Pokok hiasan luar rumah 2: Lidah jin
Pokok ini juga mungkin dikenali ramai sebagai pokok lidah mak mertua.
Ia membantu menyingkirkan toksin seperti benzena, formaldehid, trichloroethylene, dan xylene daripada udara di sekitar rumah anda.
Anda tidak perlu risau untuk menanam pokok ini kerana ia sangat mudah untuk dijaga selain boleh membiak dengan subur di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari dan juga kering.
Pokok hiasan 3: Spider Plant

Kami pasti ramai daripada anda yang pernah menanam pokok ini di halaman rumah.
Pokok hiasan ini boleh meningkatkan kualiti udara dalam dan luar rumah kerana ia menghasilkan lebih banyak klorofil berbanding dengan tumbuhan lain.
Pokok ini juga cukup cekap dalam menghapuskan formaldehid, xilena, toluena, dan karbon monoksida.
Menurut bekas saintis penyelidikan NASA, Bill Wolverton, pokok Spider Plant ini berkemampuan menyingkirkan lebih daripada 95 peratus agen toksik yang boleh menyebabkan anemia, penyakit jantung, dan masalah pernafasan.
Pokok hiasan #4: Pokok pinang
Pokok pinang boleh didapati dalam pelbagai saiz, sama ada yang bersaiz mini dan juga yang boleh membesar setinggi pokok kelapa.
Pokok pinang terkenal dengan ciri penulenan udaranya.
Ia boleh menjadi pilihan pokok yang terbaik untuk mereka yang menghidap penyakit pernafasan seperti resdung, bronkitis, dan asma kerana ia mempunyai kadar transpirasi tertinggi.
Pokok pinang dengan ketinggian 5 hingga 6 kaki boleh mengeluarkan sehingga 946.35 ml wap air ke udara dalam setiap 24 jam.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen