backup og meta

Kenapa Wanita Perlu Ambil Asid Folik? Ini Manfaatnya Terhadap Kesuburan Dan Kehamilan

Kenapa Wanita Perlu Ambil Asid Folik? Ini Manfaatnya Terhadap Kesuburan Dan Kehamilan

Setiap pasangan suami isteri sudah pasti menginginkan kehadiran zuriat sebagai pelengkap kepada rumah tangga mereka. Disebabkan itu, pelbagai cara dan usaha akan cuba dilakukan oleh wanita yang sedang merancang untuk mengandung bagi meningkatkan peluang untuk mereka hamil. Ini termasuklah mengubah gaya hidup, pemakanan dan lain-lain. Salah satu daripadanya adalah dengan pengambilan asid folik. Tetapi, asid folik untuk apa?

Namun begitu, benarkah asid folik boleh membantu tingkat kesuburan wanita? Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Asid folik untuk apa: Ini penerangan tentang asid folik

Asid folik yang juga dikenali sebagai folat, ialah vitamin B-kompleks – vitamin B9.

Vitamin ini amat penting untuk tubuh mencipta sel-sel baru, membina DNA baru serta membaiki DNA yang telah rosak.

Folat juga diketahui dan dikenali akan peranannya dalam mencegah kecacatan kelahiran, kelahiran pramatang dan banyak lagi masalah kesihatan kelahiran yang lain.

Pun begitu, fakta yang ramai individu tidak tahu adalah asid folik juga sebenarnya boleh membantu meningkatkan kesuburan.

National Institute of Health menyarankan pengambilan kira-kira 400 mikrogram folat pada setiap hari untuk kebanyakan individu dewasa.

Walau bagaimanapun, jika anda sedang dalam fasa mencuba untuk hamil, anda mungkin memerlukan dua kali ganda daripada jumlah ini, atau juga mungkin lebih. 

Asid folik untuk apa?

asid folik untuk apa
Ibu hamil wajib mengambil asid folik.

Ramai yang bertanya, folic acid untuk apa?

Folat mempunyai banyak fungsi dalam tubuh badan manusia antaranya adalah dalam membantu pertumbuhan tisu dan sel berfungsi, bekerja dengan vitamin B12 dan vitamin C untuk membantu tubuh memecah, mengguna dan membuat protein baru, membantu membentuk sel darah merah serta membantu menghasilkan DNA.

Folic acid untuk apa? Folat juga dapat membantu mencegah pelbagai masalah kesihatan seperti anemia, diarhea dan ulser, begitu juga kondisi yang kronik seperti strok, kanser, penyakit jantung dan gangguan neurologi.

Disebabkan asid folik boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran dan kelahiran pramatang, vitamin ini juga diketahui akan kepentingannya dalam perkembangan janin.

Ia juga penting bersama-sama dengan nutrien penting lain bagi membantu seseorang individu untuk kekal sihat.

Folat boleh didapati melalui makanan seperti sayur-sayuran hijau, buah-buahan sitrus dan banyak lagi makanan yang lain.

Namun begitu, disebabkan sukar untuk mendapat cukup folat melalui makanan, ramai wanita yang sedang merancang untuk hamil perlu mendapatkan vitamin ini melalui suplemen vitamin ini.

Pengambilan jumlah asid folik yang betul sebelum dan semasa hamil dapat membantu mencegah kecacatan tiub neural, termasuklah spina bifida. Ini tujuan asid folik untuk wanita. 

Malahan, pengambilan dos tinggi folat sebelum kehamilan dan semasa trimester pertama juga dapat membantu mengurangkan risiko anda mengalami keguguran. Ini menjawab persoalan asid folik untuk apa.

Apa makanan yang mengandungi asid folik?

asid folik untuk apa
Bijirin juga kaya dengan asid folik.

Paling utama, asid folik untuk wanita boleh didapati dalam sayur-sayuran hijau seperti bayam serta buah-buahan sitrus seperti oren.

Selain itu, U.S. Food and Drug Administration juga telah menyatakan dan menyarankan anda untuk mengambil makanan yang mempunyai kandungan folat yang tinggi seperti berikut:

Pun begitu, sentiasa berhubung dan berbincang dengan pakar diet anda tentang pengambilan asid folik untuk apa. 

Ini kerana makanan yang anda ambil tersebut mungkin tidak mencukupi kandungan vitamin ini.

Kerana itu, anda mungkin akan disarankan untuk mengambil suplemen tambahan.

Bila perlu ambil asid folik?

Asid folik untuk hamil?

Ya, memang benar folat adalah sangat penting buat kehamilan tidak kira buat wanita yang ingin hamil mahupun wanita yang sedang hamil.

Pun begitu, vitamin ini seharusnya diambil oleh wanita yang tiada keinginan atau perancangan untuk hamil sekalipun.

Ini kerana kecacatan janin kebiasaannya akan terjadi semasa berusia 28 hari – usia di mana wanita itu sendiri tidak menyedari bahawa dia sedang hamil.

asid folik untuk apa
Asid folik penting untuk ibu hamil.

Selain itu, wanita yang mempunyai berat badan berlebihan disarankan untuk mengambil lebih 400 mikrogram folat dalam sehari.

Jika bayi anda yang sebelum ini mempunyai kecacatan, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk mengambil 4,000 mikrogram folat sehari.

Pastikan doktor anda peka terhadap rekod kesihatan anda dan rancang masa untuk melakukan pemeriksaan.

Jika anda hamil anak kembar pula, pakar menyarankan anda untuk mengambil sekurang-kurangnya 1,000 mikrogram folat dalam sehari.

Ini keperluan asid folik untuk hamil.

Kesimpulan

Asid folik adalah sangat penting kerana ia mendatangkan pelbagai manfaat terhadap kesuburan dan kehamilan terutamanya buat wanita.

Kini anda telah tahu asid folik untuk apa.

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Folic Acid In Diet. https://medlineplus.gov/ency/article/002408.htm. Accessed May 25, 2019.

Folic Acid. https://americanpregnancy.org/pregnancy-health/folic-acid/. Accessed May 25, 2019

Folate (folic acid). https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements-folate/art-20364625. Accessed on June 6, 2024.

Folic Acid Tablets. https://my.clevelandclinic.org/health/drugs/18719-folic-acid-tablets. Accessed on June 6, 2024.

Vitamin B9 (Folic acid). https://www.mountsinai.org/health-library/supplement/vitamin-b9-folic-acid. Accessed on June 6, 2024.

Versi Terbaru

10/06/2024

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ibu Hamil, Ini 6 Cara Nak Bezakan Pecah Air Ketuban Dengan Air Kencing!

Nak Luka Bedah Cepat Sembuh? Ini 7 Makanan Berpantang Czer Untuk Ibu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 10/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan