Pernah terfikir tak adakah warna najis bayi minum susu formula berbeza dengan si comel yang diberikan susu ibu? Bagaimana pula jika najis bayi warna hijau lumut, adakah ia berbahaya?
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Pernah terfikir tak adakah warna najis bayi minum susu formula berbeza dengan si comel yang diberikan susu ibu? Bagaimana pula jika najis bayi warna hijau lumut, adakah ia berbahaya?
Jawapannya ada di dalam artikel ini, jadi kenalah teruskan pembacaan anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Sebelum mengetahui warna najis bayi minum susu formula, anda harus tahu bahawa penyusuan susu ibu memberikan pemakanan optimum untuk bayi. Ia mempunyai jumlah nutrien yang tepat, mudah dicerna dan sedia ada.
American Academy of Pediatrics (AAP) mencadangkan agar penyusuan susu ibu secara eksklusif dilakukan selama 6 bulan.
Bahkan, proses penyusuan itu disarankan untuk diteruskan walaupun selepas pemberian makanan pejal sehinggalah bayi sekurang-kurangnya berusia setahun atau apabila ibu bersama si manja mencapai kata sepakat untuk bercerai susu atau wean off.
Manakala bayi yang tidak dapat diberikan susu ibu perlu diberikan pengganti susu yang bersesuaian seperti susu formula. Berbincanglah dengan doktor untuk menentukan jenis susu formula yang sesuai dengan si kecil.
Warna najis boleh menjadi salah satu cara untuk mengetahui tahap kesihatan bayi.
Terdapat pelbagai variasi warna tinja bayi, terutamanya pada tahun pertama kehidupan mereka – apabila diet berubah dengan pengambilan makanan pejal.
Warna: Coklat kekuningan, coklat-hijau atau coklat muda
Konsistensi: Lembut seperti mentega kacang
Konsistensi tahi bayi yang diberikan susu rumusan bukan sahaja lembut, tetapi lebih terbentuk berbanding si kecil menyusu badan.
Najis biasanya lebih besar dan mempunyai bau yang lebih tajam daripada najis bayi minum susu ibu.
Warna: Kuning atau hijau
Konsistensi: Berbiji dan lembut
Najis bayi yang disusui kelihatan kuning sawi dan kadangkala berwarna hijau. Dari aspek konsistensi pula, ia mempunyai zarah seperti biji. Biasanya najis bayi minum susu ibu sangat lembut, berair dan mungkin berbau manis.
Baca juga:
Sebagai ibu bapa, sudah tentu anda berasa risau jika terlihat tinja bayi berwarna hijau, betul tak?
Secara amnya, najis hijau bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan.
Jika warna najis bayi minum susu formula hijau, ini mungkin bermakna mereka mendapat banyak zat besi dalam makanan mereka. Najis berwarna hijau ini merupakan keadaan biasa untuk terjadi.
Selain itu, warna najis hijau juga disebabkan oleh terlalu banyak hempedu dalam najis, biasanya dikaitkan dengan cirit-birit.
Ini kerana apabila makanan bergerak terlalu cepat melalui saluran gastrousus (GI), hempedu tidak mempunyai masa untuk memecahkan semua sepenuhnya.
Najis si kecil mungkin mengandungi pepejal di dalamnya kerana makanan mungkin tidak dicerna sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, jika warna luar biasa bertahan selama lebih daripada 5 hari, mungkin terdapat beberapa masalah lain dengan saluran GI anak.
Jenis najis bayi yang tidak normal seperti merah, hitam atau putih perlu diberikan perhatian segera. Bawa anak untuk mendapatkan pemeriksaan doktor jika situasi ini berlaku.
Sebelum anda mengambil apa-apa tindakan, cuba kenal pasti punca najis si kecil bertukar hijau. Anda boleh berunding dengan doktor untuk memastikan jika terdapat perkara yang perlu dilakukan mengenainya.
Jika disebabkan cirit-birit, beberapa strategi berbeza boleh anda cuba:
Elakkan memberi bayi anda mana-mana ubat antidiarhea yang dijual bebas.
Jika anda pasti bahawa suplemen zat besi yang bertanggungjawab, anda boleh mengesahkannya dengan doktor. Tetapi anda tidak sepatutnya berhenti memberi suplemen melainkan diarahkan berbuat demikian.
Secara amnya, warna najis bayi bertukar hijau bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan.
Namun sekiranya anda inginkan lebih kepastian mengenai keadaan si kecil, berundinglah dengan pakar kanak-kanak.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen