backup og meta

Boleh Berpuasa Semasa Hamil TAPI Perhatikan 7 Tanda Bahaya Ini

Boleh Berpuasa Semasa Hamil TAPI Perhatikan 7 Tanda Bahaya Ini

Bila tiba bulan Ramadan, pasti timbul kegusaran bagi wanita mengandung sama ada mereka boleh berpuasa ketika hamil atau tidak.

Adakah ia berbahaya kepada kandungan? 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Berpuasa ketika hamil

Persoalan sama ada ibadah puasa boleh dilakukan oleh wanita mengandung bukan perkara yang baharu.

Malahan kebimbangan ini akan timbul setiap kali menjelang bulan Ramadan.

Hakikatnya tiada jawapan pasti yang boleh diberikan untuk menjawab persoalan ini.

Ini kerana keadaan mengandung bagi setiap wanita adalah berbeza.

Namun, berpuasa ketika hamil boleh dianggap sebagai selamat sekiranya anda dan bayi dalam kandungan cukup sihat dan proses kehamilan berlangsung tanpa sebarang masalah.

Terdapat beberapa kajian yang dilakukan berkaitan puasa semasa mengandung. Hasil keputusan kajian adalah berbeza-beza. 

Sesetengah hasil penyelidikan menunjukkan tidak terdapat kesan atau hanya kecil kesan yang berlaku kepada bayi jika wanita hamil berpuasa.

Manakala terdapat keputusan kajian menunjukkan berpuasa saat berbadan dua boleh memberikan kesan kepada masalah kesihatan dan keupayaan akademik bayi di kemudian hari. 

Berikut beberapa hasil kajian mengenai berpuasa ketika hamil yang dilakukan:

  • Tidak terdapat perbezaan kepada bayi bagi wanita mengandung yang berpuasa atau tidak berpuasa
  • Ada kemungkinan ibu hamil yang berpuasa melahirkan bayi dengan berat yang rendah. Ini khususnya jika puasa dilakukan semasa trimester pertama. Namun ada kajian menyatakan perbezaan berat itu adalah kecil
  • Perubahan keseimbangan kimia dalam darah akan berlaku semasa berpuasa. Namun ia tidak akan mendatangkan risiko bahaya kepada ibu ataupun bayi

Wanita mengandung elakkan berpuasa pada 3 bulan pertama

berpuasa ketika hamil
Muntah-muntah antara tanda awal kehamilan.

Paras gula dalam darah bagi wanita hamil yang berpuasa adalah lebih rendah berbanding wanita tidak hamil kerana perlu membekalkan gula glukos kepada bayi dalam kandungan.

Keadaan ini sekali gus akan menyebabkan mereka lebih cepat keletihan, mengalami loya dan muntah-muntah, khususnya pada awal-awal kehamilan

Kekurangan air atau dehidrasi mendedahkan wanita yang sedang hamil kepada risiko untuk mendapat masalah darah beku (venous thromboembolism).

Ia disebabkan kepekatan darah lebih tinggi sewaktu berpuasa ketika mengandung

.

Ketahanan untuk berpuasa ketika hamil juga bergantung kepada beberapa faktor, seperti:

  • Tempoh kehamilan
  • Faktor kesihatan wanita berpuasa ketika mengandung
  • Waktu berpuasa
  • Keadaan cuaca

Selalunya, wanita berbadan dua tidak digalakkan untuk berpuasa pada 3 bulan pertama kehamilan atau puasa ketika hamil trimester kedua, jika mengalami simptom berpuasa ketika mengandung yang teruk.

7 tanda bahaya berpuasa ketika mengandung

Jika anda dan kandungan berada dalam keadaan sihat dan anda ingin berpuasa, maka anda boleh meneruskan niat anda itu.

Namun terdapat beberapa tanda bahaya yang perlu diperhatikan dan memerlukan wanita mengandung untuk berbuka puasa, seperti:

  1. Mabuk pagi teruk 

Ia adalah 1 keadaan normal bagi wanita pada awal kehamilan untuk mengalami mabuk pagi. Situasi ini biasanya melibatkan rasa loya dan muntah-muntah.

Tetapi ada kalanya mabuk pagi yang dialami boleh menyebabkan anda kekurangan tenaga. Jika ini berlaku, anda dinasihatkan untuk berbuka puasa.

Sekiranya anda berkeras untuk berpuasa, dibimbangi akan mengakibatkan kemudaratan kepada janin. Pastinya anda tidak mahu ia terjadi, bukan? Jadi berbukalah.

  1. Hilang berat badan

Kebanyakan individu, lelaki mahupun wanita, menyukai bulan Ramadan kerana apabila berpuasa ia mampu membantu menurunkan berat badan.

Tetapi jika anda sedang puasa ketika hamil trimester ketiga, tidak mengalami pertambahan berat badan atau berat anda semakin berkurangan, ia boleh mendatangkan risiko bahaya kepada anda dan bayi.

Jika keadaan ini berlaku, segera dapatkan pemeriksaan doktor.

  1. Kurang kencing dan kerap rasa dahaga

Berasa dahaga adalah situasi normal ketika berpuasa.

Tetapi bagi wanita yang puasa ketika hamil trimester ketiga, berasa sangat dahaga atau kencing berwarna gelap serta berbau kuat, itu adalah tanda penyahidratan.

Ia boleh menyebabkan anda terdedah kepada risiko jangkitan saluran kencing atau sebarang masalah berkaitan kesihatan yang lain. 

Cara yang terbaik, elakkan berpuasa untuk sementara waktu dan perbanyakkan minum air.

  1. Pening 
berpuasa ketika hamil
Jika kerap alami pening ketika puasa, anda perlu berhati-hati.

Mengalami sakit kepala atau pening adalah petanda anda mungkin berada dalam keadaan tertekan atau keletihan. 

Jika anda sedang puasa ketika hamil trimester kedua, dan anda berdepan rasa pening, itu adalah antara tanda bahaya berpuasa yang tidak boleh diabaikan.

Ini kerana pening yang dialami mungkin disebabkan hipoglikemia atau tanda kekurangan zat makanan.

Pastinya ia bahaya untuk mereka yang berbadan dua. 

  1. Bayi kurang bergerak 

Wanita yang berpuasa pada usia kehamilan 28 minggu dan ke atas perlu memantau pergerakan bayi. 

Sekiranya berasa pergerakan bayi berkurangan, segerakan untuk berbuka puasa dan terus dapatkan pemeriksaan doktor.

  1. Hampir dengan due date

Apabila berpuasa, anda mungkin akan mengalami kekurangan tenaga.

Sudah tentu keadaan ini tidak bagus jika anda sudah menghampiri jangkaan waktu bersalin.

Pada ketika ini, anda perlu bersedia secara fizikal dan mental bagi menanti waktu melahirkan anak. Jadi, usah berpuasa, okay?

  1. Kontraksi 

Rasa lapar dan dahaga akan mencetuskan dehidrasi bagi wanita hamil.

Lebih membimbangkan kekurangan cecair dalam badan boleh membuatkan anda mengalami kontraksi palsu.

berpuasa ketika hamil
Antara punca-punca wanita hamil sakit perut.

Sekiranya anda berasa sakit seperti ingin bersalin. Ia mungkin tanda kelahiran pramatang.

Anda perlu segera mendapatkan pemeriksaan perubatan.

Boleh berpuasa ketika hamil


Berpuasa semasa hamil boleh dilakukan tetapi anda perlu mengelakkan daripada mengalami dehidrasi dengan tidak melakukan pekerjaan berat, dan menghindari tempat atau cuaca yang panas.

Sekiranya anda masih kurang pasti, sama ada anda boleh berpuasa atau tidak, dapatkan nasihat dan rundingan daripada doktor. 

Paling utama, jangan sekali memaksa diri untuk berpuasa ketika hamil jika tidak mampu.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fasting during the second trimester of pregnancy may be particularly harmful. https://nutrition.org/fasting-during-the-second-trimester-of-pregnancy-may-be-particularly-harmful/#:~:text=Although%20fasting%20at%20any%20point,the%20risk%20of%20preterm%20birth. Accessed on April 23, 2020.

Glazier, J.D., Hayes, D.J.L., Hussain, S. et al. The effect of Ramadan fasting during pregnancy on perinatal outcomes: a systematic review and meta-analysis. BMC Pregnancy Childbirth 18, 421 (2018). https://doi.org/10.1186/s12884-018-2048-y. Accessed on April 23, 2020.

Ramadan and pregnancy – Should I be fasting?. https://www.tommys.org/pregnancy-information/blogs-and-stories/im-pregnant/tommys-midwives/ramadan-and-pregnancy-should-i-be-fasting. Accessed on April 23, 2020.

Alkhalefah, A., Eyre, H. J., Hussain, R., Glazier, J. D., & Ashton, N. (2022). Impact of maternal intermittent fasting during pregnancy on cardiovascular, metabolic and renal function in adult rat offspring. PloS one17(3), e0258372. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0258372. Accessed on April 23, 2020.
Ramadan fasting during pregnancy: characteristics and outcomes. https://www.ijrcog.org/index.php/ijrcog/article/view/8759. Accessed on April 23, 2020.

Versi Terbaru

29/03/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kerap Rasa Mual, Simptom Mengandung @ 'Period'? Ada 8 Tanda Hamil VS Haid

Awas! Ini Penyebab Masalah Sakit Perut Semasa Hamil, Jangan Pandang Ringan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan