcision di internet, anda akan dihidangkan dengan artikel berkaitan FGM – yang mana kedua-dua kaedah adalah berbeza sama sekali.

Kaedah Female Genital Mutilation (FGM)
Kaedah Female Genital Mutilation (FGM)

Seperti dinyatakan di atas, proses khitan atau sunat bayi perempuan hanyalah membuang lebihan kulit pada klitoris sahaja.

Sebaliknya FGM merujuk kepada prosedur yang melibatkan pembuangan sebahagian atau keseluruhan alat kelamin luar wanita.

Dalam erti kata lain, ia amalan yang merosakkan atau mencacatkan klitoris. Bahkan perbuatan seperti itu diharamkan dalam Islam.

Kesimpulan

Jika wujud sebarang pertanyaan atau keraguan mengenai cara sunat bayi perempuan, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian. 

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Al-Kafi #419 :Hukum Berkhatan Bagi Kaum Wanita. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1336-al-kafi-419-hukum-berkhatan-bagi-kaum-wanita, Accessed on Feb 24, 2022 
  2. Hukum Khitan Anak Perempuan. https://muftiperlis.gov.my/index.php/himpunan-fatwa-negeri/136-hukum-khitan-anak-perempuan, Accessed on Feb 24, 2022
  3. The Fatwa Ruling On Female Circumcision. http://www.umatia.org/ftawa12.html, Accessed on Feb 24, 2022
  4. The Practice of Female Circumcision among Muslims in Kelantan, Malaysia. https://www.jstor.org/stable/3775716, Accessed on Feb 24, 2022 
  5. Female genital mutilation. https://www.unicef.org/protection/female-genital-mutilation,https://www.unicef.org/protection/female-genital-mutilation, Accessed on Feb 24, 2022 

 

Versi Terbaru

15/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ibu Ayah, Jangan Pelik Kalau Bayi 'Newborn' Anda Mengalami 8 Tanda Ini, Tak Bahaya!

Ibu, Ini Cara Betul Membersihkan Kemaluan Bayi Lelaki & Penjagaan Jika Bayi Sunat Awal


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan