Si Bapa dan Penyusuan Badan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/04/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Kebanyakan ibu bapa bersetuju bahawa penyusuan susu ibu adalah cara terbaik untuk memberikan bayi makan. Susu ibu mengandungi campuran hebat nutrien dan memberikan pelbagai manfaat kesihatan kepada bayi. Selain itu, penyusuan susu ibu adalah percuma, tanpa sebarang persiapan atau pembersihan, dan adalah cara yang sempurna untuk seorang ibu membina hubungan dengan anaknya.

Tetapi ramai bapa baru mempunyai perasaan yang berbeza mengenai penyusuan selepas kedatangan bayi. Ia bukanlah bermakna bahawa si bapa tidak menghargai penyusuan dan manfaatnya – hanya sahaja mereka berasa sedikit ketinggalan dalam pengalaman ini.

Perasaan kekurangan

Adalah perkara biasa untuk si bapa merasa:

-Merasa takut bahawa anda akan mempunyai masa yang sukar untuk membina ikatan dengan bayi anda berbanding pasangan anda.

-Merasa kekurangan, mempercayai bahawa semua yang anda lakukan untuk bayi anda tidak boleh dibandingkan dengan sumbangan pasangan anda

-Merasa tidak senang kepada bayi yang secara fizikalnya telah mengganggu anda dan pasangan anda.

-Mempercayai bahawa memandangkan wanita yang menyusukan bayi, mereka lebih berpengetahuan dan mempunyai kemahiran yang lebih baik.

Berikut adalah beberapa cara yang tertentu di mana para bapa boleh membantu:

  1. Banyakkan membantu dan lebih bertimbang rasa. Penyusuan susu ibu adalah satu tugas yang sukar, begitu juga dengan kerja pasangannya. Bantu bila-bila masa yang boleh. Apabila si ibu menyusukan anak, bawakan dia bantal atau segelas air, atau bantu untuk sendawakan bayi apabila bayi selesai makan. 
  2. Pastikan anda mendapat banyak sentuhan kulit ke kulit dengan anak anda. Memeluk, memandikan, dan membaca di kerusi semasa bayi anda tidur di atas dada anda adalah kunci kepada ikatan hubungan. Dan ini akan memberikan anda dan bayi anda peluang untuk menjalin hubungan dengan cara yang sama seperti rasa kasih yang timbul melalui penyusuan. 
  3. Luangkan banyak masa bersantai dengan bayi anda. Bawa bayi anda berjalan-jalan dalam kereta sorong, Bawa bayi dalam pengendong bayi sewaktu membeli-belah, atau bermain di lantai bersama-sama. Ini akan memberikan anda dan bayi anda peluang untuk bersendirian. Semakin kerap ini berlaku, anda akan lebih yakin tentang keupayaan anda sebagai seorang bapa. 
  4. Susukan bayi anda dengan susu badan daripada botol. Anda boleh memperkenalkan bayi anda dengan botol dan mula mengambil alih tugas di masa makan. (Sebelum memulakan penggunaan botol susu, adalah lebih baik menunggu sehingga bayi anda berusia sekurang-kurangnya 4 minggu supaya tabiat penyusuannya telah terbina dengan baik. Anda ingin memastikan bayi anda peluang untuk betul-betul selesa dengan penyusuan payudara sebenar terlebih dahulu.) Cuba untuk tidak terasa hati jika bayi anda kelihatan tidak menikmati menyusu botol dengan anda. Puting plastik, seperti yang sebenar, datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Jadi, anda mungkin perlu bereksperimen untuk mengetahui jenis puting terbaik yang bayi anda sukai.
  1. Bersabar jika pasangan anda seolah-olah kurang menggemari hubungan kelamin. Pasangan anda mungkin hanya fokus kepada penyusuan bayi anda. Selain itu, wanita pada masa ini mungkin mempunyai tahap estrogen yang lebih rendah jadi pelinciran faraj semula jadi mungkin tidak mencukupi. Ini boleh membawa kepada hubungan kelamin yang tidak selesa atau menyakitkan. Jadi, daripada menganggap bahawa pasangan anda tidak tertarik kepada anda lagi, dapatkanlah pelincir berasaskan air untuknya apabila dia berada dalam mood.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wean Off, Adakah Baby Bersedia? Ini Yang Ibu Kena Tahu Tentang Usia Sesuai Bercerai Susu

    Berbicara tentang proses penyusuan, pernah tak anda terfikir bilakah masa sesuai untuk cerai susu dilakukan? Adakah wean off terlalu awal atau lewat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Bayi, Keibubapaan, Penyusuan 14/12/2020 . 3 minit bacaan

    Payudara Lelaki Mungkin Tidak Sebesar Wanita, Tapi Ada Fungsi Pada Puting Dada Si Jejaka

    Semua orang tahu puting lelaki tidak mempunyai sebarang fungsi biologikal. Jika ada dan puting anda mengeluarkan susu, anda perlu berjumpa doktor...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kesihatan Lelaki, Kesihatan Lelaki Lain 11/11/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Yang Mungkin Berlaku Pada Kulit Ibu Ketika Menyusukan Bayi, No. 3 Paling Jarang Perasan

    Penyusuan susu ibu bertujuan memberikan nutrisi yang mencukupi kepada bayi. Namun, adakah terdapat kesan terhadap kulit ibu disebabkan oleh penyusuan bayi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Bayi, Keibubapaan, Penyusuan 27/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Sedang Hamil Bayi Kembar? Ini Cara Penyusuan Terbaik & Posisi Menyusu Badan Yang Sesuai

    Ibu kepada bayi kembar akan berdepan masalah saat penyusuan? Tidak semestinya, kerana ada cara menyusu anak kembar yang boleh dicuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Bayi, Keibubapaan, Penyusuan 09/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara menyusukan bayi

    Terlupa Susukan Anak Guna Payudara Kanan @ Kiri? Guna 7 Tip Ini Sebagai Peringatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 3 minit bacaan
    penyusuan susu ibu

    Ini Cara Mudah Elak Anak Obes Apabila Besar, Ibu Kena Berikan Si Manja Susu Badan Eksklusif

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan
    jangkitan kulat

    Mulut & Lidah Si Manja Ada Tompokan Putih? AWAS, Mungkin Itu PUNCA Bayi Sukar Menyusu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyusuan eksklusif

    Risau Susu Badan Tak Cukup? Apa Kata Ibu Cuba 5 Resepi Sedap & Berkhasiat Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/12/2020 . 4 minit bacaan