backup og meta

Anak Nak Start Sekolah? Ini 6 Tip Beli Beg Sekolah Untuk Panduan Parents

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/04/2023

    Anak Nak Start Sekolah? Ini 6 Tip Beli Beg Sekolah Untuk Panduan Parents

    Untuk membeli beg sekolah, ia tidaklah semudah yang disangka. Selain perlu mencari beg yang disukai anak, terdapat beberapa aspek lain yang perlu diberikan perhatian berkaitan spesifikasi beg tersebut. 

    Jangan bimbang, Hello Doktor akan kongsikan tip untuk memilih beg yang sesuai untuk anak anda. Semoga bermanfaat!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Jenis beg sekolah

    Setiap kanak-kanak mempunyai keutamaan dalam memilih beg, sama ada model, gaya dan juga warnanya.

    Ada anak lebih menggemari beg galas tradisional, manakala ada yang lebih menyukai beg galas yang penuh dengan butiran hiasan lain.

    Di sebalik setiap keutamaan si kecil, sebagai ibu bapa anda perlu sentiasa memantau sama ada model beg pilihan anak itu sesuai untuk usia dan berat mereka atau pun tidak.

    Secara amnya, terdapat 3 jenis beg yang berbeza, iaitu:

    Beg beroda

    beg sekolah

    Ia sesuai untuk mereka yang perlu membawa beg berat. Ini penting bagi mengurangkan bebanan kepada tulang belakang anak. Jadi dengan berat yang berada di atas roda, sudah pasti ia sesuatu yang melegakan.

    Cuma satu-satunya masalah untuk menggunakannya ialah ia akan menyukarkan anak untuk membawa beg ke kelas. Ini terutamanya jika kelas anak berada di tingkat atas yang memerlukan mereka untuk menaiki tangga.

    Beg sekolah Smiggle

    Beg galas belakang atau tradisional ini merupakan antara jenis beg yang sering menjadi pilihan. Berat beg akan diseimbangkan pada kedua-dua belah bahu, tetapi sebaiknya elakkan daripada membawa bebanan yang terlalu berat.

    Untuk jenis beg ini terdapat banyak pilihan saiz, pelarasan tali dan jenis bahan yang perlu anda berikan perhatian.

    Beg galas silang

    Untuk beg ini, ia tidak begitu sesuai untuk kanak-kanak kerana beratnya hanya akan tertumpu pada sebelah bahagian tubuh dan boleh membahayakan bahu.

    Sudah tentu beg seperti ini lebih sesuai untuk digunakan oleh anak yang lebih tua usianya, di mana mereka tidak perlu membawa banyak buku.

    Baca juga:

    6 panduan membeli beg sekolah

    Jadi kini anda sudah tahu beg yang sesuai untuk anak bersekolah. Sebelum membelinya, berikut adalah petua yang boleh dijadikan sebagai panduan:

    Saiz

    Lebar beg galas hendaklah berkadar relatif dengan lebar anak. Sebagai contoh, anak kecil tidak sepatutnya memilih beg galas bersaiz dewasa.

    Selain itu, ketinggian beg juga hendaklah 2 inci di bawah bilah bahu (shoulder blades) ke paras pinggang atau hanya tinggi sedikit di atas pinggang.

    Tali beg sekolah Smiggle lebar dan selesa

    Cari tali beg lebar dengan pelapik untuk bahu – kedua-dua ini penting untuk menawarkan lebih keselesaan dan melindungi bahu daripada tekanan berlebihan.

    Penting untuk diingatkan bahawa kedua-dua tali ini digunakan untuk mengagihkan berat beg secara sama rata pada bahu.

    Elakkan daripada menggunakan hanya sebelah tali kerana ia boleh menyebabkan ketegangan tambahan pada bahu.

    Bahagian poket beg

    Selain menggunakan kedua-dua tali bahu dan memastikan beg berada pada ketinggian yang betul, pertimbangkan beg yang menawarkan poket, slot atau pembahagi untuk mengagihkan berat secara sama rata.

    Sebaiknya, barangan lebih berat diletakkan pada poket atau slot yang lebih dekat dengan bahagian belakang di dalam beg. Manakala barangan lebih ringan, boleh diletakkan pada poket bahagian depan beg.

    beg sekolah

    Muatan beg sekolah

    Pastikan berat beg hanyalah 15% daripada berat badan anak anda. Sangat penting untuk memastikan beg anak tidak terlalu berat!

    Cuba sebelum beli

    Disarankan untuk anda membawa bersama beberapa barangan peribadi yang biasanya dibawa anak ke sekolah ketika membeli beg. Ini bagi membolehkan anak mencubanya untuk mendapatkan rasa pengagihan berat yang lebih baik dan mengetahui kesesuaiannya.

    Gaya personaliti anak ketika membeli beg sekolah Smiggle

    Anak akan memakai beg mereka pada setiap hari persekolahan. Walaupun faktor kesesuaian dan kualiti merupakan aspek terbesar yang perlu dicari, tetapi gaya masih menjadi elemen perlu dipertimbangkan.

    Anak pastinya akan sentiasa menggunakan beg tersebut sepanjang tahun persekolahan jika mereka benar-benar menyukainya.

    Sekiranya anak memilih beg yang kualitinya kurang bagus dan tidak bersesuaian hanya kerana ia mempunyai watak kartun kegemaran mereka, apa kata anda berkompromi dengan beberapa cara.

    Pilih beg yang berwarna terang dan mempunyai corak menarik pada beg yang berkualiti tinggi.

    Sebaik sahaja anda mempunyai warna atau corak yang disukai anak, tambahkan beberapa aksesori untuk menjadikan ia lebih bersesuaian dengan personaliti mereka.

    Di sini anda boleh memberikan anak pilihan untuk menambah rantai kunci (keychain) atau tampalan (patches) yang dibeli daripada kedai kraf.

    beg sekolah

    Jika anak perlu menunggu bas sekolah di tepi jalan atau berjalan kaki ke sekolah, tambahkan elemen reflektif pada beg mereka. 

    Biasanya reflektor kecil boleh didapati di kedai barangan sukan. Manakala pita reflektif mungkin ada dijual di kedai jahitan dan kraf.

    Persetujuan bersama

    Di pasaran terdapat pelbagai jenis dan pilihan beg yang boleh dijadikan pilihan. Ada kalanya timbul keinginan untuk membeli beg di hati ibu bapa, betul tak? 

    Tetapi pastikan ia adalah dengan persetujuan bersama anak. Kenapa?

    Ini kerana tindakan anda ini dapat memastikan anak mempunyai peluang dan ruang untuk membuat pilihannya yang tersendiri. Lagipun anak yang akan memakainya ke sekolah nanti.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan