home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Panduan Menyusu Sewaktu Berpuasa

Panduan Menyusu Sewaktu Berpuasa

Puasa adalah menahan diri daripada memakan atau mengurangkan pengambilan beberapa jenis atau semua jenis makanan dan minuman untuk suatu tempoh masa secara sukarela. Bagi kaum Muslimin, puasa bererti menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat. Wanita yang menyusu boleh dikecualikan daripada ibadah tersebut. Walau bagaimanapun, ramai wanita menyusu yang sihat memilih untuk melaksanakannya. Jadi, apakah cara yang betul untuk berpuasa apabila anda sedang menyusukan anak?

Adakah selamat untuk berpuasa semasa menyusu?

Menurut beberapa kajian, bekalan susu ibu mungkin dipengaruhi oleh puasa. Para ibu cenderung mengabaikan penyusuan badan kepada bayi mereka pada hari berpuasa berbanding hari biasa. Disebabkan itu, payudara mungkin kurang menghasilkan susu akibat kurang rangsangan. Oleh itu, pastikan anda menyusu bayi secara teratur untuk menormalkan pengeluaran susu sewaktu puasa.

Secara saintifik, puasa tidak menjejaskan kualiti nutrien susu ibu. Bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya berpuasa hanya jika anda merasakan bahawa tubuh anda cukup sihat. Asalkan anda menjaga amalan pemakanan sihat dan berkhasiat setiap hari, anda akan terus menghasilkan susu ibu yang padat nutrien.

Walau bagaimanapun, jika bayi anda berusia kurang daripada enam bulan dan memerlukan jumlah susu yang lebih banyak, anda mungkin boleh memilih untuk tidak berpuasa. Rujuk doktor anda untuk memberikan anda jadual dan nasihat yang terbaik.

Sementara dari segi kesejahteraan diri, anda tentu akan melalui perubahan fizikal yang dialami orang lain sewaktu berpuasa. Dapatkan sokongan emosi daripada mereka yang pernah melaluinya sebelum anda untuk mengelakkan kemurungan dan keresahan sewaktu tempoh berpuasa.

Apa yang perlu saya lakukan semasa bulan puasa?

Memaksimumkan pengeluaran dan kualiti susu ibu

  • Makan lebih banyak karbohidrat kompleks seperti bijirin penuh, kacang, biji-bijian, oatmeal dan sayur-sayuran hijau.
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak.
  • Kurangkan pengambilan gula anda untuk memastikan gula dalam darah anda stabil semasa puasa.
  • Minum air dengan banyak dan elakkan minuman bergula, berkarbonat dan kafein.
  • Makan ikan untuk menyediakan diri dengan omega-3.
  • Makan makanan kaya kalsium seperti susu, yogurt, minuman yogurt dan susu soya.

Kekalkan tenaga untuk diri sendiri

  • Cuba berpuasa sebelum Ramadan untuk mendapatkan perasaan sebenar untuk mengetahui bagaimana untuk mempersiapkan diri dan mengelakkan tekanan.
  • Pam susu anda di tempat kerja, seperti biasa, untuk mengekalkan penghasilan susu anda.
  • Banyakkan meminum air kosong.
  • Elakkan dehidrasi dengan menahan diri daripada kerja berat.
  • Ambil masa untuk tidur sebentar dan berehat sekali sekala untuk kebaikan anda dan bayi.

Bilakah saya perlu meminta bantuan?

Anda perlu mendapatkan bantuan perubatan:

  • Apabila bayi anda kencing kurang daripada biasa (biasanya bayi yang menyusu kencing sekurang-kurangnya 6 kali sehari selepas minggu pertama).
  • Apabila anak anda kelihatan tidak puas dan menangis selepas disusukan.
  • Apabila berat badan anak anda berkurang.
  • Apabila anak anda menjadi tidak selesa dan gelisah kebanyakan masa.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Balanced Nutrition, Key to Breastfeeding While Fasting. http://mypositiveparenting.org/2016/06/26/balanced-nutrition-key-to-breastfeeding-while-fasting/ Accessed April 20, 2017.

Breastfeeding and fasting. https://www.babycentre.co.uk/a1028957/breastfeeding-and-fasting/ Accessed April 20, 2017.

Gambar penulis
Ditulis oleh Helma Hassan pada 24/04/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x