What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other
ask-doctor-icon

Tanya Doktor Secara Percuma

Jadi yang terawal untuk berkongsi pandangan anda kepada Hello Doktor

Bayi 3 Bulan Sudah Boleh Duduk? Ini Bahayanya Jika 'Paksa' Baby Duduk Terlalu Awal!

    Bayi 3 Bulan Sudah Boleh Duduk? Ini Bahayanya Jika 'Paksa' Baby Duduk Terlalu Awal!

    Bolehkah bayi 3 bulan didudukkan atau perlu menunggu beberapa bulan lagi? Adakah terdapat bahaya jika si kecil duduk lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya?

    Dalam perkongsian artikel ini, parents akan mengetahui umur berapa bayi boleh duduk dan cara yang dibenarkan untuk membantu mereka.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Umur berapa bayi boleh duduk?

    Bagi menjawab pertanyaan sama ada bolehkah bayi 3 bulan didudukkan atau tidak, jawapannya adalah ia bergantung kepada si kecil itu sendiri.

    Ini kerana terdapat perbezaan pada usia bagi setiap bayi – ada yang dapat menguasai kemahiran duduk ini dengan cepat dan terdapat juga bayi yang memerlukan lebih banyak masa.

    Kebiasaannya pada sekitar usia 3-5 bulan, bayi mungkin sudah dapat duduk dengan bantuan dan akan jatuh jika tiada sokongan sekitarnya seperti bantal atau tangan anda.

    bolehkah bayi 3 bulan didudukkan

    Sebagai ibu bapa, anda mungkin perasan semasa berusia 4 bulan, bayi akan mula menunjukkan minat untuk duduk sambil mengangkat kepala dan bahu ketika dibaringkan secara terlentang.

    Menjelang usia 5 bulan, kebanyakan bayi belajar cara meletakkan tangan ke hadapan dengan menghulurkan lengan untuk menahan diri – seperti kedudukan ‘tripod’.

    Bayi biasanya dapat duduk dengan sendiri pada lingkungan usia 6-7 bulan. Sebelum itu, mereka perlu mempunyai kemahiran untuk menyokong bahagian kepala bagi mengelakkan daripada tergolek.

    Sebagai permulaan, bayi mungkin hanya dapat duduk tanpa sokongan untuk tempoh beberapa saat hingga 1 minit sebelum terjatuh.

    Apabila otot menjadi lebih kuat dan keseimbangan terbentuk, mereka pasti dapat duduk untuk jangka masa lebih lama. Ia biasanya berlaku pada sekitar 7-8 bulan.

    Manakala bagi bayi pramatang, mereka mungkin akan dapat mencapai kejayaan ini lewat 1 atau 2 bulan berbanding si kecil yang dilahirkan cukup bulan.

    Bolehkah bayi 3 bulan didudukkan? Kenal pasti tanda si kecil sudah bersedia

    Umumnya, tanda kesediaan untuk duduk adalah apabila bayi boleh berguling dan menyokong kepalanya dalam keadaan tegak.

    bolehkah bayi 3 bulan didudukkan

    Kebanyakan bayi pada usia 4-5 bulan masih belum mampu untuk menampung sepenuhnya kepala mereka apabila diletakkan dalam posisi duduk.

    Umur berapa bayi boleh duduk adalah bergantung kepada kesediaan mereka sendiri. Bagaimana untuk mengetahuinya?

    Semasa bayi berbaring terlentang, pegangkan kedua-dua tangan mereka dan tarik secara perlahan-lahan.

    Ketika menarik tangan mereka, perhatikan sama ada kepala mereka terangkat sama atau jatuh ke belakang. Jika jatuh ke belakang, maka anda harus menunggu. Ini kerana kepala bayi haruslah mengikut bahagian badan atas mereka apabila lengan ditarik.

    health-tool-icon

    Jadual Vaksin Bayi

    Rujuk jadual imunisasi untuk tahu vaksin apa yang anak anda perlukan dan bila

    Apa jantina bayi anda?

    Lelaki

    Wanita

    Bolehkah bayi 3 bulan didudukkan? Ini bahayanya jika terlalu awal

    Bayi duduk terlalu awal mungkin akan mengganggu proses perkembangan semula jadi kemahiran mereka – yang memainkan peranan penting dalam pembelajaran dan perkembangan pada kemudian hari nanti.

    Sebagai contoh, bayi yang dapat duduk lebih awal biasanya akan kurang melakukan tummy time.

    Baca juga:

    Keadaan ini sekali gus bermakna mereka akan jarang melakukan pergerakan dan latihan pengukuhan.

    Ini juga menyebabkan mereka kurang peluang untuk membangunkan refleks penting bagi membolehkan bayi merangkak, merayap dan duduk dengan selamat serta mengekalkan postur tegak yang kuat tanpa terjatuh atau terhantuk kepala.

    Bolehkah bayi 3 bulan didudukkan? Sebenarnya seperti yang dinyatakan pada awal tadi, si kecil harus dan mesti dapat menguasai kawalan kepala. Mereka juga harus boleh melaraskan kedudukan kepala secara automatik sebagai tindak balas kepada pergerakan yang dilakukan.

    Ini penting dalam menggalakkan perkembangan keseimbangan yang sihat, kawalan otot mata lancar dan perkembangan persepsi visual.

    Seperkara yang perlu anda ketahui, kawalan kepala akan dapat diperolehi dengan lebih cepat ketika bayi dalam kedudukan perut (tummy time) berbanding kedudukan lain.

    bolehkah bayi 3 bulan didudukkan
    Contoh kerusi bayi, Bumbo Seat

    Penggunaan kerusi bayi seperti Bumbo seat atau walker harus dielakkan kerana ia memaksa bayi di bawah usia 6 bulan untuk berada dalam posisi duduk serta menjejaskan peluang mengembangkan otot yang diperlukan untuk merangkak.

    Kesimpulan

    Jadi bolehkah bayi 3 bulan didudukkan? Sebaiknya anda tunggu sehingga si kecil berusia 4 bulan sebelum cuba mendudukkan mereka kerana bayi biasanya akan mula duduk dengan bantuan sekitar usia 4-6 bulan.

    Menjelang usia 9 bulan, mereka dapat duduk tanpa sebarang bantuan. Namun suka untuk diingatkan bahawa ini adalah anggaran dan setiap bayi berkembang pada kadar yang berbeza.

    Ibu bapa boleh memberikan sokongan fizikal kepada bayi sambil membantu mereka membina kekuatan dan kemahiran yang diperlukan untuk duduk tegak.

    Diharapkan persoalan mengenai bolehkah bayi 3 bulan didudukkan terjawab dalam perkongsian artikel Hello Doktor kali ini.

    Sekiranya terdapat sebarang kebimbangan dan keraguan mengenai perkembangan bayi, anda amat disarankan untuk berunding dengan pakar pediatrik bagi mendapatkan lebih kepastian.

    Jika si kecil anda masih tidak boleh duduk tegak walaupun sudah berusia sekitar 6 bulan, sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor.


    Ikuti topik yang paling relevan dan bertukar cerita. Sertai komuniti Keibubapaan hari ini!

    Ikuti topik yang paling relevan dan bertukar cerita. Sertai komuniti Keibubapaan hari ini!


    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan
    1. Meeting Milestones – How to Get Baby to Sit. https://pathways.org/watch/meeting-milestones-how-to-get-baby-to-sit/, Accessed on July 31, 2022 
    2. Your baby’s growth and development – 3 months old. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/babys-growth-and-development-3-months-old, Accessed on July 31, 2022
    3. Baby Milestones – When Babies Sit Up, Roll Over and Crawl. https://helpmegrowmn.org/HMG/HelpfulRes/Articles/BabyMilestones/index.html, Accessed on July 31, 2022 
    4. Infant development: Milestones from 7 to 9 months. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/infant-development/art-20047086, Accessed on July 31, 2022
    5. Jaya Rachwani, Kasey C. Soska, and Karen E. Adolph (2018). Behavioral Flexibility in Learning to Sit. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5690822/, Accessed on July 31, 2022 
    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 05/08/2022
    Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Next article: