backup og meta

Masih Tak Cukup Berat Walaupun Dah Setahun? Ibu Boleh Cuba 8 Tip Ini, Pasti Berkesan!

Masih Tak Cukup Berat Walaupun Dah Setahun? Ibu Boleh Cuba 8 Tip Ini, Pasti Berkesan!

Salah satu masalah dalam aspek penjagaan anak adalah apabila bayi kurang berat. Ada beberapa cara menaikkan berat badan bayi yang boleh diamalkan.

Ingin tahu caranya? Teruskan membaca perkongsian artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Garis panduan penjagaan anak

Perkembangan bayi

  • Berdasarkan anggaran daripada garis panduan umum, seorang bayi harus membesar sekitar 3x ganda berat kelahirannya ketika berusia 1 tahun.

Sebaliknya, aspek penjagaan anak yang melibatkan perkembangan ketinggian, gembira, sihat dan aktif merupakan petunjuk yang lebih baik untuk kesejahteraan daripada berat badannya semata-mata.

Aktif bagi kanak-kanak berumur setahun, bermaksud bahawa dia sedang membesar dan menjelajah dunia sekelilingnya. 

Tetapi adakah keadaan anak yang tidak mempunyai berat seimbang itu didasari oleh masalah kesihatan atau penyakit?

Ada cara menaikkan berat badan bayi yang boleh dipraktikkan?

Tumbesaran yang gagal

Biasanya, apabila anak-anak yang sedang membesar tidak menambah berat badan sebagaimana sepatutnya, keadaan tersebut dikenali sebagai kegagalan untuk berkembang.

Kegagalan untuk berkembang itu sendiri bukanlah 1 penyakit atau gangguan. Sebaliknya, ia adalah tanda bahawa seorang kanak-kanak kekurangan zat makanan – antara aspek berkaitan penjagaan anak. 

cara menaikkan berat badan bayi
Berat badan bayi yang normal.

Secara amnya, si kecil gagal berkembang kerana tidak mendapat cukup kalori untuk membesar dan menambah berat badan dengan cara yang sihat.

Apabila anak tidak dapat menambah berat badan, mereka juga mungkin tidak akan membesar pada ketinggian sasaran.

Anak anda memerlukan kalori cukup untuk proses pembelajaran dan tumbesaran yang baik.

Oleh itu, anak yang gagal berkembang mungkin mula berjalan dan bercakap lebih lambat berbanding kanak-kanak seusia yang lain.

Bahkan, mereka juga cenderung untuk menghadapi masalah pembelajaran di sekolah.

Tetapi usah bimbang, ada cara menaikkan berat badan bayi yang boleh dicuba oleh ibu bapa. 

Cara menaikkan berat badan bayi

Berikut 8 petua menaikkan berat bayi lelaki dan perempuan yang boleh ibu bapa cuba dalam usaha melibatkan penjagaan anak untuk membantu menambah berat badan si manja. Semoga berjaya!

Cara menaikkan berat badan bayi 6 bulan #1. Penuhi keperluan kalori harian

Bagi anak berumur setahun, mereka memerlukan kira-kira 1,000 kalori yang dibahagikan kepada 3 hidangan makanan utama dan 2 makanan ringan atau snek setiap hari.

Ini adalah untuk memenuhi keperluan mereka untuk membesar, memperolehi tenaga serta mendapat nutrisi yang mencukupi. 

Anda perlu tahu bahawa tabiat pemakanan anak kecil tidak menentu dan kerap berubah. Ia sukar untuk diramalkan.

Anak anda boleh menambah berat badan bayi perempuan dan lelaki dengan cara:

cara menambah berat badan bayi
Jenis makanan untuk menambah berat badan bayi.
  • Makan semua yang dihidangkan semasa sarapan dan langsung tidak mengambil makanan lain sepanjang hari
  • Makan hanya makanan yang sama selama tiga hari berturut-turut – dan kemudian tidak mahu lagi makanan tersebut
  • Makan 1,000 kalori dalam sehari. Tetapi kemudian mengambil kalori dalam jumlah yang atau kurang dalam tempoh 1 atau 2 hari selepas itu

#2. Beri galakan dan bukan paksaan

Dalam aspek penjagaan anak, anda boleh menggalakkan mereka untuk makan. Tetapi jangan memaksa anak anda makan pada waktu tertentu.

Kedengaran pelik, namun diet pemakanan si kecil akan seimbang dalam tempoh beberapa hari jika anda menyediakan pelbagai makanan sihat.

#3. Tawarkan variasi, antara cara menaikkan berat badan bayi 7 bulan

Salah 1 cara menaikkan berat badan bayi adalah dengan memberikan si manja pilihan kepelbagaian daripada setiap kumpulan makanan asas.

Ini kerana anak berusia setahun memerlukan makanan daripada kumpulan pemakanan asas yang sama seperti individu dewasa.

Berikan mereka peluang untuk bereksperimen dengan pelbagai rasa, warna, dan tekstur. Umumnya, si kecil harus makan makanan seimbang kaya kandungan vitamin.

#4. Jangan menyekat

Jangan hadkan lemak dalam menu pemakanan anak yang berusia setahun. Bayi dan anak kecil harus mendapat kira-kira separuh daripada kalori mereka daripada lemak.

Setelah anak mencapai usia 2 tahun, anda boleh secara beransur-ansur mengurangkan pengambilan lemak (menurunkannya kepada ⅓  kalori harian pada usia 4 hingga 5 tahun).

Cara menaikkan berat badan bayi 7 bulan #5. Suhu makanan

Pastikan makanan yang diberikan berada pada suhu yang sesuai untuk mengelakkan luka terbakar pada mulut (mouth burn). 

Pastikan anda menguji dan menilai sendiri suhu makanan tersebut kerana si manja mungkin akan makan tanpa mempedulikan kepanasan suhu makanan.

#6. Elakkan makanan berperisa untuk tambah berat badan bayi perempuan

Jangan berikan makanan yang tambah perasa berlebihan, terlalu masin atau manis mahupun banyak mentega.

Penambahan ini menghalang anak anda daripada merasa makanan yang semula jadi

Di samping itu, tabiat pemakanan tersebut boleh membahayakan kesihatannya untuk jangka panjang.

Petua menaikkan berat bayi lelaki #7. Tersedak atau tercekik makanan

Anak yang masih kecil cenderung untuk tersedak atau tercekik makanan. Ini kerana mereka masih tidak tahu mengunyah dengan gerakan mengisar sehingga berumur sekitar 4 tahun.

Pastikan apa sahaja yang anda berikan kepada anak dilenyekkan atau dipotong kecil untuk mudah dikunyah.

cara mengatasi anak tercekik
Makanan yang boleh menyebabkan anak tercekik.

#8. Tambah berat badan bayi perempuan dengan fokus pada pemakanan

Selain itu, cara menaikkan berat badan bayi yang boleh dicuba adalah dengan memastikan si kecil duduk ketika waktu makan dan diawasi oleh individu dewasa.

Ia adalah 1 kebiasaan untuk anak yang berusia setahun melakukan semuanya sekali gus, seperti makan sambil lari atau semasa bercakap.

Namun, tabiat sebegitu hanya akan meningkatkan risiko untuk tersedak atau tercekik makanan

Sebaiknya ajar dan latih si manja seawal mungkin untuk menghabiskan makanan di dalam mulut sebelum bercakap.

Nasihat pakar berkaitan cara menaikkan berat badan bayi

Sekiranya anda bimbang anak anda tidak menambah berat bayi lelaki dan perempuan anda walaupun mencuba petua di atas, berjumpalah dengan doktor.

Mereka akan dapat menilai keadaan dan menetapkan makanan tambahan jika diperlukan oleh si manja.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Failure to Thrive. https://kidshealth.org/en/parents/failure-thrive.html, Accessed on Sept 10, 2020
  2. Feeding & Nutrition Tips: Your 1-Year-Old. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/toddler/nutrition/Pages/Feeding-and-Nutrition-Your-One-Year-Old.aspx, Accessed on Sept 10, 2020
  3. Infant and toddler health.
    https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/expert-answers/infant-growth/faq-20058037, Accessed on Sept 10, 2020
  4. Physical Appearance and Growth: Your 1 Year Old. https://www.cdc.gov/growthcharts/who_charts.htm. Accessed on Sept 10, 2020
  5. Safe Weight Gain Tips for Underweight Kids. https://www.eatright.org/health/weight-loss/your-health-and-your-weight/safe-weight-gain-tips-for-underweight-kids, Accessed on Sept 10, 2020

 

Versi Terbaru

29/03/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Mama Stres Bayi Sering Meragam Kerana Perut Kembung? Jom Cuba Petua Ini!

Aduh, Anak Cerewet Makan! Ibu Boleh Cuba Resipi Ayam Ini, Sungguh Lazat Pasti Si Kecil Suka!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan