backup og meta

Artikel Ditaja Oleh Ddrops

Mengangkat Realiti Keibuan Moden di IPC Bersama Dear Mom & Ddrops

Di sebalik senyuman, banyak ibu sebenarnya memerlukan sokongan ibu yang lebih kukuh, bukan hanya bantuan fizikal, tetapi juga sokongan emosi dan sokongan keluarga bagi memastikan kesejahteraan mental mereka terjaga.

Mengangkat Realiti Keibuan Moden di IPC Bersama Dear Mom & Ddrops

Lebih menyedihkan, ramai antara kita tidak menyedari bahawa diri mungkin sudah mengalami kemurungan selepas bersalin

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Dear Mom x Hello Doktor

Acara Dear Mom x Hello Doktor yang berlangsung di IPC Shopping Centre berjaya mengumpulkan para ibu untuk berbicara tentang realiti sebenar keibuan moden. 

Acara ini menampilkan zon interaktif seperti Self-Love Consultation Booth, Sponsored Brands Experience Zone, Dear Me Reflection Wall, Creator Photo Zone serta kaunter pendaftaran dan penebusan hadiah. 

Reruai Hello Doktor pula memberi peluang kepada ibu menyertai komuniti C-Section Mom di Facebook dengan imbasan QR sambil memenangi hadiah menarik.

Selain itu, Ddrops turut membuka reruai khas yang memberi peluang kepada para mommies untuk mengetahui lebih lanjut tentang makanan tambahan khusus untuk kanak-kanak. 

Ddrops diasaskan dengan misi untuk menyediakan cara suplementasi nutrisi yang lebih ringkas dan selamat untuk bayi, sekali gus membantu ibu bapa menangani cabaran keibubapaan harian dengan lebih yakin dan tanpa kebimbangan. 

Seiring dengan tema Dear Mom, kehadiran Ddrops di acara ini mencerminkan komitmen mereka dalam menyokong ibu melalui penyelesaian nutrisi yang praktikal dan dipercayai.

Ddrops menyediakan sokongan nutrisi yang lebih ringkas, selamat dan tulen untuk bayi, dengan menyingkirkan gula, bahan kimia tidak perlu serta pengawet dan hanya memfokuskan kepada ramuan paling semula jadi, sebagai tanda keprihatinan ikhlas daripada keluarga kami untuk anda.

Di reruai ini, para ibu boleh mendapatkan penerangan pantas daripada pasukan Ddrops tentang cara penggunaan yang betul dan manfaatnya untuk anak-anak, diri sendiri dan keluarga.

Produk Ddrops® dihasilkan di fasiliti GMP di Kanada, serta diperakui di peringkat antarabangsa dan serantau dengan pensijilan termasuk NPN, NSF, SGS, USDA Organic, NPRA dan HMA HALAL.

Selain itu, Ddrops mengekalkan piawaian kualiti yang lebih ketat daripada keperluan GMP bagi memastikan setiap produk adalah selamat, tulen dan boleh dipercayai. 

Tahap keselamatan yang tinggi ini membantu mengurangkan kebimbangan ibu dalam menyokong kesihatan dan perkembangan anak mereka setiap hari.

sokongan ibu
Makanan tambahan Ddrops untuk kanak-kanak.

Kenapa sokongan ibu sangat penting selepas bersalin?

Salah satu segmen paling memberi kesan adalah perkongsian daripada Dr. Kavitha Kalaimany, Pengerusi FReHA (Family Reproductive Health Association), dalam sesi bertajuk “The Power of Self-Love in Modern Motherhood”.

Dalam perkongsiannya, Dr. Kavitha menekankan bahawa ramai ibu berusaha kelihatan kuat sehingga menekan perasaan sendiri. Mereka risau jika emosi ditunjukkan, ia akan membebankan keluarga. 

Namun hakikatnya, tanpa sokongan ibu yang mencukupi, kesihatan mental selepas bersalin boleh terjejas, andai tidak ditangani, ia boleh membawa kepada PPD (postpartum depression).

Kajian saintifik menunjukkan bahawa mengekalkan paras Vitamin D yang mencukupi semasa kehamilan dan selepas bersalin membantu menyokong kestabilan emosi serta mengurangkan risiko PPD. 

Formulasi Vitamin D3 dalam Ddrops® dirumus daripada Vitamin D3 tulen dan minyak MCT, tanpa gula, pewarna tiruan, perisa atau alergen biasa, menjadikannya makanan tambahan yang selamat untuk ibu hamil dan menyusu dalam menyokong kesejahteraan fizikal dan mental mereka.

Petanda kemurungan selepas bersalin yang ramai ibu tak sedar

sokongan ibu
Dr. Kavitha Kalaimany, Pengerusi FReHA.

Dr. Kavitha berkongsi tanda-tanda awal yang sering berlaku:

  • Senyum luar, tetapi hati sebenarnya berat
  • Mood berubah dalam sekelip mata
  • Tidak mahu berjumpa orang
  • Tidak boleh tidur walaupun bayi tidur
  • Insomnia
  • Hilang minat terhadap aktiviti harian
  • Rasa bersalah berlebihan
  • Keletihan melampau

Beliau menjelaskan bahawa PPD boleh berlaku hingga dua hingga lima tahun selepas bersalin, bukan hanya serta-merta. Ini kerana tanggungjawab ibu semakin meningkat, apatah lagi jika ibu bekerja yang terpaksa membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya.

Semua ini menunjukkan ibu memerlukan bukan sahaja rehat, tetapi kesinambungan sokongan ibu, sokongan emosi dan sokongan keluarga setiap hari.

Sokongan nutrisi yang dipertingkat juga amat penting.

Sebagai jenama Vitamin D bayi #1 paling laris di Kanada dan pilihan yang dipercayai serta disyorkan oleh pakar pediatrik, Ddrops komited dalam menyokong kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta ibu bapa. 

Nutrisi berkualiti tinggi bukan sahaja membantu pertumbuhan sihat kanak-kanak, malah memberikan ketenangan emosi dan keyakinan kepada para ibu sepanjang perjalanan keibubapaan.

Produk yang dirumus khas untuk orang dewasa turut membantu mengekalkan kesihatan seluruh keluarga, sekali gus mengurangkan kebimbangan serta kerisauan berkaitan penyakit. 

Ddrops menawarkan sokongan nutrisi yang menyeluruh termasuk Vitamin D3, Vitamin A & D3, Vitamin D3 + K2, probiotik, suplemen kalsium, rangkaian gummy, DHA serta suplemen zat besi dalam bentuk titisan, bagi memastikan keperluan nutrien penting kanak-kanak dan ibu bapa dipenuhi untuk kehidupan yang lebih sihat.

Realiti ibu moden: Multitasking bukan bermaksud tidak letih

Menurut Dr. Kavitha, ibu moden multitask hampir setiap minit.  Bangun seawal 4.30 pagi, mengurus rumah, memasak, menjaga anak, menyusu, bekerja dan dalam masa sama cuba mengekalkan rutin diri. 

Namun, walaupun digelar “supermom“, mereka tetap manusia biasa yang perlukan ruang bernafas.

Beliau turut berkongsi kisah seorang pesakit bernama Asha yang kehilangan lebih 10kg dalam tiga bulan akibat tekanan tanpa disedari keluarga. 

Di hadapan orang lain, Asha tersenyum, tetapi matanya tidak mampu menyembunyikan kesedihan. Selepas disoal secara peribadi, barulah emosi sebenar Asha terserlah, beliau sebenarnya mengalami tekanan selepas bersalin.

Kisah ini menekankan bahawa sokongan ibu tidak boleh diambil mudah. Ibu perlukan tempat untuk meluah, menangis, berehat dan mencari kembali diri sendiri.

5 pesanan penting untuk ibu baru

5 pesanan penting daripada Dr. Kavitha buat semua ibu selepas bersalin:

  1. Sayangi diri sendiri — Jangan rasa bersalah untuk berehat atau perlukan ruang peribadi.
  2. Kenali tanda PPD — Jika mood berubah mendadak, rasa sentiasa penat atau menarik diri daripada orang, itu petanda jelas.
  3. Luahkan perasaan — Menangis bukan tanda kelemahan. Ia melegakan.
  4. Cari sokongan emosi daripada pasangan, rakan atau komuniti ibu seperti Hello Doktor’s C-Section Mom.
  5. Jumpa doktor jika perlu — Jika tekanan berlanjutan, bantuan profesional boleh mencegah keadaan menjadi lebih teruk.
sokongan ibu
Jangan abaikan jika anda alami tanda-tanda di atas.

Sokongan ibu adalah asas kekuatan sebuah keluarga

Acara Dear Mom x Hello Doktor membuktikan bahawa setiap ibu memerlukan sokongan ibu yang kukuh untuk melalui cabaran keibuan dengan lebih sejahtera.


Sama ada melalui sokongan emosi, sokongan keluarga, komuniti atau ruang untuk berehat, semuanya memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan mental dan fizikal ibu terus terpelihara.

Kejayaan acara Dear Mom x Hello Doktor turut disokong oleh rakan jenama seperti Ddrops yang komited dalam memperkasa kesihatan ibu dan anak melalui sokongan nutrisi yang selamat dan berkualiti. 

Inisiatif seperti ini membuktikan bahawa sokongan terhadap ibu bukan sekadar dari aspek emosi, malah merangkumi penjagaan kesihatan harian yang memberi ketenangan jangka panjang.

Seperti kata Dr. Kavitha, “Jika ibu bahagia, anak pun bahagia.”

Dan itulah matlamat sebenar, memberi ibu kekuatan untuk menjadi diri sendiri dan menikmati perjalanan keibuan dengan penuh kasih sayang.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Postpartum Depression. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9312-postpartum-depression. Diakses Nov 24, 2025.

Carlson K, Mughal S, Azhar Y, et al. Perinatal Depression. [Updated 2025 Jan 22]. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2025 Jan-. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK519070/. Diakses Nov 24, 2025.

Postpartum Depression. https://www.acog.org/womens-health/faqs/postpartum-depression. Diakses Nov 24, 2025.

Postnatal depression. https://www.nhs.uk/mental-health/conditions/post-natal-depression/overview/. Diakses Nov 24, 2025.

Postpartum depression. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/postpartum-depression/symptoms-causes/syc-20376617. Diakses Nov 24, 2025.

Versi Terbaru

09/12/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Eh! Betul Ke Suami Pun Boleh Meroyan Selepas Isteri Bersalin?

Bila Meroyan Akan Tamat? Jangan Biar, Ia Boleh Berlanjutan Jika Tidak Dirawat!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 6 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan