Anda mungkin perlu mencuba beberapa kali sebelum berjaya. Pastikan anda dan pasangan anda mengambil peluang ini.
Pertemuan dengan doktor
Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?
Anda patut memaklumkan doktor anda bahawa anda sedang mencuba untuk hamil.
Doktor akan bertanya sejarah perubatan dan melaksanakan pemeriksaan kesihatan menyeluruh.
Sewaktu menjalani pemeriksaan fizikal sebelum kehamilan, anda patut memaklumkan doktor jika anda sakit atau mengambil sebarang ubat.
Ini dapat menyediakan anda lebih baik pada permulaan kehamilan.
Apakah ujian yang perlu saya tahu?
Pada waktu ini, anda mungkin mahu menggunakan ujian ovulasi. Kitaran haid setiap wanita adalah berbeza.
Sesetengah wanita mungkin mendapat haid setiap 21 atau 28 hari.
Jika anda merancang untuk kehamilan, ujian ovulasi akan membantu anda menentukan masa yang terbaik untuk mengadakan hubungan kelamin dengan pasangan anda.
Ujian lain yang patut anda ketahui ialah ujian kehamilan.
Setelah telur anda disenyawakan dengan sperma, ia akan mengambil masa beberapa minggu untuk mengetahui anda hamil.

Sesetengah ujian kehamilan boleh mengesan kehamilan pada minggu anda terlepas haid manakala sesetengah yang lain mungkin hanya mengesan beberapa minggu selepas.
Sila hubungi doktor anda jika anda mempunyai sebarang tanda hamil 2 minggu.
Kesihatan & keselamatan
Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?
Sebelum menerima berita baik hamil 2 minggu, berhati-hati dengan faktor yang berbahaya kepada anda dan bayi. Ini perkara yang patut anda perhatikan untuk memastikan keselamatan kehamilan anda.
Analgesik
Apa yang akan anda lakukan jika mengalami migrain? Adakah anda akan meminum ubat seperti Efferalgan (sejenis parasetamol) yang mengandungi Codeine® – Ingat! Anda hamil!
Kebanyakan ubat tahan sakit tidak selamat untuk kehamilan dan mengambil beberapa hari dalam badan. Bahan ubat-ubat ini boleh membahayakan perkembangan bayi dan mengurangkan kesuburan anda.
Untuk keputusan terbaik, sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil sebarang ubat pada waktu hamil 2 minggu ini.
Alkohol, dadah dan produk tembakau
Sewaktu kehamilan, anda patut mengelakkan minum alkohol, mengunakan dadah dan produk tembakau.
Bahan ini boleh membahayakan kesuburan, meningkatkan risiko keguguran dan penyebab kecacatan dalam janin.
Antara kecacatan yang biasa ialah sindrom fetal keracunan alkohol, masalah pernafasan, berat rendah sewaktu kelahiran.
Sila dapatkan saranan doktor jika anda mempunyai sebarang persoalan atau berhadapan dengan sebarang masalah kesihatan.
Biar kami tunjukkan apa yang akan berlaku minggu hadapan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen