backup og meta

7 Cara Hilangkan Sakit Belakang Lepas Czer Boleh Ibu Cuba, Pasti Melegakan!

7 Cara Hilangkan Sakit Belakang Lepas Czer Boleh Ibu Cuba, Pasti Melegakan!

Mencari cara hilangkan sakit belakang kesan epidural semasa prosedur bersalin czer? Baca selanjutnya untuk jawapan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Kesan epidural bersalin czer

Sebelum kita terus kepada cara hilangkan sakit belakang selepas bersalin pembedahan, jom ketahui antara punca keadaan ini terjadi.

Terdapat beberapa punca boleh menyebabkan anda mengalami sakit belakang, seperti:

Kesan anestesia

Selepas prosedur caesarean, ramai wanita mengadu sakit belakang. Puncanya bius tulang belakang – proses yang membantu ibu hamil bersalin secara pembedahan tanpa rasa sakit.

Jenis anestesia tertentu juga boleh menyebabkan kesakitan untuk beberapa hari atau minggu selepas bersalin.

cara hilangkan sakit belakang
Proses bius tulang belakang semasa pembedahan c-caesarean.

Dengan epidural, doktor menyuntik bius ke bahagian sekitar saraf tunjang dan memerlukan tempoh masa sekitar 20 minit untuk mengebaskan perut. 

Manakala penggunaan spinal block  – suntikan lebih dekat dengan saraf tunjang dan berfungsi lebih cepat untuk mengebaskan perut.

Malangnya, kesan jangka panjang suntikan epidural dan spinal block adalah kedua-duanya meningkatkan kecenderungan kekejangan otot berhampiran saraf tunjang selepas bersalin. Keadaan ini boleh berlanjutan beberapa minggu atau bulan.

Bagi sesetengah wanita, selepas 2-3 bulan bersalin, mereka mengalami rasa sakit pinggang teruk apabila menukar posisi tidur atau sakit belakang kesan batuk atau bersin.

[embed-health-tool-due-date]

Perubahan hormon

Dalam tempoh kehamilan, badan bersedia menolak bayi keluar dengan menghasilkan hormon relaxin – berfungsi melegakan ligamen dan sendi semasa beranak.

Walaupun menjalani prosedur czer, namun hormon tersebut tetapi dirembeskan. Ini menyebabkan bahagian belakang badan terdedah kepada kesakitan walau hanya membengkok sedikit badan atau berada dalam postur yang salah.

Rasa sakit ini biasanya hilang selepas beberapa minggu setelah badan kembali ke bentuk asal dan otot mula menguat.

Pertambahan berat

Pertambahan berat salah satu faktor penyumbang sakit belakang dan ia adalah normal semasa mengandung.

Kesan pertambahan berat dan perubahan pusat keseimbangan akibat bebanan berat pada kawasan perut boleh memberi tekanan pada bahagian belakang dan tulang – punca sakit belakang.

Postur yang salah

Kesan perubahan semasa hamil boleh menyebabkan postur yang salah turut menjadi penyumbang kepada sakit belakang.

Selepas bersalin, anda perlu lebih berhati-hati dengan postur badan. Kewujudan parut czer, menyukarkan anda untuk mengekalkan postur yang betul setiap masa.

cara hilangkan sakit belakang
Postur tidur yang salah boleh menyebabkan sakit belakang.

Pilihan yang terbaik adalah untuk berehat sebanyak mungkin dan tidak perlu bergerak jika tiada keperluan.

Mendukung bayi baru lahir juga boleh menjejaskan postur badan. Hadkan masa untuk berdukung dan semasa dalam kereta, letakkan bayi di dalam kerusi keselamatan.

Menyusu badan

Kedudukan badan semasa menyusu amat penting untuk dititikberatkan. Susukan si kecil dalam kedudukan yang selesa dengan bantal diletakkan di bawah siku dan pastikan leher kekal lurus. Ini penting bagi menghindari masalah sakit pinggang akibat epidural.

Elakkan daripada melihat bayi berulang kali semasa menyusu badan kerana ia boleh menambah tekanan pada leher dan bahu yang menyebabkan sakit belakang.

Bersantai dan gunakan bantal penyusuan untuk memastikan anda dan bayi berada dalam kedudukan yang selesa.

Cara hilangkan sakit belakang kesan epidural

Sakit belakang selepas czer biasanya bersifat sementara. Namun terdapat beberapa petua boleh dilakukan bagi meredakan ketidakselesaan tersebut.

Jangan membongkok

Berwaspada dengan postur tubuh. 

Pastikan belakang badan lurus dan bengkokkan lutut anda. Jika berasa sakit, minta bantuan pasangan atau ahli keluarga untuk meletakkan bayi di dalam katil, kereta sorong atau car seat.

Mandian panas, antara cara hilangkan sakit belakang

Mandian panas boleh melegakan ketegangan dan kekejangan otot pada bahagian belakang badan. Pancuran air panas juga boleh dijadikan pilihan.

Haba lembap juga membantu meningkatkan peredaran darah, mengurangkan keradangan dan sakit belakang.

Sebaiknya, dapatkan rundingan doktor terlebih dahulu sebelum berendam atau mandi air panas selepas pembedahan czer.

Duduk tegak semasa penyusuan

Posisi ini boleh mengurangkan tekanan pada tulang belakang dan leher, mencegah sakit belakang dan mengurangkan kesakitan sedia ada.

Carilah tempat yang paling selesa sebelum memulakan sesi penyusuan badan, ini boleh memberikan perbezaan buat anda.

Cara hilangkan sakit belakang #Senaman ringan

Sebaik sahaja doktor memberikan lampu hijau, mulakan dengan senaman ringkas dan mudah seperti yoga. Ini membantu menguatkan otot perut dan melepaskan ketegangan otot belakang badan.

Berjalan perlahan juga pilihan yang baik. Ia membantu melancarkan peredaran darah, meredakan keradangan dan kekejangan belakang badan.

Berehat 

Bergerak terlalu banyak boleh memburukkan lagi sakit belakang. Jadi banyakkan berehat terutamanya jika anda sakit. 

Menjadi terlalu aktif juga boleh menyebabkan kesakitan berpanjangan. Sebaiknya, cuba untuk tidur walaupun sekejap. Tidur adalah cara badan memulihkan diri.

Urutan, salah satu cara hilangkan sakit belakang

Urutan pada belakang badan adalah antara cara meredakan kesakitan. Ia juga membantu melegakan ketegangan otot dan melancarkan peredaran darah.

Minta bantuan pasangan untuk mengurut atau dapatkan urutan selepas bersalin daripada pakar.

Ubat untuk meredakan kekejangan

Tanyakan doktor jika terdapat ubat yang selamat untuk anda ambil, terutamanya jika menyusu badan.

Biasanya ubat yang boleh diambil semasa menyusu adalah acetaminophen dan ibuprofen. Tetapi pastikan tidak melebihi dos harian yang dibenarkan. 

cara hilangkan sakit belakang
5 Cara luka caesar cepat sembuh.

Kesimpulan

Kesakitan dialami biasanya bersifat sementara, usah bimbang.
Jika cara hilangkan sakit belakang kesan epidural ini tidak membantu atau keadaan berlanjutan sehingga menjejaskan aktiviti harian, berundinglah dengan doktor untuk mengetahui pilihan rawatan lain.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Breen, T. W., Ransil, B. J., Groves, P. A., & Oriol, N. E. (1994). Factors associated with back pain after childbirth. Anesthesiology, 81(1), 29–34. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/8042807/, Accessed on Dec 1, 2022
  2. InformedHealth.org [Internet]. Cologne, Germany: Institute for Quality and Efficiency in Health Care (IQWiG); 2006-. Pregnancy and birth: When does labor need to be induced? 2008 Sep 24. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK279570/?report=reader, Accessed on Dec 1, 2022
  3. Chia, Yuan-Yi MD; Lo, Yuan MD; Chen, Yan-Bo MD; Liu, Chun-Peng; Huang, Wei-Chun PhD; Wen, Chun-Hsien MD. (2016). Risk of Chronic Low Back Pain Among Parturients Who Undergo Cesarean Delivery With Neuraxial Anesthesia A Nationwide Population-Based Retrospective Cohort Study. doi: 10.1097/MD.0000000000003468.  Accessed on Dec 1, 2022
  4. C-Section. https://www.asahq.org/madeforthismoment/preparing-for-surgery/procedures/c-section/, Accessed on Dec 1, 2022
  5. Aditi Mukhopadhyay. Arpan Bhattacharyya, Alak Kumar Syamal, Sarmishtha Chanda (2019). Spinal anesthesia during cesarean section and persisting low back pain: a cross sectional study in West Bengal, India. https://ijmrr.medresearch.in/index.php/ijmrr/article/view/1104, Accessed on Dec 1, 2022
  6. C-section recovery: What to expect. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/labor-and-delivery/in-depth/c-section-recovery/art-20047310,  Accessed on Dec 1, 2022
  7. Factors associated with persistent pain after childbirth. https://www.bjanaesthesia.org.uk/article/S0007-0912(20)30002-7/pdf, Accessed on Dec 1, 2022 

Versi Terbaru

25/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Sudah Sampai Masa Bersalin? Ini Resipi Lauk Pantang Mudah, Suami Boleh Try Buat!

Miss V Bau Hanyir Lepas Lahirkan Anak? Jika Ada Tanda Ini, Kena Jumpa Doktor!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada seminggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan