Pernahkah anda mendengar mengenai diet Zone atau Zone Diet Malaysia? Teruskan bacaan anda menerusi artikel ini untuk mengetahui apa itu Zone diet.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Pernahkah anda mendengar mengenai diet Zone atau Zone Diet Malaysia? Teruskan bacaan anda menerusi artikel ini untuk mengetahui apa itu Zone diet.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Mungkin ada dalam kalangan anda yang pertama kali mendengar mengenai diet Zone ini.
Mungkin juga ada yang pernah menyertai kumpulan-kumpulan Zone Diet Malaysia sebelum ini.
Bagi yang belum mengetahui apa itu Zone Diet, ia merupakan pelan diet yang memberikan tumpuan kepada pengambilan makanan seimbang dengan ketat antara sumber protein, karbohidrat dan juga lemak.
Ia mula diperkenalkan oleh Dr. Barry Sears pada awal tahun 90-an.
Pelan diet ini direka untuk mengajar anda menggunakan makanan untuk mencapai keadaan metabolik, di mana badan dan minda anda beroperasi pada tahap yang optimum.
Zone Diet Malaysia bertujuan untuk memastikan badan anda beroperasi pada kecekapan yang terbaik selain mengurangkan kemungkinan anda untuk mengalami masalah kesihatan yang berbahaya.
Diet Zone ini mengandungi pelbagai jenis makanan yang sihat.
Namun, ia juga melarang pengambilan beberapa jenis makanan yang dianggap oleh kebanyakan pakar sebagai tambahan yang baik kepada diet berkhasiat.
Ini termasuklah jenis makanan yang berasaskan bijirin dan kekacang.
Ramai yang mungkin tertanya-tanya, apa itu Zone Diet dan jenis makanan yang boleh dimakan?
Sebelum ini, kami telah menerangkan kepada anda apa itu Zone Diet melalui penerangan di atas.
Sekarang, kami akan kongsikan kepada anda apa yang boleh dimakan dalam diet Zone.
Menurut Dr. Barry, anda perlu mengambil sumber protein dengan jumlah yang tepat setiap hari bergantung kepada peratusan lemak badan dan juga tahap aktiviti anda.
Selain itu, anda juga perlu memakan sejumlah makanan yang berasaskan karbohidrat daripada sumber buah-buahan dan sayuran yang tinggi serat.
Untuk panduan yang lebih jelas, anda boleh melihat kepada senarai di bawah ini:
#1. Protein tanpa lemak
Untuk sumber protein, Dr. Barry mencadangkan pengambilan daging yang rendah lemak.
Antaranya ialah seperti dada ayam, dan juga ikan.
Selain itu, anda juga boleh mengambil daging kambing, putih telur, protein sayuran dan juga keju atau yogurt rendah lemak.
#2. Lemak sihat
Lemak merupakan antara unsur yang diperlukan dalam diet Zone.
Ini kerana, lemak boleh membantu tubuh anda menyerap nutrien dalam makanan selain menghasilkan hormon-hormon tertentu.
Antara jenis lemak sihat yang boleh anda ambil ialah seperti minyak zaitun, minyak kanola, buah zaitun, avokado, mayones, kekacang dan juga mentega kacang.
#3. Buah-buahan dan juga sayuran
Dr. Barry mencadangkan pengambilan hampir kesemua jenis buah-buahan dan juga sayuran sebagai sumber karbohidrat.
Antara sayuran yang sangat dicadangkan untuk dimakan dalam diet Zone ini ialah bayam, lada benggala, salad, brokoli, terung, kubis dan juga bawang.
Untuk buah-buahan pula, anda boleh mengambil buah epal, oren, limau, pic dan juga tembikai.
Terdapat dua kategori makanan yang tidak boleh diambil menurut Dr. Barry apabila anda mengamalkan diet ini. Dua kategori tersebut ialah:
#1. Makanan tinggi lemak
Makanan yang tinggi lemak terutamanya lemak tepu akan merangsang keradangan dan juga kerintangan insulin.
Antara jenis makanan yang tidak boleh diambil ketika mengamalkan Zone diet Malaysia ini ialah sosej, daging yang diproses, kuning telur, daging berlemak, organ dalaman haiwan dan juga produk tenusu tinggi lemak.
#2. Makanan berkanji
Selain itu, Zone Diet Malaysia juga melarang makanan yang berasaskan bijirin yang tinggi karbohidrat.
Ini termasuklah roti, pasta, biskut, kek, bijirin sarapan, kentang, kekacang, jagung, pisang dan lain-lain lagi.
Terdapat beberapa kebaikan apabila anda mengamalkan diet ini. Antaranya ialah:
Antara keburukan atau sisi negatif diet Zone ialah:
Sekarang anda sudah mengetahui apa itu Zone Diet. Walaupun ia boleh dikatakan agak sihat, namun ia mungkin tidak menepati kebanyakan pelan pemakanan sihat yang disarankan oleh Kerajaan Malaysia.
Oleh itu, pastikan anda bertanya kepada pakar pemakanan atau doktor sebelum memulakan diet ini, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai masalah kesihatan kronik.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen