backup og meta

145 Senarai Nama Bayi Lelaki Islam Moden Dari Huruf A-Z, Siap Maknanya Sekali

145 Senarai Nama Bayi Lelaki Islam Moden Dari Huruf A-Z, Siap Maknanya Sekali

Pening kepala fikirkan nama anak lelaki untuk si kecil yang bakal lahir? Usah khuatir, kami ada senarai nama bayi lelaki Islam moden yang mungkin dapat membantu anda dalam membuat pilihan. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Pilihlah maksud nama dalam Islam yang baik

Pastinya anda tidak sabar menantikan saat kelahiran si manja, tetapi sudahkah anda memutuskan nama yang bakal diberikan kepadanya?

Nama bukanlah sekadar panggilan semata-mata, ia adalah lebih daripada itu. Setiap kali anda memanggil si kecil, secara tidak langsung diibaratkan sebagai doa.

Nama yang diberikan itu juga akan melambangkan personaliti dan membentuk sahsiah diri anak itu apabila dewasa nanti. Oleh sebab itu, pemilihan nama dan maksud nama dalam Islam yang baik itu penting. 

Jadi sekiranya anda masih dalam dilema, kami bersedia untuk membantu anda membuat pilihan nama anak lelaki moden dalam Islam.

cara mengetahui jantina bayi
5 tanda berkaitan jantina bayi.

Senarai nama bayi lelaki Islam moden

Berikut kami senaraikan nama bayi lelaki Islam yang mungkin boleh anda dan pasangan pertimbangkan. 

Huruf A

  • Abdul Dayyan – Hamba Allah Yang Kekal
  • Anaqi  – Keindahanku yang menawan hati
  • Aqil – Bijak, terpelajar
  • Atif – Belas kasihan
  • Aysar – Yang mudah
  • Azhad – Yang zuhud, warak

Nama bayi lelaki Islam Arab huruf B

  • Baihaqi – Imam perawi hadis
  • Bakhtiar – Yang bahagia
  • Bashshar – Yang menyampaikan berita gembira
  • Bazil – Yang pandai
  • Bazli – Kebijaksanaanku, kepakaranku
  • Bunyamin – Nama saudara Nabi Yusuf A.S

Huruf C

  • Caden – Teman, sahabat
  • Cairo – Ibu Kota Mesir
  • Caleb – Dermawan
  • Carim – Dermawan, bermurah hati
  • Chairi – Kebaikan

Nama bayi lelaki Islam Arab mula huruf D 

  • Daim – Yang berpanjangan
  • Daiyan – Pelindung, penjaga
  • Danial – Nabi Allah SWT
  • Danish – Pengetahuan, bijak
  • Dhamir – Hati nurani
  • Durrani – Permataku
nama bayi lelaki islam
Panduan memilih nama bayi dalam Islam.

Huruf E

  • Eijaz – Keajaiban
  • Eiman – Keimanan
  • Emir – Arahan
  • Elhasiq – Seorang yang cerdas dan berketerampilan
  • Emran – Kemajuan, prestasi
  • Ezhar – Bunga-bungaan yang berseri

Nama bayi lelaki Islam huruf F

  • Fadhil – Yang berbuat kebaikan
  • Faiq – Yang mengungguli
  • Faiz – Berjaya, menang
  • Faris – Yang alim, kesatria
  • Fattah – Yang mulia
  • Firas – Kecerdikan

Huruf G

  • Ghadi – Singa
  • Ghaffar – Lembut hati, sedia mengampuni
  • Ghibran – Yang memulihkan dan mengembalikan harmoni
  • Ghufran – Keampunan, pengampunan
  • Ghozy – Parajurit di medan perang
  • Gibran – Yang paling pandai

Nama anak lelaki Islam modern bermula huruf H

  • Haidar – Berani, Singa
  • Hadi – Yang memimpin, penunjuk jalan
  • Hafiy – Yang memuliakan
  • Hakim –  Yang bijaksana, arif
  • Harzan – Penjaga
  • Hamdi –  Pujianku, pujian

Huruf I

  • Idrus – Singa
  • Ihsan – Kebaikan
  • Ikhwan – Persaudaraan
  • Ilham – Wahyu, ilham
  • Izdan – Individu yang mahu berkorban
  • Izzul Islam – Kemuliaan Islam

Huruf J

  • Jadulhaq – Jalan kebenaran
  • Jafni – Kawalanku daripada kejahatan
  • Jamalullail – Keindahan malam
  • Jauzan – Pertengahan
  • Jazib – Individu yang tampan
  • Jihad – Perjuangan

Nama bayi lelaki Islam huruf K

  • Kameel – Sempurna
  • Kasyaf – Pengetahuan yang tersembunyi
  • Khair – Kebaikan
  • Khalid – Abadi, kekal
  • Khalis – Suci, ikhlas
  • Khazin – Penyimpan harta negara, bendahara

Huruf L

  • Lathif – Halus budi, sopan
  • Lizam – Yang mendiami
  • Luqman – Nama nabi, bijaksana
  • Luth – Nama nabi
  • Luthfi  – Keramahan
  • Luzman – Tetap

Huruf M

  • Maher – Berkemahiran
  • Mateen – Yang Gagah
  • Mirza – Anak yang baik
  • Muhsin – Pembantu, yang menarik
  • Muazzam – Yang dihormati
  • Muammar – Ketua, yang sulung

Huruf N

  • Nabeel – Lelaki yang dihormati
  • Nadim – Sahabat, peneman
  • Naqi – Suci
  • Nuh – Nama nabi
  • Nu’man – Darah
  • Nuwair – Cahaya

Huruf O

  • Obaid – Hamba kecil
  • Omar – Yang panjang umur
  • Omair – Bijaksana
  • Omran – Struktur yang kukuh
  • Osama – Singa
  • Owais – Nama sahabat nabi

Huruf P

  • Parsa – Orang alim
  • Parvez – Nama raja Parsi, kejayaan
  • Pervaiz – Angin
  • Putra – Anak lelaki

Huruf Q

  • Qabeel – Nama anak Nabi Adam
  • Qasid – Penyampai mesej
  • Qasim – Yang memberi
  • Qays – Tetap
  • Quds – Kudus, suci
  • Quraisy – Suku bangsa Arab, asal Rasulullah SAW
cadangan nama baby boy
Senarai nama baby boy yang unik.

Huruf R

  • Rakeem – Penulis
  • Raza – Kacak
  • Rehan – Raja
  • Rashdan – Penunjuk
  • Rayan – Pintu syurga
  • Riaz – Taman

Nama bayi lelaki Islam huruf S

  • Sadiq – Yang benar
  • Syed – Yang dalam kawalan
  • Saaqib – Bintang
  • Saiful Islam – Pedang agama
  • Sajid – Yang bersujud
  • Salman – Selamat

Huruf T

  • Tahir – Suci
  • Tahmeed – Hamba Allah
  • Tajuddin – Mahkota agama
  • Talha – Pokok
  • Taufiq – Petunjuk
  • Tawseef – Pujian

Huruf U

  • Uzayr – Berharga
  • Ubayd – Ahli ibadah
  • Umayr – Nama anak Arab lama
  • Uqbah – Penamat segalanya
  • Usman – Nama sahabat nabi/khalifah
  • Uzair – Nama nabi

Nama anak lelaki moden bermula huruf W

  • Wafi – Yang setia
  • Waheed – Unik, satu
  • Waseem – Yang kacak
  • Waseef – Lelaki berkualiti
  • Waleed – Yang baru lahir
  • Wildan – Anak lelaki syurga

Huruf X

  • Xavier – Terang
  • Xander – Sang pembela
  • Xayden – Tampan
  • Xavion – Pejuang

Huruf Y

  • Yaman – Yang berkat
  • Yaqzhan – Yang berwaspada
  • Yasser – Kekayaan, kemewahan
  • Yatim – Yang sangat berharga, tiada bandingan
  • Yazeed – Berkat, bertambah
  • Yusran – Kemudahan

Huruf Z

  • Zabdan – Pemberian
  • Zafri – Kemenanganku
  • Zahid – Yang menjauhkan diri daripada kemewahan, rendah diri
  • Zahin – Yang cerdik
  • Zahrin – Berseri-seri
  • Zaid – Pertambahan, kelebihan

Kesimpulan

Memberi nama anak yang mempunya maksud yang baik merupakan satu tuntutan dalam agama Islam. Semoga nama bayi lelaki Islam moden yang dikongsikan ini dapat memberi idea kepada anda dalam memilih nama terbaik buat si manja.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Baby Names | Boys. https://irusa.org/baby-names-boys/, Accessed on Feb 24, 2023 
  2. Popular Muslim Baby Names. https://muslimbabynames.org/, Accessed on Feb 24, 2023
  3. Muslim boys names. https://www.islamic-relief.org.uk/resources/muslim-boys-names/, Accessed on Feb 24, 2023
  4. Chapter 24: Naming the Chil. https://www.al-islam.org/principles-upbringing-children-ibrahim-amini/chapter-24-naming-child, Accessed on Feb 24, 2023
  5. Muslim Boys Names. https://www.islamicreliefcanada.org/resources/muslim-boys-names/, Accessed on Feb 24, 2023
  6. Muslim Names – Boys. https://www.islamicity.org/14959/muslim-names-boys/, Accessed on Feb 24, 2023

Versi Terbaru

02/09/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Cari Nama Baby Girl Dengan Maksud Yang Baik? Ini Senarai Nama Bayi Perempuan Islam A-Z

100 Senarai Nama Panjang Anak Perempuan, Siap Maksud Yang Baik


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 5 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan