backup og meta

Ibu Hamil Boleh Pergi Mengurut Tapi Elak Urutan Pada 3 Bahagian Ini, BAHAYA!

Ibu Hamil Boleh Pergi Mengurut Tapi Elak Urutan Pada 3 Bahagian Ini, BAHAYA!

Badan penat, lenguh sana sini adalah perkara biasa semasa kehamilan. Tetapi selamat ke urut ibu mengandung ya? Ayuh teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Selamat ke urut ibu mengandung?

Perut semakin ke depan, sakit belakang dan emosi naik turun, itu semua adalah perkara biasa ketika hamil.

Tetapi adakah boleh mendapatkan urutan badan bagi melegakan tekanan fizikal dan mental ini? Secara am, jawapannya boleh.

Sebelum memulakan sebarang sesi urutan sama ada daripada pasangan atau profesional, disarankan untuk berunding dengan doktor terlebih dahulu.

Urutan dianggap selamat selepas trimester pertama. Sebelum tempoh itu, anda mungkin dinasihatkan untuk menghindari urutan kerana ia boleh membuat diri berasa pening atau loya.

Bagi sesetengah terapi urutan, mereka tidak akan mengurut pada trimester pertama kerana bimbang ia boleh menyebabkan keguguran.

Jadi jika pasangan mengurut leher atau bahu mahupun urut belakang ibu mengandung, tiada salahnya. Namun pastikan anda memberitahu jika urutan tersebut menyakitkan.

Individu berisiko

Terdapat beberapa keadaan di mana sesi urutan perlu dihindari, seperti:

  • Risiko kelahiran pramatang
  • Preeklampsia 
  • Tekanan darah tinggi
  • Pembekuan darah atau gangguan pembekuan
  • Masalah dengan plasenta, seperti plasenta previa
  • Diabetes gestasi 

Baca juga:

Faedah urut ibu mengandung

Kajian menunjukkan bahawa urutan boleh mengurangkan hormon tekanan dalam badan dan melegakan serta melonggarkan otot. 

Ia juga dapat meningkatkan aliran darah – sangat penting semasa hamil dan memastikan sistem limfa berfungsi pada kecekapan puncak.

Semasa kehamilan, urutan pranatal bukan sahaja boleh membantu diri berehat, tetapi ia juga boleh melegakan:

urut ibu mengandung

Bahagian patut dielakkan semasa mengurut

Terdapat kepercayaan bahawa mengurut titik akutekanan tertentu boleh mengakibatkan keguguran atau kelahiran pramatang. Pun begitu tiada bukti bagi menyokong kepercayaan ini.

Sebaliknya, mengurut dikatakan boleh membantu mengurangkan tempoh dan kesakitan bersalin. 

Posisi semasa mengurut juga penting untuk diambil kira. Antara cara urut ibu mengandung adalah pada kedudukan berbaring mengiring dan bukan secara menelentang atau meniarap. 

Ini kerana kedudukan meniarap akan membuatkan anda tidak selesa. 

Posisi secara telentang selepas usia kehamilan 20 minggu boleh memberikan tekanan pada saluran darah termasuk aorta dan vena kava inferior – boleh menyebabkan aliran darah tersekat.

Posisi duduk menegak atau separuh berbaring juga sesuai semasa sesi urutan.

Anda juga perlu berhati-hati pada bahagian badan berikut:

Urut ibu mengandung #Perut

Anda mungkin ingin mengelakkan urutan perut ibu mengandung yang semakin membesar dan kawasan sekelilingnya kerana boleh mencederakan diri atau bayi dalam kandungan.

Tetapi jika ingin melakukan gosokan lembut dengan krim terutamanya pada bahagian yang terdapat tanda regangan, tiada salahnya.urut ibu mengandung

Kaki 

Mesti akan ada yang bertanya “mengandung boleh urut kaki tak?”

Gosokkan atau usapan lembut pada kaki tidak akan membawa sebarang masalah. Namun pastikan tiada tekanan pada tisu dalam yang terlalu kuat. 

Ini kerana jumlah darah meningkat semasa hamil dan aliran darah pada kaki menjadi perlahan sekali gus mendedahkan risiko pembekuan darah.

Kesan urutan yang terlalu kuat pada bahagian tisu dalam boleh menyebabkan darah beku masuk ke saluran darah.

Selain itu, rata-rata orang tidak akan tahu bagaimana rupa DVT betis. Mengurut kaki DVT menyebabkan trombus tercabut.

Titik tekanan

Dalam refleksologi, terdapat titik tekanan pada beberapa bahagian badan seperti pergelangan tangan, buku lali atau antara jari.

Ada yang mengatakan urutan pada bahagian tersebut boleh menyebabkan kontraksi, pun begitu, setakat ini tiada bukti untuk menyokongnya.

Kesimpulan 

Tiada salahnya urut ibu mengandung, sama ada dilakukan oleh pasangan atau profesional. Tetapi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Elakkan juga sebarang posisi yang boleh membawa mudarat dan pilihlah urutan ringan dan lembut.

Paling penting, jika anda berasa sakit, jangan berdiam diri. Beritahu kepada pasangan atau ahli terapi urut.

Semoga perkongsian artikel ini dapat dijadikan panduan buat bakal ibu di luar sana. Jika mempunyai sebarang pertanyaan, berundinglah dengan doktor untuk lebih kepastian.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Can I get a massage while pregnant? https://www.acog.org/womens-health/experts-and-stories/ask-acog/can-i-get-a-massage-while-pregnant, Accessed on Dec 27, 2022
  2. Prenatal Massage Benefits and Safety. https://health.clevelandclinic.org/prenatal-massage/, Accessed on Dec 27, 2022
  3. The Benefits of Prenatal Massage Therapy. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/is-it-safe/prenatal-massage/,  Accessed on Dec 27, 2022 
  4. Benefits of Massage During Pregnancy. https://www.amtamassage.org/resources/massage-and-health/medical-treatments/pregnancy-and-massage/, Accessed on Dec 27, 2022
  5. Massage and Pregnancy. https://goldengateobgyn.org/massage-and-pregnancy/, Accessed on Dec 27, 2022 

Versi Terbaru

14/02/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ibu Hamil Ada Diabetes? Wajib Minum Susu, Tapi Hanya 4 Jenis Ini Yang Sesuai!

AWAS! Kadar Hb Tak Normal Ada Efek Pada Bakal Ibu, Ini 5 Cara Mengawalnya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/02/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan