Bukan Semua Vitamin Ibu Hamil Boleh Ambil, Ini 2 Jenis Yang Perlu DIELAKKAN!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 29/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Keperluan nutrisi mikro seperti vitamin dan mineral yang lain akan meningkat semasa wanita sedang mengandung, malahan peningkatannya lebih ketara berbanding dengan keperluan nutrisi makro.

Vitamin dan mineral seperti magnesium, adalah sangat penting untuk menyokong fungsi kritikal sel seperti tumbesaran sel dan pengisyaratan sel janin dalam kandungan si ibu.

Namun, ibu hamil kena hati-hati kerana tidak semua vitamin boleh diambil ya!

Vitamin untuk ibu mengandung yang selamat diambil

#1. Vitamin pranatal

Ini merupakan sejenis vitamin yang direka khas untuk memenuhi keperluan nutrisi ibu semasa hamil.

Ia kebiasaannya dipreskripsikan kepada wanita yang merancang untuk mengandung, sedang mengandung atau sedang menyusukan anak.

Vitamin pranatal merupakan vitamin untuk ibu mengandung yang selamat diambil.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Pittsburgh pada tahun 2011 telah menunjukkan bahawa pengambilan vitamin pranatal secara berkala boleh mengurangkan insiden kelahiran pramatang dan kelahiran bayi dengan berat badan rendah.

Ia juga mampu merendahkan risiko untuk mendapat preeklampsia terutamanya dalam kalangan wanita yang kurus.

Vitamin pranatal mengandungi pelbagai jenis mineral dan nutrisi mikro penting kalsium, asid folik, zat besi, vitamin A, vitamin C dan sebagainya.

Jika anda ingin mengambil suplemen vitamin tambahan, anda perlu merujuk kepada doktor terlebih dahulu. 

Ini kerana pengambilan sesuatu nutrisi mikro secara berlebihan tidak akan memberikan kebaikan tambahan malah kemudaratan.

Vitamin pranatal kebiasaannya akan dipreskripsikan oleh doktor atau anda boleh membelinya di farmasi berhampiran.

vitamin untuk ibu mengandung

#2. Vitamin B9 (Asid folik)

Anda mesti pernah dinasihatkan untuk mengambil asid folik sebelum cuba untuk mengandung, kan?

Vitamin B9 merupakan vitamin untuk ibu mengandung yang penting bagi proses penghasilan DNA, sel darah merah dan menggalakkan tumbesaran bayi.

Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) telah menyarankan pengambilan sekurang-kurangnya 400 mcg asid folik bagi semua wanita setiap hari bagi menyokong keperluan nutrien jika berlaku kehamilan tidak dirancang. 

Tanpa asid folik yang mencukupi, bayi anda terdedah untuk mendapat kecacatan tiub saraf (neural tube) menyebabkan tumbesaran otak dan saraf tunjang terganggu.

Kecacatan lain seperti gusi siung dan kecacatan jantung juga berisiko dialami oleh mereka yang kekurangan asid folik.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2010 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menunjukkan bahawa insiden kecacatan tiub saraf boleh dikurangkan melalui pengambilan asid folik.

Pengambilan suplemen tersebut perlu diambil sebulan sebelum anda cuba untuk hamil.

Ini berikutan proses penutupan tiub saraf berlaku pada bulan pertama kehamilan.

Kebanyakan individu tahu akan status kehamilan mereka pada minggu ke-6 kehamilan.

Tanpa suplementasi asid folik, risiko untuk bayi mengalami kecacatan tersebut tinggi.

#3. Vitamin D

Selain daripada menguatkan tulang, vitamin D juga berperanan dalam menguatkan sistem pertahanan badan dan membantu dalam proses pembahagian sel.

Saranan pengambilan vitamin tersebut bagi individu biasa adalah 600 IU.

Namun menurut pakar, dos keperluan untuk ibu mengandung adalah lebih tinggi.

Vitamin D merupakan antara vitamin untuk ibu mengandung yang penting bagi memastikan kesihatan ibu dan janin terjaga.

Kekurangan vitamin ini sering dikaitkan dengan masalah kelahiran pramatang, preeklampsia, diabetes gestasi dan peningkatan risiko untuk pembedahan cesarean (czer).

Berjumpalah dengan doktor anda bagi mendapatkan maklumat dan membuat ujian saringan berkaitan dengan vitamin D.

Jika anda tidak mendapatkan jumlah yang cukup untuk menampung keperluan harian, anda akan dipreskripsikan dengan vitamin tersebut.

Vitamin yang perlu dielakkan ketika mengandung

vitamin

Vitamin A

Jika anda sudah dibekalkan dengan suplemen vitamin pranatal, pengambilan vitamin A tambahan boleh mendatangkan kemudaratan.

Pengambilan vitamin A sebagai salah satu daripada vitamin untuk ibu mengandung penting untuk penglihatan dan fungsi sistem imun bayi.

Namun, jika diambil dalam kuantiti yang banyak, ia boleh mendatangkan kemudaratan.

Pengumpulan vitamin A di dalam organ hati boleh menyebabkan kesan toksik kepada tubuh badan.

Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan kecacatan kongenital pada bayi.

Terdapat pelbagai jenis sumber makanan yang dapat membekalkan vitamin A, maka tidak perlulah anda mengambil suplemen tambahan.

Vitamin E

Seperti vitamin A, pengambilan vitamin E sebagai vitamin untuk ibu mengandung juga dapat membantu proses fisiologi badan dan menguatkan sistem imun.

Namun disebabkan oleh peningkatan risiko untuk ibu mengalami sakit abdomen dan kelahiran pramatang, justeru wanita hamil tidak digalakkan untuk mengambil suplemen tambahan bagi vitamin ini.

Vitamin E boleh didapati daripada pelbagai jenis sumber makanan dan jika anda masih mengalami kekurangannya, doktor anda akan mempreskripsikan vitamin pranatal yang turut mengandungi vitamin ini dalam kadar yang selamat untuk ibu mengandung. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Peluang Anda Dapat Anak Kembar Tinggi Jika Ambil Asid Folik. Betul Ke?

Walau kebanyakan pasangan mengimpikan anak kembar, ia bukanlah satu perkara yang mudah. Namun, kajian kecil menunjukkan asid folik boleh bantu. Betul ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr Aqilah
Ditulis oleh Nurul Nazrah
Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/12/2018 . 3 minit bacaan

Benarkah Asid Folik Tingkat Peluang Hamil Anak Kembar? Jika Tidak Pun, Ia Masih Penting!

Ramai percaya bahawa asid folik boleh jadi cara mendapatkan anak kembar tanpa ada keturunan, benarkah? Jom klik artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Kehamilan, Rancang Kehamilan 03/09/2018 . 2 minit bacaan

4 Faktor Diet Tambahan Semasa Hamil

Jika anda seperti kebanyakan pasangan yang cuba untuk hamil dan ingin hamil lebih awal. Untuk penyediaan kehamilan, anda perlu melihat banyak perkara seperti kesihatan fizikal, hubungan masa, terutamanya diet yang ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farah Aziz
Kehamilan, Rancang Kehamilan 15/08/2018 . 2 minit bacaan

5 Nutrisi Penting Diperlukan Oleh Wanita

Pada semua peringkat umur, wanita perlu menyerap vitamin dan mineral, dan bersenam secara tetap untuk memastikan kesihatan yang baik dan tenaga yang optimum. Selain itu, wanita juga perlu mendapatkan nutrisi penting ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farah Aziz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 19/04/2018 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

vitamin-ibu-mengandung

Nutrisi Dah Cukup Jika Ibu Hamil Makan Vitamin Pranatal, Betul Ke? Ini Yang Anda Patut Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan
kesuburan

Perlu Ke Lelaki Makan Asid Folik, Adakah Ia Dapat Membantu Tahap Kesuburan Suami?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 28/01/2020 . 4 minit bacaan
pantang larang ibu mengandung

3 Perkara Anda WAJIB PANTAU Pada 3 Bulan Pertama Kehamilan, Jangan Lalai!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 17/11/2019 . 3 minit bacaan
asid folik

Pakar Kata Lelaki Juga Kena Makan Asid Folik Untuk Kesuburan, Ini BUKTINYA!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr Aqilah
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 31/01/2019 . 3 minit bacaan