Pengambilan susu semasa mengandung adalah pemakanan lengkap yang diperlukan oleh wanita berbadan dua. Jadi apakah kandungan perlu ada dalam susu untuk ibu mengandung trimester pertama dan seterusnya?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Susu untuk ibu hamil
Dalam tempoh kehamilan, mengamalkan aspek pemakanan seimbang amat bermanfaat kepada ibu dan anak yang belum lahir.
Seperti susu, ia mempunyai banyak komposisi bahan yang penting dalam menjaga kesihatan tubuh wanita hamil.
Dalam masa yang sama, susu untuk ibu hamil sangat baik untuk tumbesaran janin dalam kandungan.
Tempoh kehamilan adalah penting untuk ibu dan bayi.
Oleh itu, amat mustahak untuk selalu memantau pemakanan yang diberikan kepada janin di dalam rahim.
Selain penjagaan pemakanan, seorang bakal ibu juga tidak boleh terlalu letih atau tertekan.
Ini kerana keadaan mental ibu turut akan mempengaruhi tahap kesihatan bayi di dalam kandungan.
Tetapi apakah kandungan penting yang perlu ada dalam susu untuk ibu mengandung trimester pertama?
Susu untuk ibu mengandung trimester pertama
Terdapat begitu banyak pilihan susu untuk wanita hamil yang boleh dipilih di pasaran, betul tak?
Ada juga pilihan susu khas untuk mengurangkan simptom mual pada awal kehamilan.
Umumnya, pengambilan susu adalah sangat membantu buat bakal ibu yang kehilangan selera makan.
Bahkan, kandungan nutrien yang terdapat dalam susu juga penting buat ibu dan bayi.
Bagi memastikan ibu dapat memenuhi keperluan nutrisi sepanjang tempoh kehamilan, adalah penting untuk menyemak kandungan bahan dalam susu tersebut.
Antara kandungan utama dalam susu untuk ibu hamil trimester pertama adalah:
Protein
Ia berfungsi untuk proses pembentukan tisu dalam badan khususnya pada janin seperti penghasilan otot, menjaga kesihatan ibu mengandung dan tulang janin serta pelbagai manfaat lain.
Kandungan protein dalam susu untuk ibu hamil juga digunakan dalam pembentukan darah dan cairan ketuban yang sihat dan menjadi antibodi bagi wanita mengandung dan janin.
Protein susu dikelaskan sebagai protein lengkap, bermaksud ia mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk memastikan tubuh berfungsi dengan optimum.
Di samping itu, protein susu juga sangat mudah dicerna dan diserap, oleh itu badan dapat menggunakan semua protein yang diambil.
Kalsium dalam susu untuk ibu mengandung trimester pertama
Nutrien lain untuk wanita hamil yang sangat diperlukan adalah kalsium.
Tubuh akan menggunakan kalsium untuk membantu membina tulang, gigi, jantung, otot dan saraf bayi yang sedang berkembang.
Sekiranya bakal ibu tidak mempunyai cukup kalsium yang beredar di dalam darah, tubuh akan menarik kalsium daripada tulang anda untuk membekalkan bayi dengan keperluannya.
Situasi ini meningkatkan risiko anda terkena osteoporosis atau tulang rapuh yang cenderung akan patah, kemudian hari nanti.
Sebagai tambahan, kalsium telah terbukti sangat baik bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga bagi bekalan susu ibu, yang membolehkan penyusuan eksklusif dilakukan nanti.
Vitamin D
Komposisi penting dalam susu untuk ibu mengandung yang lain adalah vitamin D. Ia berperanan dalam pembentukan tulang dan tisu pada janin.
Vitamin D perlu bergabung dengan kalsium, kerana tanpanya anda tidak akan dapat menyerap jumlah mineral yang mencukupi.
Kombinasi vitamin D dan kalsium berfungsi untuk menjaga kekuatan tulang, terutamanya semasa berbadan dua.
Kandungan vitamin D dalam susu untuk ibu hamil juga berperanan mengekalkan sistem imun diri pada tahap terbaik bagi menangkis jangkitan serta menjaga keselamatan anda dan bayi.
Mendapat jumlah vitamin D mencukupi juga menyumbang kepada berat lahir bayi yang sihat.
Baca juga: