Sebab itulah, jadual belajar di rumah sangat penting. Dengan adanya jadual ini, anak dapat mengurus masa mereka dengan baik.
Walau bagaimanapun, ingatlah, anak-anak anda telah menghabiskan masa yang panjang di sekolah. Mereka juga manusia biasa, sama seperti kita. Jadi, anak-anak kita juga perlukan rehat yang secukupnya.
Malah, bagi anak-anak yang menghidap ADHD, mereka mungkin lebih sukar untuk kekal fokus dalam satu masa yang panjang. Ibu bapa perlulah berikan penekanan yang lebih untuk pastikan mereka dapat belajar dengan baik.

3. Tetapkan masa tertentu
Berapa lamakah masa yang diperlukan oleh anak untuk membuat kerja rumah?
Ia bergantung kepada jumlah kerja rumah yang anak miliki. Jadi, ia mungkin berbeza mengikut usia dan sekolah anak.
Namun, jika anak anda perlukan masa yang sangat panjang untuk menyiapkan kerja sekolah, mungkin mereka menerima terlalu banyak homework daripada cikgu di sekolah. Jika ini yang berlaku, anda mungkin perlu berbincang dengan guru.
4. Pilih kawasan yang sesuai untuk membuat kerja sekolah
Cuba tetapkan 1 tempat khas untuk anak membuat kerja rumah.
Pastikan kawasan ini terang dan senyap. Pada masa yang sama, pastikan anda mampu memantau anak ketika mereka sedang menyiapkan homework masing-masing.
5. Pastikan anak kekal konsisten

Setelah anda menetapkan jadual belajar, pastikan anak sentiasa konsisten dan ikut jadual yang diberikan!
Walaupun sukar, pastikan anak ikut jadual tersebut setiap masa. Lama-kelamaan, ini akan menjadi satu tabiat baik buat mereka.
Jika anak sukar untuk fokus, cuba pecahkan aktiviti ini kepada beberapa bahagian. Bagi anak berehat selama beberapa minit sebelum menyambung kerja masing-masing.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen