backup og meta

“Meroyan” Selepas Bersalin: Benar atau Karut?

“Meroyan” Selepas Bersalin: Benar atau Karut?

“Meroyan” selepas bersalin adalah perkara yang sangat dibimbangi dan ditakuti oleh golongan wanita. Sesetengah wanita berkemungkinan akan mengalami ketidakstabilan dari segi emosi ini selepas melahirkan anak. Ada individu terutamanya golongan tua yang berpendapat bahawa kondisi “meroyan” ini adalah perkara karut yang disebabkan oleh perkara ghaib. Persoalannya, adakah keadaan ini sebenarnya mempunyai perkaitan dengan tahap kesihatan individu? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Benar atau karut?

Hakikatnya, keadaan ini adalah benar jika dilihat daripada sudut saintifik dan bukannya karut semata-mata. Keadaan ini sebenarnya dipanggil kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression (PPD). Menurut Pusat Kawasalan dan Pencegahan Penyakit, lebih daripada 600,000 orang wanita mengalami PPD dan bilangan ini tidak termasuk kes yang tidak dilaporkan! Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk mengurangkan jumlah yang membimbangkan ini.

Faktor berlakunya kondisi meroyan

Sebenarnya, “meroyan” selepas bersalin bukanlah disebabkan oleh perkara-perkara ghaib seperti terdengar suara aneh berbisik dan sebagainya. Berikut merupakan faktor-faktor berlakunya kondisi ini:

1. Brain Fog

Ia adalah satu keadaan yang menyebabkan wanita yang baru lepas bersalin menjadi pelupa. Kebanyakan individu akan menganggap perkara ini adalah normal malah berjenaka menggunakan teori “wayar putus” akibat terlalu kuat meneran anak keluar. Sebenarnya, ia adalah keadaan yang perlu dipandang berat kerana masalah memori yang dialami ini mungkin boleh mengakibatkan berlakunya kemurungan selepas bersalin.

2. Berfikiran negatif

Selain itu, kerap berfikiran negatif juga boleh mendorong kepada terjadinya masalah ini. Seperti contoh, pernahkah anda bermonolog dengan diri sendiri bahawa anda akan mencederakan anak anda jika dia meragam terlalu lama? Jika ya, segera dapatkan bantuan pakar kerana ia boleh menjadi antara penyebab utama berlakunya kemurungan selepas bersalin kelak jika anda sedang hamil.

2. Mudah naik angin

Dalam pada itu, mudah naik angin atau panas baran juga merupakan faktor utama permasalahan ini. Pernahkah anda naik angin atau mengamuk terhadap individu lain hanya disebabkan permasalahan yang kecil? Jika ya, segera dapatkan bantuan pakar kerana ia juga mungkin menunjukkan petanda awal anda bakal mengalami kemurungan selepas bersalin kelak jika anda sedang hamil.

4. Rasa kekosongan

Mungkin anda sendiri tidak perasan akan perasaan ini, tetapi pernahkah anda terfikir bahawa anda kerap berasa kosong dan tidak ada sesiapa yang mampu membantu anda dalam apa-apa perkara sekalipun? Perasaan ini sangat berbahaya kerana ia boleh mendatangkan kemurungan selepas bersalin kelak jika anda sedang hamil atau lebih bahaya lagi, membunuh diri akibat tidak tahan dengan kesepian dan kesunyian yang dialami.

5. Insomnia

Insomnia atau kesukaran untuk tidur terutamanya pada waktu malam akan memudaratkan pelbagai lagi kondisi kesihatan pada mental dan fizikal. Ia juga boleh menyebabkan masalah kemurungan selepas bersalin jika anda sedang hamil. Ini kerana individu yang mengalami insomnia ini memerlukan bantuan dari pakar dengan sesegera yang mungkin kerana mental mereka sudah berada pada tahap yang sangat penat namun fizikal tidak membenarkan mereka berehat.

Konklusinya, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kemurungan selepas bersalin. Bagi golongan bakal ibu, anda sebenarnya tidak perlu terlalu risau akan perkara ini dan cuba jalani kehidupan sebagai ibu mengandung dengan lebih tenang dan gembira. Namun begitu, jika anda mendapati bahawa anda mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat atau rawatan lanjut.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

5 Simptom “Meroyan” Dan Resah Selepas Bersalin Yang Anda Tak Tahu. https://my.theasianparent.com/meroyan-selepas-bersalin. Accessed on March 29, 2019.

Meroyan (Kemurungan Posnatum). https://www.babycenter.com.my/a1044775/meroyan-kemurungan-posnatum. Accessed on March 29, 2019.

Versi Terbaru

05/07/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Nak Cepatkan Kelahiran Bayi? 8 Cara Ini Boleh Membantu Ibu, Cubalah!

Berdebar Menunggu Hari Bersalin Anak Pertama, Bakal Ibu Boleh Cuba 8 Tip Cepat Bersalin Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan