Kondisi yang juga dikenali dengan nama genitourinary syndrome of menopause ini sering terjadi kepada wanita yang sudah mengalami menopaus akibat penurunan kadar hormon estrogen.
Akibat penurunan hormon yang penting untuk sistem reproduktif ini, faraj cenderung untuk lebih mudah kering dan cedera. Dalam pada itu, ia juga kurang elastik seperti mana di usia muda.
Disebabkan itu pula, seks di usia menopaus perlu dilakukan dengan cara betul untuk elak masalah!
Baca lagi artikel berkaitan:
Kenapa keluar lendir bercampur darah #3. Kekeringan faraj
Selain disebabkan oleh kondisi GSM itu tadi, faraj yang kering boleh berlaku akibat banyak faktor dan antara yang paling popular adalah disebabkan tidak cukup adegan ringan atau foreplay.
Begitu juga sebabnya dengan wanita yang baru sahaja melahirkan dan menyusukan anak di samping mereka yang sedang mengambil ubatan seperti ubat flu, asma atau rawatan radiasi atau kemoterapi.
Penyalahgunaan produk alat sulit juga adalah salah satu punca. Namun, yang paling bahaya adalah jika wanita itu mengalami Sindrom Sjögren di mana kelenjar-kelenjar tidak dapat menghasilkan kelembapan yang sangat diperlukan oleh tubuh badan.
Kenapa keluar lendir bercampur darah #4. Kecederaan faraj
Selain diakibatkan oleh kondisi GSM itu juga, faraj boleh cedera angkara perlakuan seks khususnya penetrasi zakar ke dalam faraj yang mungkin agak ganas daripada pasangan anda sendiri.
Penggunaan alat permainan seks seperti vibrator, dildo, plug atau alat pencegahan hamil seperti kondom dan cincin zakar dengan tekstur bergerigi juga boleh jadi punca kecederaan dalam faraj.

Risiko ini jauh lebih tinggi pada wanita yang mengalami masalah faraj kering serta sudah masuk usia menopaus. Disebabkan itu pula, ramai pakar menyarankan agar anda menggunakan pelincir seks untuk mengelakkan kekeringan dan kecederaan faraj.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen