backup og meta

AWAS! Kadar Hb Tak Normal Ada Efek Pada Bakal Ibu, Ini 5 Cara Mengawalnya

AWAS! Kadar Hb Tak Normal Ada Efek Pada Bakal Ibu, Ini 5 Cara Mengawalnya

Kenapa pentingnya untuk mengekalkan tahap Hb normal ibu hamil ya? Adakah bahaya jika tahap hemoglobin (Hb) rendah atau tinggi pada wanita mengandung?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Pentingnya Hb normal untuk ibu mengandung

Apa itu hb untuk ibu mengandung?

Hb atau hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh.

Bagi wanita berbadan dua, lebih banyak oksigen diperlukan daripada biasa kerana janin dalam kandungannya juga memerlukan oksigen ini. 

Bacaan Hb normal ibu hamil

Hemoglobin diukur dalam g/dl (gram per desiliter). Berikut adalah julat normal hb bagi individu dewasa:

  • Tidak hamil: 12 hingga 15.8 g/dl atau 120 hingga 158 g/L
  • Trimester pertama: 11.6 hingga 13.9 g/dl atau 116 hingga 139 g/L
  • Trimester kedua: 9.7 hingga 14.8 g/dl atau 97 hingga 148 g/L
  • Trimester ketiga: 9.5 hingga 15 g/dl atau 95 hingga 150 g/L

Hb normal ibu hamil: Mengapa bacaan menurun?

Tahap hemoglobin yang menurun semasa kehamilan dianggap normal. Ini kerana ketika hamil jumlah darah akan meningkat sebanyak 50% bagi membekalkan nutrien penting kepada bayi dalam kandungan.

Menjelang minggu ke-8 kehamilan, paras plasma darah menjadi lebih tinggi berbanding sel darah merah pada ibu mengandung.

Disebabkan penurunan kepekatan sel darah merah ini, paras Hb akan menurun sehingga serendah 10.5g/dl.

Tetapi awas, jika paras Hb lebih rendah daripada yang dinyatakan, pemeriksaan doktor perlu dilakukan segera.

punca stres ketika hamil
Ibu mengandung yang mudah mengalami keletihan dan stres.

Kesan hb rendah ibu mengandung

Jika tahap hemoglobin rendah berbanding Hb normal ibu hamil, iaitu di bawah paras 10.5g/dl, ia boleh memberikan kesan kepada kesihatan bakal ibu, seperti:

  • Berasa letih
  • Pening
  • Kulit dan bibir menjadi pucat
  • Mengalami sesak nafas walaupun sedang berehat
  • Peningkatan kadar degupan jantung
  • Tangan dan kaki selalu sejuk
  • Kuku rapuh dan mudah patah

Keadaan ini boleh bertambah teruk jika paras hemoglobin semakin menurun. Jika ia turun sehingga 6g/dl, ibu mengandung mungkin mengalami angina.

Ia boleh menyebabkan sakit teruk pada bahagian dada yang perlahan-lahan merebak ke lengan, bahu dan leher kesan aliran darah yang tidak mencukupi ke jantung.

hb normal ibu hamil
Cara menangani masalah kurang darah ketika hamil.

Hb normal ibu hamil: Petua meningkatkan tahap hemoglobin

Oleh sebab penurunan paras Hb semasa hamil adalah sesuatu yang boleh dijangka, anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan mengambil suplemen zat besi.

Melakukan perubahan dalam diet pemakanan juga boleh membantu mengatasi keadaan ini seperti pengambilan:

  • Sayuran berdaun gelap seperti bayam, buah-buahan kering, bijirin seperti barli – sumber zat besi terbaik
  • Buah-buahan yang kaya dengan zat besi seperti jambu batu, kiwi, pic, buah tin dan epal
  • Makanan kaya vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi seperti oren, limau, raspberi dan kiwi serta sayuran seperti lada benggala, brokoli, tomato
  • Asid folik dan vitamin B kompleks  seperti avokado, bendi, salad, lobak dan taugeh membantu penghasilan sel darah merah seterusnya meningkatkan tahap Hb normal untuk ibu mengandung
  • Kalsium, gluten dan kafein yang berlebihan dipercayai menghalang penyerapan zat besi oleh tubuh. Jadi disarankan untuk mengehadkan pengambilan kopi/teh, alkohol, pasta dan produk gandum (gluten), parsli (asid oksalat) dan produk susu

Hb normal ibu hamil: Tahap hemoglobin terlalu tinggi?

Tahap hemoglobin yang tinggi mungkin disebabkan oleh keadaan berkaitan jantung, paru-paru dan buah pinggang. Paras Hb wanita hamil juga boleh meningkat kerana:

  1. Dehidrasi

Kurang pengambilan cecair atau air boleh menyebabkan peningkatan mendadak hemoglobin. 

  1. Erythrocytosis

Sekiranya atas sebab-sebab tertentu ketika hamil menyebabkan kegagalan memenuhi keperluan tisu badan untuk mendapatkan oksigen, akan berlaku peningkatan dalam pengeluaran sel darah merah – sekali gus akan meningkatkan tahap Hb dalam badan.

  1. Terlebih suplemen zat besi

Tahap zat besi yang meningkat akan mengakibatkan peningkatan mendadak paras hemoglobin. Jadi elakkan pengambilan suplemen zat besi tanpa berunding dengan doktor.

hb normal ibu hamil
Ubat untuk ibu mengandung.

Hb normal ibu hamil: Kesan tahap hemoglobin tinggi

Awas! Paras Hb yang tinggi ketika mengandung boleh mendatangkan bahaya, seperti:

  • Meningkatkan risiko berat lahir rendah atau LBW (low birth weight)
  • Jika berlaku semasa trimester satu dan dua, ia boleh menyebabkan janin mengalami small for gestational age (saiz kecil untuk usia kehamilan)
  • Jika paras Hb melebihi 14g/dl semasa trimester ke-2, wujud risiko preeklampsia
  • Peningkatan kepekatan darah boleh menjejaskan pengaliran darah dalam badan ibu. Kesannya darah mungkin tidak sampai ke plasenta, sekali gus menghalang perkembangan sihat bayi

Mengatasi masalah hemoglobin tinggi

Tiada sebarang remedi di rumah untuk mengatasi masalah hemoglobin tinggi ini. Sebaliknya ia perlu mendapat rawatan pakar. Ini kerana anda perlu dipantau dengan teliti bagi menentukan pilihan rawatan bersesuaian.

Penjagaan pemakanan seimbang dapat membantu mengawal tahap hemoglobin semasa hamil. Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai tahap hb normal untuk ibu mengandung, berundinglah dengan doktor untuk lebih kepastian.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Low Hemoglobin. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/17705-low-hemoglobin,  Accessed on Sept 10, 2022
  2. Huch R. (1992). Der kritische Hämoglobin-/Hämatokritwert in der Geburtshilfe [The critical hemoglobin/hematocrit value in obstetrics]. Beitrage zur Infusionstherapie = Contributions to infusion therapy, 30, 228–264. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/1284711/#, Accessed on Sept 10, 2022
  3. Anaemia in Pregnancy. https://patient.info/doctor/anaemia-in-pregnancy, Accessed on Sept 10, 2022
  4. Anemia and Pregnancy. https://www.hematology.org/education/patients/anemia/pregnancy, Accessed on Sept 10, 2022 
  5. Anemia During Pregnancy. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/23112-anemia-during-pregnancy, Accessed on Sept 10, 2022
  6. Nkwabong Elie And Fomulu Joseph Nelson. Department of Obstetrics & Gynecology; University Teaching Hospital/ Faculty of Medicine and Biomedical Sciences, Yaoundé (Cameroon). Below What Hemoglobin Concentration in Pregnancy is there an Increased Risk of Maternal or Fetal Adverse Effects? https://openaccesspub.org/jwrh/article/169, Accessed on Sept 10, 2022
  7. Anemia in Pregnancy. https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions/a/anemia-in-pregnancy.html, Accessed on Sept 10, 2022
  8. Iron deficiency anemia during pregnancy: Prevention tips. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/anemia-during-pregnancy/art-20114455, Accessed on Sept 10, 2022 

 

Versi Terbaru

20/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Sebelum Guna Sex Toys Masa Hamil, Baca Penjelasan Ini Dulu Untuk Elak BAHAYA!

Ini 9 Jenis Air Yang Ibu Hamil Tak Boleh Minum, Ada Risiko BAHAYA Pada Bayi!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada Semalam

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan