Keadaan Kulit Biasa Bagi Bayi Baru Lahir

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Bayi baru lahir mungkin mengalami banyak masalah kulit memandangkan kulit mereka sedang mengadaptasi persekitaran di luar rahim. Jika dirawat dengan betul, kecacatan kulit tersebut akan hilang dari semasa ke semasa dan membentuk kulit yang cantik dan mulus. Berikut adalah masalah kulit paling biasa dalam kalangan bayi baru lahir:

1. Milia

Disebabkan oleh rembesan kelenjar kulit, bejolan kecil putih atau kuning ini, yang berada pada muka bayi, sebenarnya adalah sista yang diisi dengan keratin dan sebum. Milia juga boleh berlaku di gusi. Berita baiknya adalah keadaan ini akan hilang dalam beberapa hari atau minggu pertama tanpa memerlukan sebarang rawatan. Minyak dan krim boleh memburukkan keadaan tersebut.

2. Miliaria (juga dikenali sebagai “ruam panas” or “panas berduri”)

Berbentuk seperti lepuh kecil diisi cecair (atau nanah) atau benjolan merah di belakang, dada atau ketiak bayi, miliaria disebabkan oleh kelenjar peluh di dalam kulit yang tersumbat. Keadaan ini paling berkemungkinan ditemui di iklim panas dan lembap atau jika bayi dipakaikan pakaian yang terlalu tebal.

3. Cradle cap (penyakit kulit/dermatitis seboroik)

Cradle cap ialah keadaan kulit di mana penghasilan sebum yang terlalu banyak menyebabkan sel-sel kulit melekat, yang secara normalnya tidak, menyebabkan penghasilan tompok kuning berminyak atau keras di kepala bayi.

4. Jerawat

Lebih kurang 30% bayi baru lahir mempunyai jerawat dalam tempoh 4 bulan pertama (kebanyakannya bermula selepas 2 minggu). Pakar percaya bahawa kemunculan benjolan merah atau putih ini adalah disebabkan oleh transmisi hormon ibu kepada bayi. Memandangkan keadaan ini boleh hilang sendiri, tiada keperluan kepada minyak atau krim yang boleh memburukkan lagi keadaan.

5. Eritema toksikum (secara umumnya disebut sebagai “E tox”)

Keadaan ini dicirikan oleh ruam percikan merah (sebahagiannya mempunyai benjolan putih kekuningan di tengah) yang kebiasaannya berada di belakang, muka, dada atau lengan bayi. Berita baiknya adalah ia tidak membahayakan dan kebiasaannya hilang dalam tempoh beberapa bulan.

6. Tanda lahir

Sesetengah tanda lahir hilang dengan sendiri manakala ada juga yang kekal seumur hidup. Tanda lahir yang kerap berlaku ialah:

Tompok Mongolia: Ia berlaku dalam lebih 90% dari orang Asia, orang asli Amerika, Afrika Amerika dan bayi Hispanik. Ia adalah tanda lahir berwarna hijau kebiruan atau sinar kebiruan yang paling kerap ditemui di belakang atau punggung bayi. Tanda lahir ini adalah berbentuk leper dan kebiasaannya hilang dalam tempoh 2 tahun.

Tanda lahir gigitan bangau merah jambu: Ini adalah tanda lahir leper berwarna merah jambu yang berlaku di jambatan hidung, di bawah kelopak mata atau di belakang leher. Tanda tersebut boleh dirujuk sebagai “ciuman malaikat” jika ia berada di depan atau “gigitan bangau” jika di belakang.

Hemangioma infantil (atau strawberi): Diperbuat dari saluran darah, tanda lahir berwarna merah ini bertambah saiz dan ketinggian dari semasa ke semasa. Kebiasaannya bermula antara umur 2-4 minggu. Ia mungkin mengambil masa sehingga 8 tahun untuk hilang jika tidak dirawat.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Perut Membuncit Tapi Tak Hamil Pun? Ladies, AWAS, Ini Kemungkinan Yang Berlaku!

    Peliklah, kenapa ujian upt negatif tapi perut buncit? Hamil ke tidak ini? Para wanita yang dikasihi, ada kemungkinan anda mengalami masalah sista ovari.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Cabaran Ketika Hamil, Cubaan Hamil 01/03/2021 . 3 minit bacaan

    Bagaimana Sistem Otot Rangka & Tulang Manusia Berfungsi? Ini Info Lengkap Mengenainya

    Sistem otot rangka merupakan salah satu sistem di dalam badan manusia yang merangkumi sejumlah organ seperti tulang, otot, tendon, ligamen dan tisu lembut..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tulang / Otot 01/03/2021 . 4 minit bacaan

    Kulit Selalu Gatal Walaupun Baru Lepas Mandi? Mungkin Anda Ada Masalah Kulit Kering!

    Anda sering alami masalah kulit gatal selepas mandi? Cuba lakukan 3 langkah ini untuk menghilangkan rasa gatal-gatal selepas mandi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Alahan Kulit 01/03/2021 . 3 minit bacaan

    Bukan Sebab Duduk Atas Bantal, Ini Rupanya Punca Sebenar Bisul Di Punggung!

    Mungkin ramai yang masih percaya dengan mitos bisul di punggung adalah disebabkan oleh perbuatan duduk atas bantal. Ia salah, dan ini punca sebenarnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Penyakit Jangkitan Kulit 01/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    aliran darah

    Wahai Lelaki, Ambil 8 Suplemen Ini Jika Anda Ingin Tingkatkan Kebolehan Mencapai Ereksi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
    hubungan suami istri

    Kajian Kata Warga Emas Cenderung Lebih Aktif Bersetubuh, Ini Rupanya Sebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
    maksud alergi

    Apa Itu Alergi? Kenali Simptom, Diagnosis, Rawatan Dan Cara Pencegahannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 4 minit bacaan
    ketumbuhan dalam perut

    Kanser Perut Sering Lewat Didiagnosis, Tapi Jangan Risau, Ada 5 Pilihan Rawatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan