backup og meta

5 Jenis Pengawet Makanan Ini Biasa Ada Dalam Produk Makanan, Bahaya Atau Tidak?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/07/2023

    5 Jenis Pengawet Makanan Ini Biasa Ada Dalam Produk Makanan, Bahaya Atau Tidak?

    Sebenarnya, penggunaan bahan pengawet makanan tahan lama bukan hanya banyak digunakan dalam industri pemprosesan makanan, tetapi juga di rumah kita. Bahan pengawet untuk makanan tahan lama ini digunakan agar makanan boleh disimpan lebih lama dan tidak mudah rosak. Apakah antara pengawet yang biasa digunakan pada makanan? Ini senarainya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Tujuan bahan pengawet makanan tahan lama

    Pengawet ialah bahan yang ditambah pada makanan untuk menjadikannya tahan lebih lama.

    Pengawet ini biasanya ditambah pada makanan yang cepat rosak dan boleh didapati dalam semua jenis produk makanan di pasar raya atau kedai runcit.

    Pengawet berfungsi untuk mengawet makanan dalam beberapa cara yang berbeza. Ada pengawet yang berperanan menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat. Ada juga jenis pengawet yang menghalang lemak halus dalam makanan daripada menjadi tengik.

    Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak pengawet di luar sana.

    Walaupun bahan pengawet yang ditambahkan pada makanan perlu diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan sesebuah negara, ini tidak bermakna ia dijamin selamat untuk semua orang.

    Ia juga tidak bermaksud bahawa sesetengah jenis makanan yang diawet itu lebih sihat. Makanan dengan bahan pengawet biasanya adalah makanan yang diproses, kurang berkhasiat dan biasanya bukan makanan yang boleh dikategorikan sebagai makanan sihat.

    5 jenis bahan pengawet makanan tahan lama

    Terdapat pelbagai jenis bahan pengawet yang digunakan dalam industri pemprosesan produk makanan di seluruh dunia.

    Namun, 5 jenis bahan pengawet untuk makanan tahan lama ini ialah antara yang paling biasa digunakan:

    #1. Garambahan pengawet makanan tahan lama

    Pada masa sekarang, peti sejuk telah digunakan sebagai alat atau medium untuk mengawet makanan dengan cara menurunkan suhu agar bakteria dan kulat sukar untuk membiak.

    Namun, pada zaman dahulu, garam banyak digunakan sebagai bahan pengawet makanan tahan lama.

    Ia juga merupakan bahan pengawet paling asas dan paling mudah untuk tujuan pengawetan makanan. Garam digunakan untuk mengawet makanan yang biasa kita makan seperti jeruk buah, jeruk sayur, sayur masin, telur masin dan ikan masin.

    Perlu diingat, walaupun garam boleh mengekalkan makanan untuk tahan lebih lama, tetapi ia tidak boleh diambil dengan kerap atau dalam jumlah yang tinggi.

    Ini kerana ia boleh meingkatkan risiko penyakit berbahaya seperti darah tinggi, serangan jantung dan juga strok.

    #2. Nitrit (nitrat atau nitrosamin)

    Nitrit ialah bahan pengawet yang ditambah pada daging yang diproses (natrium nitrit 250 dan natrium nitrat 251).

    Kedua-dua bahan ini tidaklah berbahaya dalam bentuk asalnya, tetapi ia boleh berubah menjadi bahan kimia berbahaya yang dipanggil nitrosamin.

    Nitrosamin adalah bahan karsinogen yang terdapat dalam asap rokok. Nitrit akan bertukar menjadi nitrosamin apabila ia dimasak dengan api yang tinggi, dan apabila terdedah kepada persekitaran asid tinggi perut.

    Nitrat pula secara semula jadinya ditemui dalam kebanyakan makanan yang sihat seperti sayur-sayuran. Kandungan nitrat sangat tinggi dalam ubi bit.

    Kadangkala enzim atau bakteria usus kita boleh menukarkan nitrat yang sihat ini kepada nitrit. Walau bagaimanapun, nitrat jarang bertukar bentuk menjadi nitrosamin.

    #3. Bahan pengawet makanan tahan lama: Sulfit

    bahan pengawet makanan tahan lama

    Pengawet yang mengandungi sulfur (220-228), termasuklah sulfur dioksida (220) biasanya ditemui dalam makanan seperti buah kering, wain, sosej & kordial.

    Untuk makluman anda, sulfit boleh mencetuskan simptom seperti alahan dan serangan asma.

    Piawaian Makanan Australia dan New Zealand menyatakan bahawa, terdapat potensi untuk pengambilan melebihi saranan harian yang boleh diterima (ADI) bagi sulfit dalam sesetengah kanak-kanak, yang merupakan pengguna tinggi jenis makanan tertentu.

    #4. BHA & BHT

    Butylated Hydroxyanisole 320 (BHA) dan Butylated Hydroxytoluene 321 (BHT) adalah antioksidan yang ditambah kepada banyak makanan yang diproses.

    Cara utama BHA dan BHT berfungsi adalah dengan menghalang lemak daripada menjadi tengik.

    Adakah kedua-dua BHA dan BHT ini selamat?

    Kedua-dua bahan ini telah diluluskan untuk digunakan sebagai pengawet pada dos yang kecil dan biasanya terdapat dalam produk makanan seperti marjerin dan sapuan, sos salad dan kentang lenyek segera.

    #5. Bahan pengawet makanan tahan lama: Natrium Benzoat, Kalium Benzoat dan Benzenabahan pengawet makanan tahan lama

    Benzena ialah bahan kimia yang biasa digunakan dalam industri pembuatan dan juga terdapat dalam minyak mentah, petrol & asap rokok.

    Ia adalah bahan karsinogen dan tidak ditambah dalam pembuatan makanan.

    Walau bagaimanapun, dalam minuman bukan alkohol seperti minuman ringan, gabungan pengawet natrium benzoat (211) atau kalium benzoat (212) dan asid askorbik (vitamin C) boleh mengakibatkan pembentukan benzena.

    Pendedahan kepada haba atau cahaya semasa proses pengangkutan atau penyimpanan juga boleh meningkatkan jumlah benzena yang terbentuk.

    Kesimpulan

    Kebanyakan bahan pengawet makanan tahan lama seperti yang dinyatakan di atas adalah selamat dalam jumlah atau dos yang kecil.

    Namun, ia boleh menyebabkan risiko atau membahayakan diri kita jika diambil terlalu banyak termasuklah garam.

    Oleh itu, cuba elakkan makanan yang diproses dan banyakkan makan makanan sebenar yang lebih sihat dan bebas pengawet. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan