backup og meta

Risiko Bayi Terjerut Buaian Semasa Tidur, Mama Ambil Tahu 7 Aspek Keselamatan Ini, Ya!

Risiko Bayi Terjerut Buaian Semasa Tidur, Mama Ambil Tahu 7 Aspek Keselamatan Ini, Ya!

Kes bayi terjerut buai yang pernah menggemparkan Malaysia, sudah pastinya akan menimbulkan kebimbangan di hati ibu bapa. Bahkan mungkin ada di antara kalian mula mempersoalkan mengenai keselamatan penggunaan buaian bayi ini.

Sebenarnya tiada salahnya untuk menggunakan buaian bayi sekiranya digunakan dengan cara yang betul.

Sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk membelinya, teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui tip keselamatan menggunakan buaian ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Manfaat penggunaan buaian bayi

Sebelum kita mengetahui apakah cara bagi mengurangkan risiko bayi terjerut buai, jom fahami terlebih dahulu mengenai kebaikan penggunaan buaian ini.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Menenangkan bayi

Secara amnya, pergerakan yang dihasilkan oleh buaian mampu menenangkan si kecil. 

Ini khususnya untuk tempoh beberapa bulan pertama selepas kelahirannya, di mana bayi mungkin mengalami kesukaran dalam fasa membiasakan diri dengan persekitaran baharu.

Bayi yang diletakkan di dalam buaian dikatakan akan berasa lebih tenang dan mudah terlena, bahkan tempoh tidurnya juga lebih lama.

Belajar mengimbangi diri

Tanpa kita sedari, si manja yang diletakkan di dalam buaian akan belajar mengimbangi diri apabila dibuai dan berayun.

Pasang buaian dengan cara yang betul bagi mengelakkan risiko bayi terjerut buai.
Pasang buaian dengan cara yang betul bagi mengelakkan risiko bayi terjerut buai.

Memudahkan penjagaan bayi

Sejujurnya sebagai ibu, anda pasti akan berasa bahagia apabila dapat mendodoikan si manja sehingga mereka terlena dalam dakapan, betul tak?

Tetapi ada kalanya terdapat kerja rumah lain yang perlu dilakukan seperti melipat pakaian atau memasak, jadi dengan meletakkan si kecil dalam buaian bayi, sudah tentu akan dapat membantu.

Jadi ini bermakna, penggunaan buaian bukan sahaja memberikan manfaat buat si kecil, tetapi juga kepada parents.

Tip keselamatan elak bayi terjerut buai

Seperti yang dinyatakan tadi, penggunaan buaian ini boleh memberikan manfaat kepada si manja. Namun aspek keselamatan tetap perlu diutamakan.

Jadi bagaimana untuk memastikan risiko kemalangan atau kecederaan kepada si manja dapat dielakkan?

Alaskan tilam

Oleh sebab buaian ini biasanya lebih tinggi daripada paras lantai, maka pastikan anda meletakkan tilam atau bantal sebagai alas. 

Ini bagi mengurangkan risiko kecederaan kepada bayi sekiranya terjatuh daripada buaian atau terhantuk.

Baca juga:

Had masa, elakkan risiko bayi terjerut buai

Disaran mengehadkan tempoh penggunaan buaian ini kepada maksimum 2 jam bagi satu sesi.  Sebaiknya apabila bayi sudah tidur, alihkan mereka ke permukaan rata. 

Selebihnya perbanyakkan sesi tummy time untuk bayi. Ini kerana jika mereka lebih banyak berada di dalam buaian, maka si kecil tidak akan dapat belajar bagi menguatkan otot-otot untuk belajar meniarap dan berjalan.

Kelajuan menghayun

Tidak digalakkan menghayun buaian bayi ini dengan terlalu kuat kerana ia boleh meningkatkan risiko kepala bayi terhantuk di lantai.

Perkara ini penting untuk dititikberatkan terutamanya ketika anda mungkin sedang dalam emosi marah atau stres apabila anak menangis dan meragam.

Elak bayi terjerut buai #Sentiasa pantau

Oleh sebab badan bayi terutamanya bahagian lehernya masih lembut, jadi anda perlu sentiasa memantau kedudukan si kecil, walaupun mereka sudah tertidur lena.

Pastikan bayi anda berada dalam posisi yang betul semasa dalam buaian.
Pastikan bayi anda berada dalam posisi yang betul semasa dalam buaian.

Anda juga perlu kerap mengawasi bayi kerana mereka mungkin akan cuba untuk keluar daripada buaian selepas terjaga daripada tidur.

Material buaian

Jika fabrik buaian diperbuat daripada material kain kapas bebenang, anda perlu pastikan ianya tidak mudah tertarik. Ini penting bagi mengelakkan risiko bayi mungkin terjerut benang.

Penggunaan pada waktu malam tingkatkan risiko bayi terjerut buai

Anda mungkin telah melakukan langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecederaan kepada si manja. 

Tetapi seperti peribahasa ‘malang tidak berbau’, si kecil masih terdedah kepada perkara yang tidak diingini seperti lemas semasa tidur.

Jadi sebaiknya pada waktu malam, elakkan penggunaan buaian ini. Tidurkan bayi pada permukaan tilam yang rata.

Barang di dalam buaian

Anda mungkin merasakan si manja memerlukan teddy bear atau bantal peluk. 

Namun hakikatnya buaian yang diisi dengan terlalu banyak barang seperti permainan fluffy, selimut tebal atau bantal yang berlebihan boleh melemaskan bayi.

Keadaan tersebut sekali gus meningkatkan risiko untuk bayi mengalami sindrom kematian mengejut (SIDS).

Langkah bagi mencegah sindrom kematian mengejut.
Langkah bagi mencegah sindrom kematian mengejut.

Kesimpulannya

Risiko bahaya sememangnya boleh berlaku jika langkah-langkah keselamatan tidak diambil. 

Jadi sekiranya anda berhajat untuk menggunakan buaian bayi ini, pastikan aspek keselamatan si manja menjadi keutamaan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Baby-swing safety. https://www.consumerreports.org/cro/news/2008/06/baby-swing-safety/index.htm, Accessed on Feb 14, 2023
  2. Sleep Hammocks: Are They Safe for Babies? https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/700childrens/2019/03/sleep-hammocks, Accessed on Feb 14, 2023
  3. Baby hammocks. https://www.qld.gov.au/law/your-rights/consumer-rights-complaints-and-scams/product-safety-for-consumers/safety-advice-and-warnings/safe-sleep/baby-hammocks, Accessed on Feb 14, 2023
  4. Karen Chiu, Shirley L. Tonkin, Alistair Gunn and Christine Gaye McIntosh. April 2014. Are baby hammocks safe for sleeping babies? A randomised controlled trial. https://www.researchgate.net/publication/261923789_Are_baby_hammocks_safe_for_sleeping_babies_A_randomised_controlled_trial,  Accessed on Feb 14, 2023
  5.  How to Keep Your Sleeping Baby Safe: AAP Policy Explained. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/sleep/Pages/A-Parents-Guide-to-Safe-Sleep.aspx,  Accessed on Feb 14, 2023

Versi Terbaru

05/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Tidur Meniarap, Telentang Atau Mengiring? Ini Posisi Tidur Bayi Yang Betul!

Bayi 3 Bulan Sudah Boleh Duduk? Ini Bahayanya Jika 'Paksa' Baby Duduk Terlalu Awal!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/11/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan