Jangkitan yis adalah disebabkan oleh pertambahan jenis kuman yang juga dikenali sebagai kulat di dalam faraj anda. Berhati-hati dengan tanda dan simptom seperti pembakaran, kemerahan atau pembengkakan pada faraj atau vulva, kesakitan semasa seks atau buang air kecil, pembuangan air kecil tidak normal dan ruam merah di luar faraj anda.
Bagaimana mengurangkan peluang mendapatkan jangkita faraj?
- Pastikan faraj atau alat kelamin bersih. Adalah sangat penting mengekalkan faraj dan bahagian bawah yang bersih setiap hari. Cuci bahagian luar faraj dan bahagian bawah dengan sabun khusus dengan arahan ahli farmasi setiap hari dengan betul. Di samping itu, ingat bahawa setiap kali anda ke bilik mandi, lap dari bahagian depan badan anda ke belakang, bukan sebaliknya.
- Pastikan faraj nyaman dan selesa. Semain tinggu suhu, lebih banyak bakteria. Persekitaran lembap dan panas adalah tempat yang sempurna bagi bakteria untuk berkembang.Juga, ingatlah untuk elakkan memakai pakaian yang tidak selesa seperti potongan yang dibuat daripada kain serap haba seperti rayon dan poliester. Ini kerana ia boleh memerangkap haba di kelangkang anda. Oleh itu pakai seluar yang selesa yang diperbuat daripada kapas akan menjadi idea yang baik.
- Jauhi juga pakaian yang basah. Bakteria tidak hanya mendiami dan berkembang pesat di tempat-tempat yang panas, tetapi ia juga sukakan persekitaran yag basah. Itulah sebabnya mengapa anda harus menukar pakaian kering secepat mungkin selepas berada di dalam air.
- Minum air secukupnya.
- Tukar seluar dalam setiap hari (sangat penting).
Jika anda berfikir bahawa anda mengalami jangkitan faraj, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor secepat mungkin untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan lanjut. Semakin lama anda menunggu, semakin teruk keadaan jangkitan faraj anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen