Panduan Cara Membuat Anak Untuk Suami Isteri

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 8 minit bacaan
Share now

Bagi pasangan suami isteri yang sudah berkahwin, tiada apa yang lebih penting daripada kebahagiaan rumah tangga. Bagi mengecapinya, hubungan suci ini memerlukan suatu anugerah daripada Tuhan iaitu kehadiran anak. Pun begitu, ia mungkin agak sukar bagi sesetengah pasangan untuk membuat anak terutamanya yang baru sahaja berkahwin kerana mereka tidak mengetahui cara membuat anak yang betul, tepat dan berkesan. Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui panduan cara membuat anak untuk suami isteri.

Perkara anda perlu tahu sebelum memutuskan untuk membuat anak

Sebelum itu, anda perlu faham bahawa terdapat beberapa perkara anda perlu tahu sebelum memutuskan untuk membuat anak. Ya, mungkin secara emosinya anda telah bersedia dan mungkin sudah tahu cara membuat anak yang berkesan. Namun begitu, adakah mental anda juga sudah bersedia? Perancangan prakonsepsi adalah penting dalam setiap kehamilan. Anda perlu menjawab terlebih dahulu beberapa perkara berikut jika anda sedang merancang untuk membuat anak.

#1. Bagaimanakah kondisi kesihatan anda?

Paling penting, anda perlu tahu tahap kesihatan anda. Kondisi seperti obesiti dan penyakit kronik lain termasuk diabetes, asma atau tekanan darah tinggi boleh memberikan impak negatif terhadap kehamilan anda. Jika anda ingin membuat anak, anda perlu pastikan bahawa anda dapat mengawal kesihatan anda dahulu. Anda juga mungkin perlu melaras kawalan ubat untuk mempersiapkan tubuh badan untuk menerima kehadiran bayi. Doktor akan memberitahu anda tentang sebarang langkah berjaga-jaga yang anda perlukan seterusnya semasa tempoh kehamilan.

#2. Apakah jenis kaedah kontraseptif yang pernah anda gunakan?

Jika anda pernah menggunakan pil pencegah kehamilan, anda perlu menjangkakan haid anda akan lewat dua minggu. Akan tetapi, anda tidak perlu berhenti mengambil pil tersebut sebelum mencuba membuat anak. Jika anda mahu menunggu beberapa bulan lagi sebelum mencuba untuk hamil, anda boleh menggunakan kondom. Sekiranya anda telah mengambil suntikan progestin, iaitu pencegah kehamilan jangka masa panjang, ia mungkin akan mengambil masa yang panjang untuk tubuh badan anda untuk kembali normal. Separuh daripada wanita boleh hamil, 7 bulan selepas mendapatkan suntikan yang terakhir.

#3. Adakah anda mengambil sebarang suplemen?

Anda perlu memaklumkan kepada doktor anda tentang sebarang jenis herba atau suplemen yang sedang anda ambil. Bergantung kepada apa yang anda ambil, doktor akan menasihati anda untuk mengurangkan dos, menukar kepada jenis lain, ataupun berhenti daripada menggunakannya. Anda juga perlu untuk mengambil vitamin pranatal bagi memastikan kesihatan bayi dalam kandungan.

#4. Adakah anda telah mendapatkan vaksin terkini?

Penyakit seperti cacar air (varicella) dan campak German (rubella) boleh mengancam nyawa bayi anda. Jika anda tidak pasti tentang imunisasi yang pernah anda dapatkan, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk melakukan ujian darah untuk pemeriksaan imuniti, atau dapatkan vaksin yang anda inginkan. Anda dinasihatkan untuk melakukan vaksin sekurang-kurangnya sebulan sebelum anda mencuba membuat anak.

#5. Adakah anda berisiko mendapat jangkitan penyakit kelamin?

Jangkitan penyakit kelamin bukan hanya akan menjejaskan kesuburan anda tetapi juga meletakkan anda dan bayi pada risiko sepanjang kehamilan. Jika anda percaya bahawa anda atau pasangan mungkin mendapat jangkitan, minta doktor anda untuk melakukan pemeriksaan penting dan rawatan sebelum mencuba membuat anak.

Tidak kira betapa besar keinginan anda untuk mendapatkan cahaya mata, perancangan prakonsepsi adalah sesuatu yang anda tidak boleh tinggalkan jika mahu melindungi diri dan bayi anda. Selain itu, sudah tiba masanya untuk anda membuat perubahan positif kepada gaya hidup anda. Amalkan makanan dan minuman sihat, dan berhenti merokok untuk kesejahteraan anda dan bayi. Paling penting, anda dan pasangan anda tahu cara buat anak yang paling berkesan.

cara membuat anak

Panduan cara membuat anak yang berkesan

Kadangkala, pasangan suami isteri tidak tahu cara membuat anak yang paling berkesan dan hanya menunggu serta menganggap ia adalah takdir tuhan. Ya, ia mungkin benar bahawa anak adalah rezeki dan tanggungjawab yang diberikan oleh Tuhan kepada kita. Pun begitu, kita juga sebenarnya perlu berusaha dan berdisiplin demi memenuhi hasrat untuk mempunyai anak.

Berikut merupakan beberapa panduan cara membuat anak untuk suami isteri yang berkesan:

Lakukan seks pada waktu yang betul

Pertama sekali, anda perlu tahu “melakukannya” pada waktu yang betul. Ini merupakan perkara yang paling penting untuk hamil. Caranya, lakukan seks dengan kerap tanpa menggunakan kondom atau apa-apa metode kontraseptif yang lain. Ini tidak bermaksud anda perlu melakukannya setiap hari. Anda juga tidak perlu menunggu sehingga waktu ovulasi untuk melakukannya kerana ini akan membunuh keinginan anda terhadap seks.

Dapatkan tidur yang berkualiti

Selain itu, anda juga perlu memastikan anda mendapat tidur dengan cukup dan berkualiti. Ini kerana tidur yang berkualiti dapat meningkatkan tenaga zahir dan batin anda. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kurang subur akan kekurangan hormon leptin dalam tubuh badan mereka. Tubuh badan akan menghasilkan hormon leptin apabila anda sedang keletihan. Sebaiknya, cuba untuk tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari pada waktu malam.

Ketahui kitaran ovulasi anda

Walaupun anda sepatutnya melakukan seks dengan kerap, anda juga perlu tahu akan kitaran ovulasi anda. Kehamilan akan berlaku apabila telur disenyawakan dengan sel sperma. Situasi ini selalunya akan berlaku sekitar 14 hari kitaran ovulasi anda. Terus lakukan seks sepanjang bulan namun tekankan dan berikan perhatian terhadap kitaran ovulasi ini. Namun begitu, jangan terlalu obses dengannya kerana ia akan memberi tekanan kepada anda dan pasangan.

Kekal relaks

Ya, anda perlu sentiasa relaks kerana relaks dan bebas daripada sebarang tekanan dapat membantu anda untuk hamil lebih cepat. Tekanan boleh menjejaskan kitaran ovulasi bagi wanita dan menyebabkan masalah ejakulasi bagi lelaki. Anda boleh mengurangkan tekanan ini dengan mendengar muzik, membaca buku, berenang, berurut, berbual atau melakukan senaman yoga. Anda boleh lakukan apa-apa sahaja yang dapat membantu anda untuk relaks.

Kebanyakan individu akan cuba menghilangkan tekanan dengan merokok atau minum alkohol. Namun begitu, metode ini adalah sangat tidak bagus kerana ia boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan lain yang lebih serius dan menjejaskan keberhasilan rawatan kesuburan. Pengambilan alkohol yang berlebihan juga akan menjejaskan kitaran ovulasi bagi wanita dan menyebabkan masalah penghasilan sperma bagi lelaki.

Kawal berat badan anda

Berat badan yang ideal boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil. Indeks berat badan ideal adalah sekitar 18.5 sehingga 25. Anda perlu berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui indeks kesihatan anda. Jika anda seorang yang kurang berat atau terlebih berat, hormon dan ovulasi anda mungkin akan terjejas lalu menyukarkan anda untuk hamil. Lelaki yang terlebih berat juga cenderung menghasilkan sperma yang tidak berkualiti berbanding lelaki yang berat badannya normal.

Makan secara sihat

Antara cara membuat anak yang paling penting adalah anda perlu makan secara sihat. Dengan melakukan ini, anda boleh mendapatkan manfaatnya. Anda seharusnya mengamalkan diet yang seimbang dan mengandungi setiap makanan.

  • Kurangkan makanan yang mengandungi lemak trans dan lemak tersaturasi (seperti makanan segera). Lebihkan makan makanan yang mengandungi lemak mono yang tidak tersaturasi.
  • Lebihkan makan makanan yang mengandungi protein sayur-sayuran (seperti kacang, soya). Kurangkan makanan yang mempunyai protein haiwan (seperti daging).
  • Lebihkan makan makanan yang tinggi serat seperti gandum penuh, bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Kurangkan pengambilan gula dan garam.

Makanan yang boleh membantu anda membuat anak

Diet dan pemakanan yang betul merupakan antara panduan cara membuat anak yang perlu anda ikuti. Untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam, sebenarnya terdapat beberapa jenis makanan spesifik yang boleh membantu anak untuk mendapatkan anak, antaranya:

  • Buah-buahan

Buah-buahan perlu ditempatkan sebagai makanan nombor satu dalam senarai anda. Jumlah lemak tidak tepu yang tinggi dapat meningkatkan kesuburan. Wanita yang memakan lebih banyak nutrien sihat ini dapat meningkatkan kadar kejayaan kehamilan berbanding yang kurang memakannya.

  • Telur

Kadar kehamilan adalah lebih tinggi bagi wanita yang mengamalkan diet protein tinggi dan karbohidrat rendah. Pastikan anda menambah protein berkualiti tinggi. Walaupun protein dari daging adalah sangat sihat, ia boleh membawa bakteria. Sumber protein yang terbaik adalah putih telur, yang mengandung asid amino.

  • Biji bunga matahari

Makan segenggam biji bunga matahari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ia sebenarnya sangat kaya dengan zink dan biji yang kecil ini dapat membantu mengimbangi hormon pembiakan. Biji ini akan membantu wanita menghasilkan telur yang berkualiti tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi banyak folat, yang secara sintetik diubah menjadi asid folik – sebatian kimia yang penting untuk pembahagian sel dan pertumbuhan. Ini penting kerana tubuh badan anda memerlukan asid folik yang tinggi semasa kehamilan.

  • Kayu manis

Rempah kayu manis ini mempunyai khasiat untuk mengurangkan insulin dalam tubuh badan. Ia boleh menyumbang kepada peningkatan kadar ovulasi anda. Ia mungkin tidak boleh dimakan secara terus. Oleh itu, taburkan atau gunakannya dalam makanan anda.

  • Buckwheat

Tidak salah rasanya jika anda cuba amalkan pengambilan satu per empat cawan buckwheat bersama dengan makan malam tiga kali seminggu. Bijian ini sebenarnya sangat tinggi dalam sebatian yang mampu membantu mengurangkan paras insulin dan testosteron.

Kesuburan boleh dipengaruhi secara negatif oleh penggunaan makanan tertentu (gula dan jus botol, kafein, makanan daripada soya, makanan tanpa lemak, dan sebagainya). Adalah lebih baik jika anda menjauhkan diri daripadanya ketika anda sedang hamil.

Dengan perkembangan teknologi kini, pada masa kini terdapat banyak tip untuk menggandakan peluang untuk hamil (memantau ovulasi, merekod kekerapan kitaran haid, IVF, dan sebagainya). Walau bagaimanapun, jika anda mempertimbangkan pendekatan yang lebih alami, cuba makanan yang disebutkan.

cara membuat anak

Pada usia berapa paling sesuai pasangan membuat anak?

Selain cara membuat anak, adalah agak penting juga untuk anda dan pasangan mengetahui dan mengenal pasti usia yang sesuai untuk membuat anak. Ini mungkin bergantung kepada individu. Sebaiknya, perkara ini dibincangkan bersama pasangan anda masing-masing.

Jika pasangan anda ingin membuat anak sekitar berusia 30-an, apa yang anda perlu tahu?

Bagi kebanyakan wanita masa kini, usia 30-an adalah dikira sebagai masa yang paling sesuai untuk membuat anak, memandangkan ketika ini anda sudah stabil dari segi kewangan dan sudah dalam perhubungan yang kukuh untuk membina sebuah keluarga.

Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa peluang kehamilan anda ketika ini tidak setinggi seperti semasa usia anda 20-an, lebih-lebih lagi pada usia 35 tahun dan ke atas. Peluang anda untuk hamil ketika ini akan menurun lebih drastik iaitu daripada 75% kepada 65% sahaja.

Jadi, apa yang boleh anda lakukan?

Anda tidak perlu terlalu risau kerana hasrat untuk mendapatkan anak pada usia lewat ini adalah tidak mustahil dan boleh direalisasikan asalkan anda mengikut dan mencuba perkara-perkara berikut:

Pastikan fizikal dan mental sihat

Ini adalah sangat penting kerana gaya hidup anda memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan peluang anda untuk mendapatkan anak. Jika anda lebih terdedah kepada tabiat tidak baik seperti merokok, minum kafein atau alkohol, kadar kesuburan anda sudah pasti akan semakin terjejas.

Apatah lagi, jika anda tergolong dalam kategori terlebih berat badan ataupun kurang berat badan, fungsi hormon anda sudah pasti akan terkesan, dan risiko anda mendapat komplikasi kehamilan juga meningkat. Lantaran itu, adalah penting untuk anda memeriksa berat badan anda dengan kerap dan mengira indeks jisim tubuh anda (BMI).

Selain itu, anda juga perlu menjaga kesihatan mental, yang turut mempengaruhi kesuburan anda. Anda masih boleh melakukan aktiviti sihat kegemaran anda seperti memasak, membaca, mendengar muzik, melakukan yoga, bersenam, ataupun berehat sahaja semasa cuti hujung minggu, atau anda juga boleh hanya meluangkan lebih banyak masa dengan pasangan anda.

Lakukan ujian pemeriksaan kesuburan

Selain itu, ini juga agak penting. Beberapa ujian mudah seperti memeriksa suhu tubuh badan asas, bendalir serviks, dan kadar pH faraj boleh membantu anda memahami masa paling optimum untuk melakukan hubungan seks mengikut ovulasi tetap anda.

Sebenarnya, terdapat beberapa kaedah yang boleh membantu meningkatkan kesihatan lelaki seperti membawanya melakukan pemeriksaan varicocele, menghapuskan semua toksin dalam dietnya, menambah vitamin dan suplemen herba dalam dietnya, membantu suami menurunkan berat badan jika dia tergolong dalam kategori terlebih berat badan, serta memastikan zakarnya berada pada suhu yang betul.

Berjumpa dengan pakar

Sekiranya selepas 6 bulan anda dan pasangan melakukan hubungan seks tanpa perlindungan dan masih belum berjaya untuk hamil, anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar kesuburan. Temu janji anda perlu dilakukan secepat mungkin jika anda mengalami masalah haid tidak teratur, atau berisiko mengalami sindrom polisistik ovari (PCOS) atau penyakit jangkitan kelamin, dan pasangan anda pernah mempunyai sejarah masalah kesuburan.

Hakikatnya, hamil selepas usia 30 mungkin kelihatan mustahil untuk kebanyakan pasangan. Namun begitu, dengan persediaan yang betul dan pengetahuan untuk menjaga tubuh badan anda, peluang untuk anda mendapatkan anak akan meningkat.

Konklusi

Konklusinya, sebagai pasangan suami dan isteri, terdapat pelbagai perkara yang anda perlu tahu sebelum membuat anak. Sebelum itu lagi, anda perlu lakukan beberapa perkara penting sebelum memutuskan untuk membuat anak seperti yang telah dinyatakan di dalam artikel ini. Selain itu, anda berdua juga perlu tahu mengenai cara membuat anak dan usia yang sesuai untuk membuat anak.

Ketahuilah bahawa sebenarnya adalah tidak pernah terlalu awal atau terlalu lewat untuk mencuba untuk membuat anak. Ini semua bergantung kepada anda dan pasangan serta ketentuan Tuhan. Jika anda masih gagal untuk mendapatkan anak walaupun sudah lama berkahwin, jangan sesekali putus asa dan cuba lagi. Sebaiknya, berhubung dan berbincanglah dengan doktor pakar untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang lebih lanjut.

Diharapkan artikel mengenai cara membuat anak ini sedikit sebanyak dapat membantu anda sebagai pasangan suami dan isteri untuk mendapatkan anak yang sekian lama diidamkan oleh anda berdua.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tahan Nafsu Jika Terjangkiti Herpes, Boleh Ke Bersama Dengan Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

    Anda mungkin belum tahu apa itu herpes dan boleh atau tidak buat seks dengan pasangan jika terkena penyakit ini? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya

    Bersalin secara pembedahan caesarean bermakna memerlukan lebih penjagaan terutamanya pada parut czer. Jom kenal pasti tanda-tandanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 09/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Sudah Ada Telur Sejak Lahir? Ini Fakta Menarik Tentang Ovum, Dari Dalam Rahim Sampai Menopaus

    Anda mungkin pernah mendengar istilah 'jam biologi wanita' yang dikaitkan dengan telur wanita, tetapi apakah maksudnya dan pada usia berapa ia bermula?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 04/09/2020 . 3 minit bacaan

    Teruja Nak Lakukan Ujian Kehamilan? Pasangan Baru Berkahwin Ambil Tahu Ini Dulu Sebelum Buat!

    “Adakah aku mengandung?” Ini adalah salah satu daripada soalan terpenting dalam hidup seorang  insan yang bergelar wanita. Ini cara periksa ujian kehamilan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 03/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    ubat untuk masalah kesuburan

    Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    pil perancang

    Pil Perancang Keluarga Untuk Lelaki – Adakah Ia Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    hubungan seks mengecewakan

    Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan