Hati-Hati Makanan Pedas Boleh Memberi Risiko Pada Ibu Hamil, Jika Boleh Jangan Berlebihan!

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 08/09/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Ibu hamil kebiasaannya akan mengalami keadaan mereka ingin makan sesuatu jenis makanan. Keadaan ini dinamakan mengidam. Antara contoh makanan yang selalu ibu hamil mengidam adalah coklat dan ais krim. Ada juga ibu hamil yang mengidam makanan pedas. Namun begitu, ada yang mengatakan makanan pedas sebenarnya tidak bagus untuk ibu hamil kerana akan memberi kesan buruk terhadap perkembangan anak dalam kandungan. Adakah penyataan ini benar atau sekadar mitos?

Adakah makanan pedas memberi kesan kepada kandungan?

Sebenarnya makanan pedas tidak memberi apa-apa kesan terhadap kandungan anda. Makanan pedas merupakan antara jenis makanan yang boleh dirasai oleh bayi dalam kandungan anda kerana secebis daripada amaun makanan pedas boleh memasuki cecair amniotik yang terdapat dalam rahim ibu. Bayi dalam kandungan anda juga mungkin akan menyukai rasa tersebut. Menurut Linda Bartoshuk yang merupakan pengkaji dari University of Florida, bayi yang terdedah kepada pelbagai jenis rasa ketika berada dalam kandungan ibu cenderung untuk mudah menerima pelbagai rasa baharu. Selain makanan pedas, makanan yang boleh memasuki cecair amniotik atau susu ibu adalah vanila, lobak, bawang putih dan daun pudina. Masukkan jenis-jenis makanan ini di dalam diet anda sekiranya anda ingin anak dalam kandungan anda turut merasai makanan yang dimakan oleh anda.

Bagaimana makanan pedas memberi kesan kepada ibu hamil?

Umum mempercayai ibu hamil perlu mengelak daripada memakan makanan pedas kerana boleh mengakibatkan kenaikan suhu badan. Ada juga yang mengatakan bahawa makan makanan pedas boleh mengakibatkan kekejangan pada perut yang akan membawa kepada kelahiran bayi pramatang atau keguguran. Namun begitu, tiada fakta saintifik yang menyokong penyataan ini. Kebanyakan ibu hamil yang mengambil makanan pedas dalam diet mereka terutamanya individu berbangsa Thailand dan India tidak pernah melaporkan apa-apa masalah kehamilan seperti yang dinyatakan.

Walaupun tidak memberi kesan negatif terhadap kehamilan anda, makanan pedas mengakibatkan ketidakselesaan pada badan anda. Makanan pedas merupakan penyebab utama pedih ulu hati dan refluks asid. Pedih ulu hati sangat biasa terjadi ketika trimester terakhir kehamilan anda kerana bayi anda yang semakin membesar akan menolak asid dalam perut anda sehingga ke esofagus. Oleh itu, ibu hamil perlu mengelakkan diri mereka daripada memakan makanan pedas bagi mengelak refluks asid ini.

Pun begitu, sains juga membuktikan bahawa makanan pedas turut memberi kesan yang positif kepada individu. Antaranya:

  • Umur lebih panjang
  • Sukar untuk gemuk
  • Mengurangkan kesakitan
  • Mengurangkan ketidakselesaan
  • Menghalang infeksi virus dan bakteria

Perkara yang paling penting untuk dilakukan untuk kekal sihat adalah mengamalkan diet pemakanan yang seimbang dan elakkan diri daripada makanan yang mendatangkan ketidakselesaan kepada anda. Sebaiknya, berhubunglah dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat berkenaan diet pemakanan yang terbaik untuk anda dan anak anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    DARI PAKAR Dian Sonnerstedt

    Jenis-jenis Yoga

    Katakanlah sekarang ini anda sedang cuba berlatih yoga buat pertama kali, atau kali kedua, dan anda masih belum menemukan jenis yoga yang paling sesuai dengan diri anda. Artikel ini boleh membantu anda untuk memutuskan ...

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    jenis yoga

    Urutan Kehamilan: Adakah Idea yang Baik?

    Adakah urutan kehamilan yang dilakukan sewaktu wanita hamil selamat untuk dilakukan? Adakah terdapat sebarang risiko terhadap ibu hamil tersebut?

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    urutan kehamilan

    5 Rahsia Kecil Yang Akan Berlaku Jika Ibu Bersalin Secara Normal, Sakit Itu Cukup Membahagiakan

    Nak proses bersalin secara normal jadi lancar? Ibu hamil kena buat 5 perkara penting ini dahulu. Mulakan ia seawal minggu yang ke 38.

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    bersalin secara normal

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ibu Hamil Mengidam Nak Makan Jambu Batu? Boleh Ambil Tapi Ada Hadnya, Kalau Tak Berisiko Pada Janin

    Buah jambu batu merupakan antara buah tropika kegemaran ramai. Lebih enak jika dimakan sejuk. Tapi tiada masalah ke untuk wanita hamil menikmati buah ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 26/08/2020 . 3 minit bacaan

    Perlu Ke Cukur Miss V Sebelum Bersalin? Ketahui Manfaat & Risiko Ini

    Perlu ke untuk ibu hamil mencukur Miss V sebelum melahirkan anak? Atau perbuatan tersebut boleh mendatangkan kesan sampingan? Ikuti penjelasan ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 23/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Sejenis Bahan Kimia DALAM MAKANAN Punca TIDAK SUBUR? Nak Zuriat, Anda Patut Ambil Tahu!

    Bahan kimia yang dimaksudkan adalah Phthalate. Mesti di antara anda yang tidak pernah mendengarnya. Tetapi benarkah ia faktor berlakunya masalah kesuburan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 14/08/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS Masalah Air Ketuban Sedikit Petanda Bahaya Pada Janin! Nak Atasinya? Ikut 5 Tip Ini

    Masalah air ketuban sedikit boleh berpunca daripada perkembangan anak dalam kandungan. Jika tidak diberi perhatian, ia boleh menyebabkan komplikasi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 11/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bahaya virus influenza

    Flu Memang Berbahaya Terhadap Kesihatan, Terutamanya Buat Wanita Yang Sedang Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    urat simpul

    Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    merawat psoriasis ketika hamil

    Ibu Hamil @ Menyusu Yang Ada Psoriasis, Jangan Ambil Ubatan Ini Selagi Tidak Diizinkan Doktor!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    jantina bayi

    Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan