Penyusuan susu ibu bukan sahaja bermanfaat untuk bayi, malah ia memberikan pelbagai kelebihan kepada si ibu.
Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan pertama kehidupan bayi, dan diteruskan sehingga umur dua tahun atau lebih, adalah amalan yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan American Academy of Pediatrics (AAP) 1 2.
Panduan ini bukan sahaja menekankan kepentingan pemakanan semula jadi untuk bayi, malah turut menyokong tumbesaran sihat serta perkembangan awal yang lebih optimum.
Menyedari tempoh awal kelahiran sebagai waktu yang penting bagi tumbesaran dan perkembangan bayi, penyusuan susu ibu boleh dianggap sebagai strategi awal dalam memupuk kesihatan jangka panjang kedua-dua ibu dan anak.
Dalam masa yang sama, pengambilan nutrien tertentu seperti probiotik juga boleh memainkan peranan pelengkap dalam menyokong kesejahteraan usus sepanjang tempoh ini.
Mari kita lihat apakah manfaat penyusuan susu ibu dan bagaimana probiotik menyokong rutin keibuan ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.
Manfaat penyusuan susu Ibu secara eksklusif kepada bayi

Kami pasti ramai ibu-ibu di luar sana yang sudah tahu tentang kebaikan penyusuan eksklusif kepada bayi. Namun adakah anda tahu kebaikannya secara khusus? Lihat di bawah ini 3 4:
#1. Nutrisi optimum
Penyusuan susu ibu memberikan nutrien yang paling seimbang dan sempurna untuk bayi.
Ia mengandungi kolostrum yang kaya dengan protein, vitamin dan mineral yang membantu dalam perkembangan awal bayi.
Kolostrum juga mengandungi faktor pertumbuhan yang penting untuk pematangan saluran pencernaan bayi.
#2. Sokongan sistem imun
Susu ibu mengandungi antibodi penting seperti IgA, lactoferrin dan lysozyme yang bertindak sebagai pelindung terhadap jangkitan virus dan bakteria.
Ini membantu mengurangkan risiko bayi daripada mengalami penyakit seperti cirit-birit, jangkitan pernafasan dan telinga.
#3. Perkembangan sihat
Penyusuan susu ibu menyumbang kepada pertambahan berat badan yang sihat dan seimbang bagi bayi.
Beberapa kajian juga menunjukkan kaitan antara penyusuan eksklusif dengan peningkatan perkembangan kognitif bayi, termasuk keupayaan belajar dan tumpuan yang lebih baik apabila mereka membesar.
Manfaat penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada ibu

Rutin penyusuan eksklusif bukan sahaja memberi manfaat kepada bayi, tetapi juga kepada ibu. Apakah kebaikan rutin penyusuan anak ini kepada ibu-ibu semua? 3 5
#1. Pemulihan selepas kehamilan
Penyusuan bayi membantu mempercepatkan pengecutan rahim ke saiz asal dan menyumbang kepada penurunan berat badan secara semula jadi.
Ini kerana tubuh menggunakan lebih banyak kalori semasa menghasilkan susu ibu.
#2. Kesihatan emosi
Hormon oksitosin yang dikeluarkan semasa penyusuan bayi dapat membantu meredakan tekanan, memperbaiki mood dan mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin.
#3. Kesihatan jangka panjang
Penyusuan susu ibu dikaitkan dengan penurunan risiko beberapa jenis kanser, terutamanya kanser payudara dan ovari.
Ia juga menyumbang kepada kesihatan tulang yang lebih baik.
#4. Praktikal dan Menjimatkan
Susu ibu sentiasa tersedia, bebas kos dan berada pada suhu ideal.
Ia juga menjarakkan kehamilan secara semula jadi melalui penekanan ovulasi, sekaligus menjadi kaedah kawalan kelahiran semula jadi sementara.
Menyokong kesejahteraan ibu & bayi dengan pengambilan probiotik
Dalam tempoh penyusuan bayi, keseimbangan usus ibu memainkan peranan penting.
Pengambilan probiotik boleh menyokong sistem pencernaan dan kesejahteraan usus yang sihat, terutamanya selepas kehamilan yang boleh mengganggu mikrobiom usus.
Minuman susu kultur seperti Yakult mengandungi strain Shirota yang terbukti secara saintifik membantu mengimbangi mikroorganisma baik dalam usus.

Strain ini sesuai diambil oleh semua peringkat umur termasuk ibu hamil dan mereka yang sedang menyusukan anak.
Dengan memperbaiki fungsi usus, ibu akan berasa lebih selesa dan ini memberi kesan positif kepada sistem imun mereka.
Anda perlu tahu bahawa 80% daripada sistem imun berada di dalam usus, dan sistem imun yang kukuh adalah amat penting bagi ibu yang baru bersalin kerana sering kurang tidur dan mengalami tekanan fizikal.
Selain itu, Yakult juga membantu melancarkan penghadaman seperti sembelit dan kembung perut yang sering dialami oleh ibu yang sedang menyusukan anak.
Bagaimana probiotik menyokong bayi melalui susu ibu?
Walaupun penyusuan susu ibu sudah sangat bermanfaat, pengambilan probiotik oleh ibu boleh meningkatkan lagi manfaat tersebut.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa bakteria baik daripada probiotik boleh dipindahkan kepada bayi melalui susu ibu 6 7.
Proses ini membantu membina mikrobiom usus bayi yang sihat sejak awal usia.
Mikrobiom yang seimbang dan pelbagai pada bayi sangat penting kerana ia membentuk asas kepada sistem imun yang kukuh.
Hasil positif kepada bayi jika usus mereka kuat
Sistem pencernaan yang sihat membantu bayi mencerna makanan dengan lebih baik, seterusnya mengurangkan masalah seperti kolik, kembung perut dan ruam lampin 8.
Probiotik juga berperanan dalam mengurangkan penghasilan gas yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada bayi.
Apabila mikrobiom usus bayi sihat, ia juga membantu membina sistem imun yang kukuh.
Ini bermakna bayi berisiko lebih rendah mendapat jangkitan, alahan serta masalah kulit seperti ekzema apabila mereka membesar.
Memupuk kesejahteraan jangka panjang bermula dari usus
Kesihatan usus yang baik memberikan asas kepada kesejahteraan keseluruhan bayi sejak awal.
Dalam masa yang sama, ibu juga mendapat manfaat apabila sistem penghadaman mereka berfungsi dengan baik dan sistem imun berada pada tahap optimum.
Mengambil minuman probiotik seperti Yakult boleh menjadi pelengkap kepada perjalanan penyusuan anak anda.
Minuman yang kaya probiotik seperti Yakult bukan bertindak sebagai pengganti, tetapi sebagai penyokong kepada kesihatan tubuh badan.
Ibu yang tenang dan sihat akan membantu bayi membesar dengan lebih gembira dan kuat, dari dalam ke luar.
[embed-health-tool-baby-poop-tool]