Bolehkah jika saya ingin berikan anak makanan tambahan?
Sesetengah pakar berpendapat bahawa pengambilan makanan tambahan mungkin boleh membantu untuk menggantikan sebarang kekurangan nutrien selagi mana kandungannya tidak melebihi saranan dietari yang disyorkan (RDA) untuk sebarang vitamin atau mineral.
Walau bagaimanapun, sebelum menawarkan sebarang makanan tambahan keada kanak-kanak, rujuklah dahulu dengan doktor. Anda boleh berjumpa dengan pakar pemakanan kanak-kanak jika mengalami masalah untuk mengenal pasti akan keperluan nutrisi si kecil. Pakar akan membantu anda memberikan saranan pemakanan mengikut peringkat umur anak anda dan juga mungkin akan mencadangkan pemberian makanan tambahan kepada anak anda, jika perlu.
Ibu bapa juga disarankan untuk sentiasa memeriksa label pada produk makanan tambahan sebelum diberikan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak juga mungkin akan mengambil nutrien lain yang berlebihan semasa anda cuba untuk meningkatkan sesetengah pengambilan nutriennya. Apabila berhadapan dengan masalah kekurangan nutrien dalam diet anak, sebaik-baiknya adalah berjumpa dengan doktor. Doktor akan memeriksa amaun dan dos yang terdapat pada suplemen yang disarankan sebelum diberikan kepada anak anda.
Ibu bapa perlu memantau anak-anak dalam pemberian makanan tambahan kerana ada sesetengah makanan tambahan yang diambil secara berlebihan dan tidak mengikut dos yang disarankan akan menyebabkan kesan-kesan tertentu seperti pening kepala dan muntah kepada kanak-kanak.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen