Anda mungkin berminat:
Bolehkah asid folik bantu pasangan hamil anak kembar?
Terdapat beberapa kajian kecil yang menunjukkan bahawa pengambilan asid folik boleh meningkatkan peluang untuk kehamilan kembar.
Akan tetapi, tiada mana-mana kajian besar yang mengesahkan perkara ini.
Menurut kajian yang dilakukan di Sweden, bakal ibu yang mengambil suplemen asid folik cenderung untuk mendapat bayi kembar di mana suplemen tersebut boleh meningkatkan peluang untuk kehamilan kembar.
Ahli saintis di Sweden berkata, pengambilan suplemen asid folik boleh menggandakan peluang untuk kehamilan kembar.
Ramai wanita yang mengambil vitamin asid folik sebelum dan semasa hamil untuk mengurangkan risiko bayi mendapat kecacatan tiub neural, seperti spina bifida.
Di Amerika Syarikat, penambahan asid folik adalah diwajibkan dalam bijirin sarapan pagi dan roti gandum penuh sejak 1998, dan ia mencatatkan pengurangan kes spina bifida sebanyak 19 peratus.
Bagaimanapun, Dr Bengt Kallen of the Tomblad Institute in Lund, Sweden dan pasukannya mengkaji kes yang melibatkan 2,569 wanita di Swedish Medical Birth Registry, yang mengambil suplemen asid folik.
Kadar kelahiran kembar dalam kalangan wanita-wanita ini adalah sebanyak 2.8 peratus – iaitu kira-kira dua kali ganda daripada populasi umum masyarakat Sweden, iaitu 1.5 peratus kelahiran adalah kembar.
Dalam laporannya, Dr Kallen mengatakan bahawa terdapat kebarangkalian pengambilan vitamin asid folik meningkatkan kemungkinan kadar ovulasi wanita atau implantasi lebih daripada satu telur.
Sementara itu, Sir John Grimley Evans dari Oxford University menegaskan bahawa banyak lagi kajian perlu dibuat bagi mengetahui kesahihan kaitan antara asid folik dan kehamilan kembar.
[health_tool_article id=”78935″]