home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Ibu Hamil Yang Berpuasa Akan Bersalin Bayi Kecil Dan 10% Bukan Bayi Lelaki - Kenapa?

Ibu Hamil Yang Berpuasa Akan Bersalin Bayi Kecil Dan 10% Bukan Bayi Lelaki - Kenapa?

Berpuasa semasa hamil dan penemuan saintifik

Kajian terbaru mendedahkan bahawa wanita Islam yang hamil, yang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan akan melahirkan bayi yang lebih kecil. Di samping itu, bayi dan ibu juga lebih cenderung untuk mengalami kesukaran pembelajaran semasa alam kanak-kanak mereka. Saintis Amerika Syarikat juga menemui bahawa ibu hamil berpuasa Ramadan mempunyai 10 peratus kurang peluang untuk mendapat bayi lelaki.

Trend ini menunjukkan dengan jelas jika puasa berlaku pada awal kehamilan dan semasa musim panas, iaitu apabila siang hari lebih panjang, di mana wanita perlu berpuasa pada siang hari.

Ramadan dan ibu hamil

Dalam kalendar Islam, Ramadan adalah bulan ke-9. Semasa bulan ini, orang Islam di seluruh dunia akan melalui hari siang mereka tanpa makanan, dari terbit matahari sehinggalah terbenam matahari. Tiga daripada empat wanita kehamilan mereka bertindih dengan bulan Ramadan. Kajian mendapati bahawa kebanyakan ibu hamil Islam memilih untuk berpuasa walaupun semasa mereka hamil.

Meskipun pada kebanyakan masa, ibu hamil dibolehkan untuk tidak berpuasa, namun ada yang memilih untuk tidak mengambil keistimewaan tersebut. Ini adalah kerana mereka seboleh mungkin cuba untuk tidak mengganti puasa banyak hari selepas bayi lahir, jadi mereka mengambil pendekatan untuk mengelakkan pengecualian berpuasa tersebut.

Berpuasa Ramadan adalah antara lima perkara wajib yang perlu dilakukan oleh umat Islam. Ia termasuk dalam rukun Islam. Jadi, jika tidak berpuasa di bulan Ramadan, wanita akan rasa bersalah dan takut jika dipandang serong dalam kalangan komuniti.

Berpuasa dan kesihatan manusia

Kajian menggunakan data bancian daripada Amerika Syarikat, Iraq, dan Uganda meletakkan kesan jangka panjang berpuasa pada kesihatan orang dewasa dan pencapaian ekonomi mereka pada masa hadapan.

Douglas Almond dan Bhashkar Mazumder, penulis kajian, menyimpulkan bahawa impak terbesar akan berlaku jika ibu hamil berpuasa pada peringkat awal kehamilan mereka. Sewajarnya, kadar orang dewasa dengan ketidakupayaan untuk berpuasa adalah kira-kira 20%.

Menurut Sheikh Ibrahim Mogra, imam dari Leicester, undang-undang Islam tidak pernah memaksa atau menggalakkan ibu hamil untuk meneruskan puasa mereka jika ia boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatannya ataupun bayi dalam kandungan. Mereka boleh melangkau puasa dan orang sekeliling sebenarnya boleh faham jika mereka tidak berpuasa. Malahan, jika puasa berlaku pada waktu musim sejuk, mereka boleh meneruskan puasa mereka, akan tetapi, jika puasa berlaku pada musim panas, mereka boleh mengambil pengecualian untuk tidak berpuasa.

Anda mungkin berminat membaca artikel ini:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada 03/05/2019
x