backup og meta

Normal Ke Perut Berdenyut Awal Kehamilan? Ibu, Mungkin Ini 5 Sebabnya!

Normal Ke Perut Berdenyut Awal Kehamilan? Ibu, Mungkin Ini 5 Sebabnya!

Sebenarnya sepanjang tempoh mengandung terdapat pelbagai ketidakselesaan akan dialami seperti rasa perut berdenyut awal kehamilan.

Untuk mengetahui punca dan cara meredakan keadaan ini, teruskan membaca perkongsian artikel.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Masalah perut berdenyut awal kehamilan

Sekiranya pernah hamil sebelum ini, anda mungkin sudah biasa dengan rasa sakit akibat kekejangan. Rasa yang dialami ini adalah seperti kekejangan haid biasa.

Ia biasanya terjadi pada bahagian bawah perut dan akan beransur hilang dalam tempoh beberapa minit.

Adakah perut berdenyut awal kehamilan normal?

Keadaan ini adalah normal, bahkan jika kekejangan dialami ringan khususnya pada trimester pertama, ia bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan. 

Ia biasanya dianggap sebahagian daripada perubahan fizikal biasa tubuh bagi persediaan untuk bayi.

Pada awal kehamilan, anda mungkin akan mengalami kekejangan disertai dengan pendarahan ringan yang berlaku apabila embrio ditanam ke dalam dinding rahim – dikenali sebagai proses implantasi.

Sepanjang kehamilan berlangsung, anda juga mungkin berasa kekejangan apabila rahim berubah dan meregang untuk menampung tumbesaran bayi.

Punca kekejangan perut semasa hamil.
Kejang perut semasa hamil.

Pusat berdenyut tanda hamil: Fahami puncanya

Ia adalah perkara biasa untuk mengalami sakit ringan atau perut berdenyut seperti jantung semasa hamil. 

Dalam kebanyakan kes, sakit perut pada awal kehamilan disebabkan oleh perubahan badan yang normal seperti:

Implantasi, antara penyebab perut berdenyut di tengah

Apabila telur yang disenyawakan membentuk blastokista dan ditanam ke dalam lapisan dinding rahim, ia boleh menyebabkan sedikit kekejangan di bahagian bawah perut.

Ini dikenali sebagai kekejangan implantasi dan selalunya merupakan salah satu tanda awal kehamilan.

Orgasma

Jika melakukan hubungan seks semasa hamil, anda mungkin mengalami kekejangan selepas orgasma. Kesakitan mungkin terasa sama seperti senggugut dan biasanya hilang dengan cepat.

Ini tidak bermakna anda perlu berhenti melakukan hubungan seks.

Walau bagaimanapun, jika sakitnya teruk dan disertai dengan pendarahan, berunding dengan doktor segera.

Perut berdenyut awal kehamilan #Tumbesaran rahim

Semasa dua trimester pertama, proses perkembangan rahim adalah cepat untuk menampung janin yang sedang membesar. Ini juga boleh menyebabkan kekejangan awal kehamilan.

Memandangkan ligamen dan otot yang menyokong rahim turut berkembang, anda mungkin mengalami sakit tajam apabila anda berdiri, menukar kedudukan atau bersin mahupun batuk.

Perkembangan rahim semasa hamil.
Perkembangan rahim.

Dalam kes yang jarang berlaku, kekejangan awal kehamilan mungkin disebabkan oleh masalah berikut:

Keguguran awal

Selain pusat berdenyut tanda hamil, ia juga boleh bermakna berlakunya keguguran. Namun situasi tersebut jarang untuk terjadi. 

Apabila kekejangan teruk, berpanjangan dan/atau berlaku bersama-sama dengan pendarahan atau keputihan, pastikan anda mendapatkan rawatan perubatan segera.

Keguguran awal kehamilan berkemungkinan besar berlaku pada trimester pertama.

Kehamilan ektopik

Kehamilan luar rahim adalah apabila telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim. Sebagai contoh, ia boleh melekat pada tiub fallopio, rongga perut atau serviks.

Kehamilan jenis ini juga boleh mengakibatkan kekejangan perut teruk yang mungkin disertai dengan pendarahan.

Gejala perut berdenyut awal kehamilan

Perut berdenyut seperti jantung pada awal kehamilan boleh membimbangkan, terutamanya jika ini adalah kehamilan pertama dan anda tidak biasa dengan sensasi fizikal. 

Walaupun kekejangan semasa awal kehamilan biasanya normal, namun tiada salahnya untuk memberikan perhatian kepada kesakitan yang dialami. Jika merasakan sesuatu yang luar biasa, lakukan pemeriksaan doktor secepat mungkin. 

Perhatian!

Memahami tanda dan gejala kekejangan awal kehamilan (atau trimester pertama), boleh membantu anda mengetahui perkara biasa yang berlaku.

Berikut adalah beberapa simptom paling biasa semasa awal kehamilan:

  • Kekejangan biasa — Hampir menyerupai kekejangan semasa haid dan biasanya tidak begitu teruk
  • Pendarahan ringan — Tompok darah semasa kehamilan awal mungkin dikaitkan dengan pendarahan implantasi

Cara merawat perut berdenyut awal kehamilan

Walau apa pun, ada kalanya kekejangan yang dirasai boleh menjejaskan aktiviti harian dan menyebabkan ketidakselesaan. 

Jika anda mengalami rasa kejang dan perut berdenyut awal kehamilan, berikut ialah beberapa petua untuk mengurangkannya dengan cepat:

  • Minum air. Anda lebih berkemungkinan mengalami perut berdenyut di tengah apabila anda dehidrasi. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya lapan cawan air setiap hari
Ibu hamil minum air untuk mengelakkan dehidrasi.
Perut berdenyut tanda hamil.
  • Tukar kedudukan. Apabila anda mengalami kekejangan, cuba tukar posisi semasa berbaring atau duduk. Jangan beri tekanan pada punca kesakitan
  • Regangan dan bersenam. Cuba lakukan senaman kehamilan yang ringan atau regangkan badan untuk melegakan kekejangan otot. Selain melegakan kekejangan aktif, ini juga boleh membantu mencegah kesakitan yang akan datang
  • Urutan lembut. Urutan boleh merangsang peredaran darah dalam otot, sekali gus melegakan kekejangan yang tidak selesa. Mendapat urutan belakang badan yang lembut mungkin membantu melegakan sakit
  • Tidur. Cuba dapatkan tidur malam yang nyenyak dan mencukupi semasa awal kehamilan kerana ini membuatkan anda berasa tenang

Pemeriksaan doktor

Walaupun kekejangan dan pusat berdenyut tanda hamil yang dirasai adalah normal dan tidak berbahaya, ia juga penting untuk berjumpa dengan doktor jika kekejangan menjadi teruk dan disertai dengan pendarahan.

[embed-health-tool-due-date]

Doktor boleh menentukan sama ada keadaan yang anda alami mempunyai kaitan dengan masalah seperti keguguran, kehamilan luar rahim atau penyakit berjangkit yang mungkin menjejaskan anda serta bayi ataupun tidak.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Aches and pains during pregnancy. https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000580.htm, Accessed on Feb 17, 2022
  2. Abdominal pain or cramping.  https://www.marchofdimes.org/abdominal-pain-or-cramping.aspx, Accessed on Feb 17, 2022 
  3. Abdominal Pain in Early Pregnancy. https://psnet.ahrq.gov/web-mm/abdominal-pain-early-pregnancy, Accessed on Feb 17, 2022 
  4. Stomach (abdominal) pain or cramps in pregnancy. https://www.tommys.org/pregnancy-information/pregnancy-symptom-checker/stomach-abdominal-pain-or-cramps-pregnancy#, Accessed on Feb 17, 2022 
  5. Pregnancy Discomforts. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/pregnancy-pains, Accessed on Feb 17, 2022 

Versi Terbaru

08/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

4 Perkara Penting Untuk Ibu Hamil Trimester Pertama! Banyak Yang Kena Buat & Elak

Pening semasa Hamil: Ini 3 Perkara yang Anda Perlu Tahu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan