Jika anda ingin dihormati ibu bapa dan juga orang sekeliling, bersikaplah seperti seorang lelaki sejati. Bagaimana? Ayuh ketahui peranan anak lelaki dalam keluarga.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Jika anda ingin dihormati ibu bapa dan juga orang sekeliling, bersikaplah seperti seorang lelaki sejati. Bagaimana? Ayuh ketahui peranan anak lelaki dalam keluarga.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Anak lelaki sering kali dianggap sebagai pemimpin dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Ini terutamanya apabila ibu bapa semakin meningkat usia.
Tetapi apakah peranan seorang anak lelaki kepada ibu bapanya?
Masa yang anda ada bersama ibu bapa adalah singkat dan berharga, jadi gunakannya sebaik mungkin.
Luangkan sebanyak mungkin masa bersama mereka. Jadikan ia masa yang berkualiti untuk berkasih sayang.
Sama ada anda rapat dengan ibu bapa atau tidak, kongsikan dengan mereka tentang harapan dan ketakutan yang dialami. Ini kerana cara mereka menyokong anda adalah penting.
Jangan hadkan perbualan anda hanya kepada kenangan atau gosip tentang ahli keluarga mahupun kehidupan peribadi semata-mata. Pelbagai topik lain boleh dibualkan bersama.
Cari persamaan antara anda dengan ibu bapa. Meluangkan masa berkualiti bersama adalah amat bermakna lebih daripada apa yang kita sedari.
Antara tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapanya adalah untuk mendengar kata mereka dan melayani dengan rasa hormat. Sebagai balasannya, anda juga pasti akan menerima balasan penghormatan yang sama.
Sikap saling menghormati adalah amat penting dan akan dihargai walaupun sesama ahli keluarga.
Ada kalanya atas sikap mengambil berat, ibu bapa mungkin menyatakan atau berkongsikan rasa yang mungkin tidak anda setujui atau suka. Namun percayalah semua yang dilakukan adalah untuk kebaikan diri anda sendiri.
Sentiasa jujur dengan keluarga dan sahabat walau dalam apa jua keadaan.
Belajar untuk membantu dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Berbudi bahasa kepada semua individu tanpa mengira usia atau kedudukan mereka.
Menggunakan adab yang baik pastinya dapat membantu anda untuk bergaul dengan individu sekeliling.
Gelak tawa sentiasa menjadi penyelamat – sama ada untuk membantu anda menangani tekanan berdepan dengan pihak yang cerewet dan membantu merapatkan hubungan.
Jika anda boleh bergelak ketawa dengan ibu bapa, hubungan kalian tentunya dalam keadaan yang baik.
Baca juga:
Bahagian penting untuk menjadi lelaki yang bertanggungjawab adalah untuk belajar membuat keputusan bagi diri sendiri.
Tip terbaik, gunakan pertimbangan hati dan akal sewaktu ingin melakukan sebarang keputusan.
Elakkan daripada bersikap acuh tidak acuh untuk menghadiri perhimpunan keluarga. Melainkan terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan, jadi sentiasa berusaha untuk menghadirinya.
Walaupun anda mungkin tidak mahu berada di sana, sebaiknya tunjukkan kematangan dan komitmen.
Apabila semakin dewasa, ada kalanya kita terlupa dengan masa dan usaha ibu bapa sewaktu membesarkan kita.
Jadi untuk menjadi anak lelaki yang baik, sentiasa berterima kasih kepada mereka atas segala yang telah dilakukan.
Anak lelaki yang baik pastinya mengetahui wujud kekuatan walaupun berlembut. Sentiasalah melayani individu lain sebagaimana yang anda mahu diri dilayani.
Anak yang mementingkan diri sendiri tidak akan mendapat penghormatan ibu bapa mereka.
Jadilah anak yang memberi — anda harus membantu, menyokong dan cuba memberi pertolongan untuk menolong individu lain berjaya dan mencapai kejayaan.
Lihatlah sisi positif dalam kehidupan dan sentiasa berusaha untuk membuat individu lain gembira.
Belajar untuk menyayangi ibu bapa dan individu lain — tanpa menilai mereka. Sayangi dan terimalah mereka seikhlasnya.
Mereka yang menipu, berbohong atau tidak berpegang pada janji, bukanlah jenis lelaki akan dihormati individu lain.
Lelaki akan dihormati jika menepati janji dan tidak berpura-pura menyukai seseorang atau sesuatu.
Semakin sejati sifat kelakian, maka sebagai balasan anda akan dihormati. Anda turut akan menjadi individu yang dipercayai.
Mudah bukan untuk menjadi anak lelaki yang bertanggungjawab kepada ibu bapa dan keluarganya? Semoga perkongsian di atas dapat dijadikan panduan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen