Kadang-kadang kita fikir anak main kejar-kejar atau lompat-lompat itu cuma untuk seronok semata-mata. Tapi tahukah anda, aktiviti fizikal prasekolah sangat penting untuk perkembangan fizikal dan kesihatan anak berumur 4 hingga 6 tahun?
Ini adalah fasa di mana otot, koordinasi dan keyakinan diri mereka berkembang paling aktif. Dengan menyediakan aktiviti fizikal yang sesuai dan menyeronokkan, kita bukan saja bantu anak jadi lebih sihat, malah bantu mereka belajar kawal badan, fokus dan bersosial dengan lebih baik.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.
Kenapa aktiviti fizikal prasekolah penting?
Dalam usia 4 hingga 6 tahun, anak-anak berada dalam fasa tumbesaran yang sangat aktif. Pada tahap ini, mereka bukan saja belajar mengenali dunia, tetapi juga sedang membina kekuatan otot, keseimbangan dan keyakinan diri melalui pergerakan harian.
Berikut antara kepentingan aktiviti fizikal prasekolah yang perlu ibu bapa tahu:
- Membantu perkembangan motor kasar dan halusContohnya, aktiviti seperti melompat, memanjat dan bermain bola sangat bagus untuk kekuatan otot besar dan kawalan badan
- Membentuk tabiat sihat sejak awalAnak-anak yang biasa aktif dari kecil cenderung mengekalkan gaya hidup sihat hingga dewasa
- Menyokong perkembangan otak dan fokus belajarPergerakan fizikal bantu aliran darah ke otak, menjadikan anak lebih peka, fokus dan bersedia untuk belajar.
- Menggalakkan interaksi sosial & emosi positifAktiviti fizikal secara berkumpulan, seperti menari atau bermain kejar-kejar, boleh bantu anak belajar bergilir-gilir, bersabar dan berkawan

Kesan positif aktiviti fizikal kanak kanak 4 6 tahun terhadap perkembangan fizikal
Bila anak aktif bergerak, sebenarnya banyak perkara yang sedang berlaku dalam tubuh mereka. Berikut antara kesan positif yang boleh kita lihat hasil daripada aktiviti fizikal yang konsisten:
- Menguatkan otot dan tulang
Bila anak berlari, melompat atau memanjat, otot dan tulang akan jadi lebih kuat. Ini bantu anak membesar dengan lebih sihat dan aktif.
- Aktiviti fizikal prasekolah dapat tingkatkan koordinasi dan keseimbangan
Aktiviti seperti melompat atas satu kaki atau main lompat getah bantu mereka kuasai pergerakan badan dengan lebih baik.
- Mengasah kemahiran motor halus dan kasar
Motor kasar seperti berlari, melompat; motor halus pula seperti menyusun blok atau bermain plastisin. Keduanya penting untuk perkembangan menyeluruh.
- Meningkatkan daya fokus dan kawalan diri
Bila anak perlu ikut aturan permainan atau tunggu giliran, ini melatih mereka kawal diri dan lebih teliti – kemahiran penting bila masuk sekolah nanti.
- Membantu pertumbuhan sihat dan tidur lebih berkualiti
Anak yang cukup aktif siang hari biasanya lebih mudah tidur malam. Tidur yang baik pula penting untuk tumbesaran dan pembelajaran.
- Tenaga berlebihan disalurkan dengan positif
Anak yang banyak tenaga boleh mengelakkan masalah tumpuan atau ‘tantrum’ bila tenaga disalurkan melalui permainan fizikal.

- Aktiviti fizikal prasekolah bantu tingkatkan keyakinan diri
Setiap kali anak berjaya menyempurnakan sesuatu aktiviti seperti melompat jauh, berjaya berlari laju, atau berdiri seimbang, itu akan membina rasa bangga dan percaya pada kebolehan diri mereka sendiri.
Contoh aktiviti perkembangan fizikal kanak-kanak 4 6 tahun
Untuk memastikan anak anda mendapat manfaat sepenuhnya daripada aktiviti fizikal, penting untuk memilih aktiviti yang sesuai dengan usia dan minat mereka. Berikut adalah beberapa contoh aktiviti fizikal kanak-kanak 4–6 tahun yang sesuai untuk dilakukan di rumah mahupun di taska:
Contoh aktiviti fizikal #1. Lompat bintang & lompat katak
- Merangsang kekuatan otot kaki, koordinasi tangan-kaki dan stamina
- Membantu keseimbangan
2. Berlari zig-zag / mengejar belon
- Bantu anak belajar kawalan arah dan keseimbangan
- Menjadikan aktiviti lebih menyeronokkan sambil anak belajar fokus
- Merangsang koordinasi tangan-mata serta kawalan motor halus dan kasar
3. Meniru pergerakan haiwan, antara aktiviti fizikal prasekolah
- Contohnya berjalan seperti ketam, melompat seperti kanggaru atau merangkak seperti beruang
- Baik untuk perkembangan otot besar, kreativiti dan keseronokan bermain secara imaginatif
4. Permainan berhalangan (obstacle course)
- Galakkan anak memanjat, merangkak, melompat & merangkak bawah objek
- Meningkatkan kekuatan fizikal, keyakinan dan daya menyelesaikan masalah
Contoh aktiviti fizikal #5. Menari atau senam aerobik ringan

- Irama muzik merangsang koordinasi dan kawalan badan
- Membantu anak mengekspresikan diri dan meningkatkan kecergasan kardiovaskular
- Gabungan fizikal dan ekspresi emosi yang baik untuk perkembangan EQ dan keyakinan diri
6. Aktiviti luar seperti berbasikal atau bermain di taman
- Udara segar + cahaya matahari bantu kesihatan fizikal dan emosi
- Anak juga belajar bersosial dengan kanak-kanak lain
- Meningkatkan keseimbangan badan dan tumpuan
Galakkan anak aktif sejak prasekolah
Ibu bapa tak perlu risau buat aktiviti rumit—contoh aktiviti fizikal seperti menari, berlari atau bermain bola pun dah mencukupi. Yang penting, jadikan ia rutin dan menyeronokkan. Anak aktif hari ini, lebih sihat dan cerdas esok!
[embed-health-tool-child-growth-chart]