
Merokok adalah satu tabiat buruk yang akan mendatangkan pelbagai masalah kesihatan kepada kita antaranya adalah peranakan jatuh. Kenapa?
Ini kerana perbuatan merokok boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit tekak dan batuk.
Kesannya, ia boleh mengakibatkan rahim wanita yang bergelar perokok mungkin terjatuh atau terkeluar.
#3. Gunakan ‘vaginal pessary’
Apakah alat yang digunakan sebagai petua kecutkan rahim kembang ini? Buat anda yang belum tahu, ia adalah sebuah alat yang mempunyai bentuk seperti kuih donat.
Fungsi alat ini adalah untuk mengecutkan rahim.
Cara penggunaannya adalah dengan meletakkan alat ini ke kawasan serviks. Alat itu akan tersekat di situ sekali gus memastikan sistem peranakan tidak akan terjatuh atau terkeluar dengan mudah.
#4. Elakkan mengangkat barang berat
Wanita diciptakan sebagai makhluk yang lemah lembut dan ia wajar kekal begitu.
Jadi, sila elakkan daripada mengangkat barang berat atau melakukan senaman angkat besi di gimnasium.
Sebaliknya, cari alternatif yang lebih selamat namun sihat untuk bersenam seperti berjoging atau berenang.
#5. Amalkan diet yang sihat

Salah satu petua kecutkan rahim kembang adalah melalui diet. Diet yang sihat dan seimbang adalah satu kemestian buat semua orang. Namun, ia mungkin perlu diberi perhatian lebih oleh golongan wanita.
Tanpa pengambilan serat seperti buah-buahan atau sayur-sayuran, masalah sembelit boleh berlaku.
Kesannya, ia mungkin akan menyebabkan rahim kembang jika anda kerap meneran di dalam bilik air.
Jadi, sila makan lebih banyak serat untuk mengelakkan ia berlaku.
#6. Terapi penggantian estrogen
Sekiranya anda merujuk masalah ini kepada doktor, mereka mungkin akan menyarankan anda untuk mengambil hormon estrogen.
Tujuannya adalah untuk mengelakkan otot dan ligamen menjadi lemah. Kesannya, rahim boleh mengecut.
Pun begitu, ia turut hadir dengan beberapa komplikasi yang lain.
Antaranya adalah meningkatkan risiko penyakit seperti kanser payudara serta pembekuan darah di bahagian kaki.
Jadi, sila pertimbangkan ini terlebih dahulu.
#7. Pembedahan merawat rahim kembang
Akhir sekali, terdapat satu cara paling efektif untuk merawat peranakan jatuh iaitu pembedahan.
Terdapat 2 prosedur yang boleh dilakukan iaitu:
Ia akan dilakukan mengikut tahap keterukan masalah anda.
Oleh itu, sila berhubung dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan merawat masalah rahim kembang yang dialami.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen