backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

13 Makanan Ini PUNCA Keguguran? Ini Yang Ibu Hamil Wajib Ambil Tahu

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/10/2022

    13 Makanan Ini PUNCA Keguguran? Ini Yang Ibu Hamil Wajib Ambil Tahu

    Ingin guna ubat gugur kandungan di kedai ubat Cina? Tetapi tahukah anda, ubatan herba sebenarnya dapat membantu kehamilan dan mencegah keguguran berulang.

    Malahan, ada juga yang mengatakan bahawa pengambilan makanan tertentu boleh menjadi punca keguguran, benarkah?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Ubat gugur kandungan di kedai ubat Cina?

    Sejujurnya, penulis tidak pasti mengenai kewujudan ubat menggugurkan kandungan yang dijual di kedai Cina. Malahan, ketika cuba membuat carian di laman web juga tidak menemui sebarang petunjuk.

    Tetapi menariknya, terdapat penyelidikan yang menunjukkan ubatan herba Cina ini boleh membantu untuk mencegah keguguran berulang daripada terjadi.

    Keguguran berulang didefinisikan sebagai keguguran yang terjadi secara spontan, lebih daripada sekali, berturut-turut pada awal kehamilan. Umumnya keadaan ini boleh terjadi kepada sebilangan kecil wanita.

    Keguguran yang terjadi mungkin tidak disedari sehinggalah mereka mengalami pendarahan rahim dan kekejangan selepas minggu ke-10 kehamilan.

    Ubatan herba secara amnya telah digunakan secara meluas di kebanyakan negara Asia, bahkan sejak kebelakangan ini ia juga menjadi terapi alternatif popular di negara Barat.

    Jadi daripada mencari ubat gugur kandungan di kedai ubat Cina, mungkin ini adalah jalan alternatif buat mereka yang sedang merancang untuk hamil.

    ubat gugur kandungan di kedai ubat cina

    Ini kerana banyak kajian melaporkan bahawa ubat-ubatan herba Cina dapat meningkatkan kehamilan dan kadar kelahiran hidup dengan mencegah keguguran. Malahan ia turut membantu perlanjutan kandungan.

    Walaupun masih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengesahkannya, namun, sedikit sebanyak ia boleh mengubah persepsi daripada mencari ubat gugur kandungan di kedai ubat Cina kepada mencari ubat untuk kehamilan.

    Pun begitu, tidak dinafikan terdapat banyak ubat gugur kandungan yang boleh didapati di pasaran. 

    Tetapi awas! Pengambilannya tanpa nasihat dan pengawasan doktor boleh menyebabkan risiko kepada diri sendiri. Lebih-lebih lagi apabila kita sendiri tidak pasti mengenai kandungan di dalam ubat tersebut.

    Sekiranya perlu melakukan keguguran di atas masalah kesihatan atau sebagainya, rujuklah kepada doktor untuk mendapatkan jalan penyelesaian terbaik.

    Ubat gugur kandungan di kedai ubat Cina vs pengambilan makanan

    Umumnya, banyak faktor boleh mencetuskan keguguran yang terjadi dan ada kalanya puncanya tidak dapat dikenal pasti. 

    Pun begitu, ada yang mempercayai pengambilan beberapa jenis makanan boleh menjadi punca keguguran di awal kehamilan. Ini antaranya:

    1. Nanas 

    Buah ini mengandungi bromelain – yang melembutkan serviks dan memulakan kontraksi bersalin sebelum masanya – kesannya boleh berlaku keguguran.

    Namun keadaan ini hanya boleh berlaku jika buah nanas diambil dalam jumlah banyak yang boleh menyebabkan pendarahan.

    2. Lidah buaya

    Lidah buaya atau aloe vera mengandungi antrakuinon – sejenis julap yang boleh menyebabkan pengecutan rahim dan pendarahan pelvis. Keadaan itu sekali gus menjadi punca keguguran.

    3. Ketam 

    Ketam kaya dengan sumber kalsium tetapi dalam masa sama ia juga mengandungi paras kolesterol yang tinggi. Ia boleh menyebabkan rahim mengecut dan mengakibatkan pendarahan dalaman serta keguguran.

    ubat gugur kandungan di kedai ubat cina

    4. Hati haiwan

    Hati haiwan kaya dengan vitamin A. Namun pengambilan dalam jumlah yang tinggi oleh wanita mengandung boleh menggalakkan pengumpulan retinal secara perlahan-lahan dan boleh menjejaskan kesihatan bayi.

    5. Buah kelor @ munggai 

    Ibu mengandung perlu berhati-hati semasa memakan buah kelor walaupun ia kaya zat besi, kalium dan vitamin. Ini kerana ia terdiri daripada alpha-sitosterol yang boleh memudaratkan kehamilan.

    6. Betik 

    Betik muda mempunyai komponen yang bertindak sebagai julap dan boleh mengakibatkan kelahiran pramatang.

    Buah betik juga kaya dengan enzim yang boleh menyebabkan pengecutan rahim sehingga mengakibatkan keguguran.

    7. Herba 

    Ini bukan herba seperti dalam ubat gugur kandungan di kedai ubat Cina. Herba yang dimaksudkan adalah rempah penambah rasa dalam makanan.

    Rempah seperti fenugreek, asafoetida, bawang putih, angelica dan pudina sebaiknya dielakkan semasa kehamilan.

    Ini kerana, ia boleh merangsang rahim dan mengakibatkan kontraksi, kelahiran pramatang dan keguguran. Ia juga mengakibatkan penipisan darah dan pendarahan semasa kehamilan.

    ubat gugur kandungan di kedai ubat cina

    8. Kentang berpucuk

    Kentang yang sudah tumbuh pucuknya tidak boleh dimakan oleh wanita berbadan dua kerana mengandungi solanin – boleh menghalang pertumbuhan janin.

    9. Kafein

    Makanan atau minuman dengan kandungan kafein tinggi boleh meresap ke dalam susu ibu dan menjejaskan bayi. Jadi elakkan!

    10. Taugeh mentah

    Pucuk mentah seperti taugeh, alfalfa, lobak dan taugeh mengandungi salmonella dan ia tidak boleh dimakan secara mentah.

    11. Sayuran tidak dibasuh & dikupas kulitnya

    Sayuran mentah atau tidak dibasuh mempunyai toxoplasma gondii – parasit yang menyebabkan toxoplasmosis. Jika ia menjangkiti wanita hamil, ia boleh menularkannya kepada bayi dalam kandungan.

    12. Ikan tinggi kandungan merkuri

    Elakkan pengambilan ikan yang mengandungi kandungan merkuri tinggi seperti tenggiri dan tuna mata besar. Kandungan merkuri yang tinggi boleh menjejaskan perkembangan otak dan sistem saraf bayi.

    Baca juga:

    13. Produk tenusu mentah

    Sebarang produk susu tidak dipasteurisasi mempunyai bakteria pembawa penyakit seperti Listeria monocytogenes, yang boleh membahayakan kehamilan.

    Makanan punca keguguran, benarkah?

    Berbeza dengan ubat gugur kandungan di kedai ubat Cina yang penulis tidak dapat memastikan kesahihannya, namun dalam isu pemakanan ini ia adalah tidak benar.

    Ini kerana makanan tidak boleh menjadi punca keguguran.

    Mengekalkan diet sihat dan seimbang amat penting semasa kehamilan. Kunci paling utama adalah kesederhanaan. Sebaliknya, jika diambil berlebihan – sememangnya boleh memudaratkan kehamilan.

    Tetapi untuk makanan mentah, susu tidak dipasteur dan ikan tinggi merkuri, lebih baik dielakkan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan