backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Ini 9 Jenis Air Yang Ibu Hamil Tak Boleh Minum, Ada Risiko BAHAYA Pada Bayi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 7 hari lalu

    Ini 9 Jenis Air Yang Ibu Hamil Tak Boleh Minum, Ada Risiko BAHAYA Pada Bayi!

    Bagi ibu hamil, khususnya yang pertama kali melalui pengalaman ini, pastinya tertanya-tanya apakah air yang tidak boleh diminum ketika mengandung, betul tak? Ibu hamil boleh minum teh tarik?

    Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui jawapannya. Semoga bermanfaat!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    9 air yang tidak boleh diminum ketika mengandung

    Apabila disahkan berbadan dua, anda harus menyedari segala apa yang dimasukkan ke dalam badan bukannya untuk memastikan diri sihat, tetapi juga mempunyai impak kepada kesihatan bayi dalam kandungan

    Berikut antara senarai minuman minuman yang dilarang untuk ibu hamil sepanjang tempoh kehamilan:

    1. Susu & jus: air yang tidak boleh minum ketika hamil 

    Eh, takkan susu dan jus merupakan air yang tidak boleh diminum ketika mengandung? Bertenang, ada penjelasannya.

    Pengambilan susu dan jus buah-buahan adalah baik untuk kebanyakan individu, khususnya ibu hamil. Tetapi ini tidak termasuk jika kedua-dua minuman ini tidak dipasteur.

    Pasteurisasi adalah proses pemanasan untuk memastikan ia selamat diambil dengan memusnahkan pelbagai bakteria dan mikrob di dalamnya.

    Jika susu atau jus yang dibeli tidak dipasteurisasi, ia boleh mengandungi pelbagai bakteria berbahaya seperti:

    • Listeria
    • Salmonella, E. coli 
    • Campylobacter
    air yang tidak boleh diminum ketika mengandung
    Penjelasan pengambilan nanas dan durian semasa hamil.

    2. Kopi, harus dielakkan ibu hamil 

    Kopi merupakan antara minuman rutin pada waktu pagi bagi kebanyakan individu. 

    Berpantang sepenuhnya daripada mengambil kafein semasa mengandung tindakan yang paling ideal. Tetapi ia mungkin sukar untuk dilakukan.

    Jadi sebagai permulaan, anda disaran untuk mengurangkan had pengambilan hariannya – tidak melebihi 2 cawan dalam sehari.

    Pada trimester pertama, pastikan pengambilan kopi anda adalah seminimum yang mungkin kerana risiko keguguran disebabkan kafein agak tinggi pada tempoh itu.

    3. Teh ais juga air yang tidak boleh minum ketika hamil 

    Cuaca panas di Malaysia pastinya membuatkan ibu hamil teringin menghirup air teh ais yang sejuk.

    Walaupun tidak berbahaya kerana tiada pemanis tiruan, namun penggunaan teh pekat ketika penyediaannya menyebabkan minuman ini mempunyai kandungan kafein yang agak banyak.

    Air yang tidak boleh diminum ketika mengandung#4. Teh hijau

    air yang tidak boleh diminum ketika mengandung
    Teh hijau amat digemari ramai.

    Pastinya mengejutkan apabila teh hijau disenaraikan sebagai salah satu minuman yang tidak boleh diminum oleh ibu mengandung, betul tak?

    Walaupun merupakan antara minuman sihat, namun teh hijau turut mempunyai sejumlah kandungan kafein. Ia juga boleh meningkatkan metabolisme badan – tidak sesuai untuk wanita hamil.

    Kedua-dua keadaan di atas, jika digabungkan dengan penurunan kadar penyerapan asid folik, boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan kepada janin.

    5. Soda diet juga air yang tidak boleh minum ketika hamil 

    Walaupun tertulis perkataan ‘diet’ pada labelnya- sering kali dianggap sihat, tetapi anda harus mengetahui salah satu bahan yang terdapat dalam minuman diet ini adalah kafein. Terdapat juga pemanis tiruan, saccharine, di dalamnya.

    Pengambilan saccharine secara berlebihan boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan janin – meningkatkan risiko kecacatan.

    6. Minuman soda, antara air yang tidak boleh diminum ketika mengandung

    Apa lagi air yang tidak boleh minum ketika hamil?

    Pastinya kebanyakan antara kita pernah minum minuman ringan atau air soda berkarbonat, bahkan ada yang mengambilnya sebagai minuman harian.

    Terdapat dalam pelbagai perisa cola atau buah-buahan, menyebabkan ada ibu hamil juga cenderung memilihnya.

    Pun begitu, selain kandungan kafein, sesetengah air soda turut mengandungi bahan kimia dikenali sebagai quinine. Gabungan kedua-dua bahan ini boleh mendatangkan bahaya dan komplikasi kepada wanita berbadan dua.

    7.  Minuman tenaga

    Minuman tenaga tidak disyorkan semasa mengandung kerana ia mungkin mengandungi paras kafein dan gula yang lebih tinggi.

    Minuman ini juga terkandung bahan-bahan lain yang tidak disyorkan buat ibu hamil.

    8. Jus Wheatgrass, salah satu air yang tidak boleh diminum ketika mengandung

    Wheatgrass dipercayai menawarkan banyak manfaat kepada kesihatan sehingga ada wanita hamil percaya ia membantu dalam mendapatkan kehamilan sihat.

    Malangnya, terdapat mikrob dan kulat di dalamnya. Ini kerana wheatgrass biasanya dituai dalam keadaan lembap dan berair – menjadikan ia syurga buat pelbagai mikrob untuk membiak.

    Oleh sebab jus ini diperbuat daripada wheatgrass mentah, kuman yang terdapat di dalamnya boleh menjejaskan keseimbangan nutrien dalam badan anda.

    9. Alkohol juga air yang tidak boleh minum ketika hamil 

    air yang tidak boleh diminum ketika mengandung
    Elakkan alkohol ketika hamil.

    Jangan terkejut, kerana masih ada yang percaya pengambilan alkohol dalam jumlah yang sedikit tidak akan membahayakan bayi dalam kandungan. Jumlah tersebut mungkin sedikit bagi anda, tetapi tidak kepada bayi yang sedang berkembang. 

    Peringatan!

    Ketahuilah bahawa alkohol boleh menyebabkan kecacatan teruk pada anak – daripada mengubah pembentukan fizikal, menghalang perkembangan otak dan banyak lagi.

    Kesimpulannya

    Kekal terhidrat adalah satu kemestian bagi mendapatkan kehamilan yang sihat. Sebaiknya, amalan pengambilan air kosong atau air masak harus dijadikan pilihan utama untuk ibu hamil. 

    Pun begitu, sekiranya pengambilan air tersebut membuatkan anda berasa loya, terdapat pelbagai jenis minuman lain yang boleh diminum.

    Sekiranya anda berasa tidak pasti tentang pilihan air yang tidak boleh diminum ketika mengandung atau sebaliknya dan mahukan lebih banyak maklum balas, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 7 hari lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan