backup og meta

Sepanjang 9 Bulan Kehamilan, Ibu Perlu Peka Pada 6 Perubahan Ini

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 09/05/2022

    Sepanjang 9 Bulan Kehamilan, Ibu Perlu Peka Pada 6 Perubahan Ini

    Sepanjang 9 bulan kehamilan, bakal ibu akan mengalami banyak perubahan dari segi fizikal dan juga emosi. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan kehamilan anda. 

    Baca lebih lanjut tentang Kehamilan di sini.

    Perkembangan kehamilan – Perubahan pada payudara

    Pada trimester pertama, anda mungkin akan rasa payudara anda menjadi lebih lembut dan mula membesar. Anda juga akan melihat pembentukan awal susu yang dikenali sebagai kolostrum meleleh keluar daripada payudara anda yang semakin membesar, sebagai persediaan untuk penyusuan.

    Anda perlu membeli coli yang diperbuat daripada kain kapas dengan rekaan yang menyelesakan ibu hamil.

    Hidung tersumbat

    Keadaan kesihatan yang biasa berlaku kepada ibu hamil ialah rasa sesak dan hidung tersumbat. Paras darah anda meningkat dengan ketara untuk mengepam bagi membekalkan darah pada bayi anda, yang mana akan meletakkan tekanan pada saluran pernafasan.

    Dalam hal ini, anda boleh mengendalikan ketidakselesaan dengan mudah menggunakan semburan salin atau neti pot untuk menghilangkan mukus.

    Kerap rasa ingin membuang air kecil, dalam perkembangan kehamilan

    perkembangan kehamilan

    Disebabkan peningkatan paras darah semasa kehamilan, buah pinggang anda terpaksa menahan tekanan tambahan dan menyebabkan anda kerap ke bilik air.

    Keadaan ini akan bertambah buruk semasa usia kehamilan semakin meningkat dan berat bayi anda akan meletakkan tekanan pada pundi kencing anda. Ini adalah keadaan normal yang berlaku kepada setiap ibu hamil. Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan.

    Perubahan pada gigi dan tulang

    Tubuh anda perlu menyediakan kalsium tambahan untuk perkembangan bayi anda. Jika pemakanan anda tidak menyediakan kalsium yang cukup, kesihatan tulang dan gigi anda akan turut terjejas.

    Hormon kehamilan juga membuatkan gusi anda menjadi lebih lemah dan boleh menyebabkan gusi kerap berdarah. Jadi, penting untuk anda berjumpa dengan doktor gigi bagi melakukan pemeriksaan gigi dan gusi.

    Mengalami kesakitan

    Tendon dan ligamen sepanjang tubuh anda akan meregang semasa kehamilan bagi menyesuaikan tumbesaran bayi dan membolehkannya keluar semasa fasa bersalin.

    Oleh itu, bakal ibu akan mengalami sakit-sakit badan, lenguh, dan ketidakselesaan yang sukar dinyatakan pada bahagian bawah abdomen.

    perkembangan kehamilan

    Sindrom carpal tunnel juga boleh berlaku pada sebelah atau kedua-dua belah tangan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh mampatan saraf yang menghantar isyarat otak ke tangan dan jari.

    Dalam kes seperti ini, anda boleh gunakan ubat yang selamat untuk ibu hamil seperti acetaminophen atau ibuprofen (hanya boleh digunakan sebelum usia kehamilan 28 minggu).

    Doktor juga akan menyarankan anda untuk melakukan senaman tertentu bagi membantu mengurangkan kesakitan.

    Perkembangan kehamilan #Sesak nafas 

    perkembangan kehamilan

    Bayi anda yang semakin membesar pada trimester ketiga membuatkan diafragma anda akan terjejas. Anda mungkin mengalami kesukaran untuk bernafas dan kurang udara.

    Jika anda rasa teruk, carilah posisi yang selesa seperti berbaring dan cuba mengambil nafas dalam.

    Melihat kepada perubahan fizikal anda dalam membawa berat badan berlebihan, dengan hormon yang tidak menentu, bakal ibu akan merasai sendiri perubahan tubuh yang menakjubkan.

    Wanita hamil mungkin perlu mempersiapkan cara-cara untuk melegakan keradangan kulit, buku lali bengkak, masalah penghadaman, pembesaran payudara, dan kesukaran pernafasan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 09/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan