backup og meta

Anda Penggemar Nasi Kandar Kuah Banjir? Ramai Tak Sangka Ia Punca Cepat Gemuk!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/07/2023

    Anda Penggemar Nasi Kandar Kuah Banjir? Ramai Tak Sangka Ia Punca Cepat Gemuk!

    Anda antara mereka yang gemar kuah campur setimbun atau nasi kandar kuah banjir ketika makan di kedai? Jaga-jaga ya! Walaupun sekadar nasi kuah banjir, ia boleh menaikkan berat badan anda dalam sekelip mata jika kerap diamalkan setiap kali anda makan. Kenapa macam tu? Lihat penerangan di bawah ini. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Kadar obesiti di Malaysia

    Penduduk Malaysia terkenal dengan kegemarannya terhadap makanan.

    Hampir setiap minggu atau bulan, ada sahaja makanan atau minuman baharu yang diviralkan di media sosial.

    Malah ia seolah-olah menjadi satu kemestian untuk mencubanya jika tidak mahu dilihat ketinggalan dalam arus semasa.

    Namun tahukah anda, Malaysia juga merupakan salah satu negara dengan kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara.

    Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, hampir setengah daripada penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah berlebihan berat badan atau obesiti.

    Ini menunjukkan bahawa isu pemakanan secara berlebihan dan obesiti adalah sesuatu yang serius dan perlu ditangani dengan segera. 

    Nasi kandar kuah banjir budaya makanan orang Malaysia

    Istilah ‘kuah banjir’ adalah satu trend makanan yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya di kedai makan mamak.

    Ia merupakan hidangan nasi yang biasanya dicurahkan dengan pelbagai jenis kuah sehingga melimpah-limpah dalam pinggan nasi tersebut.

    Trend ini lebih mudah dijumpai di kedai-kedai mamak, namun ia juga biasa ditemukan di kedai makan biasa.

    nasi kandar kuah banjir

    Ramai yang tidak sedar bahawa setiap kuah itu sendiri mengandungi banyak kalori.

    Ini belum lagi dikira kalori daripada lauk-pauk yang dihidangkan bersamanya seperti ikan, daging, ayam dan sebagainya.

    Antara punca kuah ini tinggi kalori adalah kerana ia mengandungi banyak minyak, lemak, gula, garam dan bahan perasa lain. 

    Bagaimana kuah banjir boleh buat badan gemuk?

    nasi kandar kuah banjir

    Dalam trend makan nasi kandar kuah banjir, satu pinggan nasi mungkin mengandungi antara 3 hingga 5 jenis kuah yang berbeza.

    Setiap jenis kuah ini pula mengandungi nilai kalori, gula, garam dan lemak tersendiri.

    Apabila kesemua jenis kuah ini dicampurkan bersama-sama, jumlah kalori dalam satu pinggan nasi akan bertambah banyak.

    Ini tidak termasuk kalori daripada lauk-pauk lain yang dihidangkan bersama nasi tersebut.

    Sekiranya kita makan seperti ini setiap hari, tidak hairanlah jika berat badan kita akan naik dengan cepat dalam masa yang singkat.

    Berikut adalah perbandingan nilai kalori bagi hidangan biasa dengan hidangan bersama kuah banjir untuk penilaian anda:

    • Nasi kandar (572 kcal) vs nasi kandar kuah banjir (1112 kcal)
    • Roti canai kuah kari (632 kcal) vs roti canai kuah kari banjir (1182 kcal)
    • Nasi kukus ayam berempah (565 kcal) vs nasi kukus ayam berempah kuah banjir (1115 kcal)

    Faktor-faktor lain yang sebabkan obesiti

    Selain daripada budaya makan kuah banjir tersebut, terdapat juga faktor lain yang boleh membawa kepada berlakunya obesiti.

    Antaranya seperti kurang bersenam, tidur yang tidak mencukupi, skip sarapan pagi, dan minum minuman manis setiap hari.

    Semua ini boleh membantu dalam penambahan berat badan dan akhirnya membawa kepada obesiti.

    Jika anda kerap makan nasi kuah banjir dan tidak bersenam, maka kalori dalam badan tidak akan berkurang dan lemak juga akan semakin bertambah.

    Apatah lagi jika anda makan nasi kuah banjir ditemani secawan teh tarik, ia adalah satu mimpi ngeri untuk berat badan anda. 

    Tip makan secara sihat jika masih ingin makan nasi kandar kuah banjirnasi kandar kuah banjir

    Jika masih ingin menambah kuah banjir dalam pinggan nasi anda, ada beberapa cara yang boleh anda amalkan untuk menjadikannya lebih sihat. Antaranya: 

  • Anda boleh mengurangkan jenis kuah yang diambil, cukup 1 atau 2 jenis kuah sahaja
  • Minta kurangkan kuantiti kuah yang diletakkan pada nasi
  • Anda juga boleh memilih untuk menambah kuah yang lebih sihat seperti kuah bening atau kuah daripada lauk sayur-sayuran
  • Kurangkan nasi dan kuah, tetapi lebihkan sumber protein dan sayuran
  • Minta asingkan kuah dalam mangkuk kecil lain
  • Dengan cara ini, anda masih boleh menikmati nasi kandar kuah banjir, tetapi dengan cara yang lebih terkawal dan juga sihat. 

    Kesimpulan

    Walaupun kuah banjir adalah sebahagian daripada budaya makanan kita Orang Malaysia, namun kita perlu sedar bahawa ia boleh membawa kepada penambahan berat badan dan obesiti jika tidak dikawal.

    Oleh itu, kita perlu lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan kita dan sentiasa memastikan bahawa kita menjalani gaya hidup yang sihat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan