Buasir adalah sejenis penyakit yang boleh terjadi pada sesiapa sahaja termasuklah individu yang sedang hamil. Persoalannya, apakah kesan buasir kepada ibu mengandung?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Buasir adalah sejenis penyakit yang boleh terjadi pada sesiapa sahaja termasuklah individu yang sedang hamil. Persoalannya, apakah kesan buasir kepada ibu mengandung?
Adakah kehamilan itu akan terjejas? Tenang, sila ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai buasir ketika hamil dengan lebih lanjut!
Buasir atau hemoroid merupakan satu kondisi urat simpul (vena varikos) yang berlaku di bahagian dubur.
Di dalam saluran dubur yang menghubungkan rektum dengan anus, terdapat beberapa saluran darah lembut yang akan membantu individu ketika membuang air besar dengan merembeskan mukus.
Hemoroid akan terjadi apabila terdapat pembengkakan pada saluran-saluran darah ini.
Saluran darah yang membengkak ini akan terkeluar semasa atau selepas anda membuang air besar dan seterusnya akan membentuk sebuah benjolan yang kecil dan lembut.
Benjolan ini boleh dirasai oleh anda dan akan mendatangkan kegatalan serta kesakitan. Ini juga merupakan kesan buasir kepada ibu mengandung.
Jadi, sila berjumpa doktor sekiranya anda berasa tidak selesa pada punggung anda ya!
Buasir juga boleh terjadi ketika sedang hamil.
Kondisi ini mungkin akan terjadi kepada ibu hamil terutamanya ketika trimester ketiga kehamilan.
Ini kerana pada ketika ini rahim akan memberi tekanan kepada urat-urat di sekitarnya lalu menyebabkan saluran darah membengkak.
Selain itu, ibu hamil cenderung mengalami hemoroid dan juga sembelit atas faktor perubahan hormon yang berlaku dalam badan.
Perubahan hormon ini akan mengakibatkan sistem pencernaan badan menjadi lemah sekali gus meninggikan kesan buasir kepada ibu mengandung.
Antara punca lain ibu hamil mengalami masalah hemoroid adalah pengambilan vitamin pranatal.
Meskipun tujuan utama pengambilan vitamin tersebut adalah memastikan kesihatan bayi dan ibu, namun vitamin-vitamin ini turut hadir dengan besi sintetik yang boleh menyumbang kepada masalah sembelit.
Bukan sahaja ketika sedang hamil, hemoroid juga berisiko terjadi ketika ibu hamil sedang dalam proses melahirkan bayi.
Buasir mungkin akan berlaku ketika ibu hamil meneran untuk menolak bayi keluar.
Bak kata pepatah, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
Oleh itu, sebelum mengalaminya, wajar untuk ibu hamil cuba untuk mengambil langkah awal mencegah hemoroid bagi mengelakkan kesan buasir kepada ibu mengandung.
Berikut merupakan beberapa tip mencegah buasir ketika hamil:
Sekiranya keadaan ini sudah terjadi, anda tidak perlu risau kerana kondisi ini boleh dirawat dan diubati. Perkara yang paling penting adalah segera berhubung dengan pakar perubatan.
Berikut merupakan beberapa tip merawat buasir ketika hamil:
Dalam kebanyakan kes, hemoroid akan mengecut dan kesan buasir kepada ibu mengandung sembuh dengan sendirinya apabila tubuh badan anda sudah pulih sepenuhnya selepas melahirkan bayi.
Pun begitu, terdapat juga kes-kes di mana kondisi buasir ini berada pada tahap yang teruk.
Kes sebegini memerlukan rawatan yang lebih drastik contohnya penggunaan suntikan bahan kimia, cahaya inframerah ataupun penggunaan gelang getah untuk mengikat dasar buasir sehingga ia mengecut dengan sendiri.
Sekiranya anda mengesyaki bahawa anda mungkin sedang mengalami hemoroid, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut okay!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen