backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Selalu Dengar Sifilis Dihidapi Oleh Lelaki, Adakah Wanita Boleh Terselamat?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/08/2022

    Selalu Dengar Sifilis Dihidapi Oleh Lelaki, Adakah Wanita Boleh Terselamat?

    Bukan hanya HIV atau HPV, sebenarnya terdapat pelbagai lagi jenis penyakit jangkitan seksual (STD) yang boleh menular dan merebak dari satu individu ke individu lain.

    Antara STD yang agak biasa terjadi kepada individu adalah sifilis terutamanya buat mereka yang bergelar lelaki.

    Namun anda tidak perlu terlalu risau tentangnya kerana ia masih boleh dirawat jika berada dalam peringkat awal.

    Persoalannya, adakah hanya lelaki yang berisiko menghidap penyakit ini? Bagaimana pula dengan sifilis wanita?

    Jom sama-sama kita semua ikuti artikel untuk mengetahui mengenai perkara ini dengan lebih mendalam lagi!

    Apa itu penyakit sifilis?

    Buat anda yang mungkin belum tahu, sifilis adalah salah satu penyakit jangkitan seksual yang berpunca daripada bakteria Treponema pallidum dan boleh tersebar melalui aktiviti seksual.

    Aktiviti seksual yang mungkin boleh menyebarkan bakteria ini adalah seperti seks oral, seks anal, penetrasi zakar ke dalam faraj dan lain-lain perbuatan yang memerlukan sentuhan kulit ke kulit.

    Sifilis dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu primer, sekunder dan tertier yang berbeza setiap simptom, komplikasi dan rawatannya.

    Ya, memang benar bahawa penyakit ini banyak dikaitkan dengan golongan lelaki kerana mereka mungkin lebih berisiko namun ini tidak bermakna wanita boleh terselamat daripadanya.

    Adakah ini bermakna sifilis wanita juga wujud? Ya, dan ia juga sama berbahaya!

    sifilis

    Apa punca sebenar sifilis?

    Seperti mana yang tertera di awal artikel ini, sifilis didalangi oleh sejenis bakteria bernama Treponema pallidum yang boleh tersebar dari satu individu ke individu lain.

    Dalam pada itu, penyakit ini juga mempunyai 2 faktor risiko yang utama iaitu:

    Disebabkan itu, adalah wajar untuk kalian cuba meminimumkan faktor risiko ini bagi mengelakkan sifilis berlaku.

    Jika anda risau akan terkena penyakit ini, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan bantuan dan rawatan.

    Namun, bagaimanakah untuk tahu bahawa kita sebenarnya dijangkiti dengan bakteria penyebab penyakit ini? Lihat pada petandanya!

    Perhatikan petanda penyakit ini!

    Tahap jangkitan penyakit sifilis dikategorikan kepada 3 yakni primer, sekunder dan tertier.

    Kategori primer dan sekunder ini diklasifikasikan sebagai tahap awal dan berikut merupakan petanda awal jika kalian dijangkiti:

    • Ulser pada sekitar alat sulit
    • Ulser pada kawasan oral
    • Pembengkakan noda limfa
    • Demam
    • Sakit kepala
    • Sakit tekak
    • Ruam simetri
    • Rambut gugur
    • Penurunan berat badan
    • Badan letih dan lesu
    • Keradangan hati
    • Keradangan sendi
    • Keradangan uvea
    • Keradangan saraf optik
    • Penyakit buah pinggang

    sakit kelamin

    Jika tidak dirawat pada peringkat awal, penderita mungkin akan terus menderita penyakit ini tanpa sebarang petanda dan mungkin akan berlarutan sehingga beberapa tahun lamanya.

    Pada tahap tertier atau terakhir pula, bakteria mungkin telah dan makin merebak ke seluruh anggota tubuh badan dan akan melibatkan organ seperti; otak, jantung, tulang dan saraf tunjang.

    Akibatnya, mungkin akan berlaku simptom-simptom seperti berikut:

    • Pembentukan ketumbuhan keradangan kronik
    • Keradangan aorta
    • Lemah keseluruhan tubuh badan
    • Kebas keseluruhan tubuh badan
    • Kesukaran untuk berjalan atau bergerak
    • Pupil tidak mengecil apabila terdedah kepada cahaya
    • Buta secara beransur-ansur

    Apa yang lebih membimbangkan, sifilis sebenarnya juga mungkin boleh mendatangkan maut sekiranya tidak dirawat dengan kadar segera.

    Sifilis wanita juga wujud?

    Seperti yang telah kami jawab di atas tadi, sifilis wanita juga wujud dengan punca yang sama seperti sifilis lelaki iaitu bakteria Treponema pallidum.

    Selain puncanya, simptom dan komplikasi penyakit ini juga adalah sama seperti yang dinyatakan di atas tadi.

    Pun begitu, sifilis wanita mungkin akan menjadi lebih berbahaya khususnya jika dihidapi oleh wanita mengandung.

    Ini kerana mereka mungkin boleh menyebarkan jangkitan penyakit kelamin ini kepada janin dalam kandungan melalui plasenta.

    Disebabkan itu, penicilin perlu digunakan kepada penderita penyakit sifilis yang sedang hamil kerana antibiotik tidak mampu melepasi plasenta.

    Jika tidak dilakukan, maka jangkitan ini mungkin akan menyebabkan kebutaan atau kematian kepada janin dalam kandungan si ibu.

    stds stis

    Konklusinya, STD jenis ini boleh menjangkiti kedua-dua jantina dan perlu dirawat dengan kadar segera sementara ia masih di peringkat awal.

    Jika terlambat mendapatkan rawatan, pelbagai komplikasi termasuk maut boleh terjadi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan