home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kolostrum: Apakah Manfaatnya Kepada Bayi Anda?

Kolostrum: Apakah Manfaatnya Kepada Bayi Anda?

Tanpa disedari, ibu hamil sebenarnya akan menyusukan anak dengan kolostrum. Apakah itu kolostrum? Bagaimanakah ia akan memberi kesan kepada bayi anda? Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Apakah itu kolostrum?

Kolostrum adalah susu yang dihasilkan payudara anda semasa kehamilan dan beberapa hari selepas melahirkan bayi. Ia kebiasaannya kelihatan seakan warna kekuningan. Berbanding susu badan, kolostrum lebih pekat. Ia juga mempunyai kandungan protein, karbohidrat dan antibodi yang tinggi tetapi rendah lemak.

Mengapakah anda perlu memberikan bayi kolostrum?

1. Meningkatkan sistem imun

Kolostrum bukan sahaja akan membekalkan nutrien kepada bayi yang baru lahir, tetapi juga memberikan pelbagai sel hidup yang berfungsi melindungi bayi anda daripada agen berbahaya. Faktor imun yang terdapat dalam kolostrum juga jauh lebih kuat berbanding susu badan.

2. Vaksin semulajadi

Kolostrum memainkan peranan sebagai vaksin yang 100% semulajadi dan selamat. Ia mengandungi banyak agen antibodi. Antibodi adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh sistem imun dan berfungsi melawan penyakit. Ia akan menyerang dan membunuh mikroorganisma seperti bakteria, kulat dan virus. Kandungan antibodi yang terdapat dalam kolostrum juga adalah 100 kali lebih banyak berbanding yang terdapat dalam susu badan.

3. Pelindung saluran pencernaan

Kolostrum dapat membantu melindungi saluran pencernaan bayi. Ia akan menghalang bendasing daripada memasukinya serta membuat bayi lebih peka terhadap makanan yang pernah dimakan oleh ibunya.

4. Pelbagai manfaat kesihatan yang lain

Kolostrum dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan pelbagai infeksi lain. Ia juga mempunyai khasiat untuk meningkatkan pertumbuhan fizikal bayi anda. Selain itu, kolostrum sangat membantu jika diberikan pada waktu bayi anda sedang sibuk melakukan aktiviti. Kajian turut menunjukkan bahawa kolostrum dapat membantu individu mengelakkan flu.

Adakah kolostrum mempunyai kesan sampingan?

Sehingga kini, kolostrum diklasifikasikan sebagai selamat dan tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan. Namun begitu, pengambilan kolostrum pada jangka masa yang lama mungkin akan mengakibatkan kegelisahan, logorrhea dan insomnia. Kesemua kesan sampingan yang tidak serius pula akan hilang selepas beberapa hari.

Adakah kolostrum akan terus dihasilkan?

Kolostrum secara beransur-ansur akan berubah menjadi susu badan selepas beberapa minggu anda melahirkan bayi. Semasa transisi ini, antibodi badan akan berkurang dan amaun susu akan meningkat. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana fungsi melawan penyakit masih wujud di dalam susu badan. Semakin banyak susu badan diterima oleh bayi, semakin tinggi kadar imunisasi dalam badan bayi.

Walaupun pengeluar susu formula bayi sudah cuba untuk mencipta sumber alternatif kepada kolostrum, mereka masih tidak dapat meniru sepenuhnya manfaat nutrisi yang terdapat di dalam susu semulajadi manusia. Oleh itu, anda perlu lebih banyak meluangkan masa untuk menyusukan anak anda dengan susu badan sekurang-kurangnya semasa beberapa minggu pertama agar bayi anda boleh mendapat manfaat yang sepenuhnya daripada susu badan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

What Is Colostrum. http://study.com/academy/lesson/what-is-colostrum-definition-benefits-side-effects.html. Accessed November 24, 2016.

What Is Colostrum? How does it benefit my baby?. http://www.lalecheleague.org/faq/colostrum.html. Accessed November 24, 2016.

What’s Colostrum? http://www.babycenter.com/404_whats-colostrum_8896.bc. Accessed November 24, 2016.

Colostrum https://www.sciencedaily.com/terms/colostrum.htm. Accessed November 24, 2016.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 13/09/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x