Kerap Kram Pinggang & Sakit Pinggul Semasa Hamil, Adakah Ia Normal Atau Berbahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 14/10/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Sakit pinggul biasa berlaku kepada kebanyakan wanita hamil pada lewat kehamilan, terutamanya ketika trimester ketiga. Kesakitan ini mungkin berlaku disebabkan badan anda sedang cuba menyesuaikan diri untuk melahirkan anak kelak. Anda akan cenderung merasainya pada bahagian rahim yang bayi kerap baring padanya.

Apakah punca sakit pinggul semasa hamil?

sakit pinggul semasa hamil

Semasa kehamilan, sistem fungsi pada pelvis anda akan mengalami perubahan untuk menyediakan anda agar mudah bayi melaluinya kelak ketika melahirkan anak.

Pengubahsuaian sistem ini akan bermula dengan pelepasan hormon secara automatik yang bertanggungjawab membuat tisu penyambung lebih lembut dan relaks.

Ini seterusnya akan mengakibatkan sendi dan ligamen antara tulang-tulang pelvis anda mula longgar dan menajadi lebih fleksibel. Akibatnya, ia akan menyebabkan kesakitan pada bahagian bawah belakang badan, perubahan postur dan rahim akan menjadi lebih berat. Kesakitan ini adalah tidak dapat dielakkan.

Selain itu, sakit pinggul semasa kehamilan juga mungkin disebabka oleh sciatica. Ia merujuk kepada peningkatan tekanan pada saraf siatic.

Rahim anda yang sedang membesar akan memberi tekanan pada dua saraf sciatic yang bertempat di bahagian bawah belakang ke kaki. Oleh itu, anda mungkin akan berasa sakit pada punggung, pinggul dan paha. Sciatica adalah normal dalam kalangan wanita hamil.

Semasa trimester kedua kehamilan, anda mungkin akan mengalami sakit ligamen. Ia akan mengundang rasa sakit pada abdomen, pinggul dan kawasan ari-ari jika anda banyak bergerak atau selalu mengubah posisi.

Bagaimana kurangkan sakit pinggul semasa hamil?

ibu mengandung, 35 tahun

Menjalankan senaman yang sesuai adalah sangat penting untuk mengurangkan kesakitan pada belakang anda. Sebagai contoh, anda boleh cuba menaikkan pinggul anda melebihi paras dada ketika berbaring menelentang selama beberapa minit.

Selain itu, anda mungkin perlu untuk mandi air panas bagi melegakan kawasan yang sakit tersebut. Semakin hampir anda dengan tarikh melahirkan, semakin rasa sakit itu menjadi lebih teruk.

Anda boleh mengurangkan ini dengan meletakkan tekanan pada pinggul anda. Ini boleh dilakukan dengan tidur secara mengiring dan pastikan kaki dan lutut anda membengkok.

Gunakan bantal atau selimut untuk menyokong abdomen dan bahagian atas kaki ada jika perlu.

Bila anda perlu mendapatkan rawatan?

cara-kira-bmi-penjagaan-ketika-hamil

Dalam beberapa kes, sakit pinggul semasa hamil yang teruk juga merupakan petanda kelahiran bayi pramatang – kelahiran bayi pada minggu ke-37 kehamilan.

Jika begitu, anda mungkin akan mengalami tekanan pelvis yang merebak ke bahagian paha. Kemudian, ia akan mengakibatkan kekejangan pada bahagian bawah abdomen dan bahagian bawah belakang setiap kali anda berubah posisi.

Akibatnya, kontraksi akan berlaku setiap sepuluh minit dan lelehan berwarna merah jambu atau coklat akan keluar daripada faraj. Ketika ini, anda perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

    Faraj merupakan bahagian tubuh utama wanita yang mempunyai fungsi unik tersendiri. Namun, kondisi vulva bengkak boleh berlaku pada sesetengah individu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/11/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil Kerap Rasa Sakit Bahagian Bawah Perut? Jom Cuba 7 Cara Ini Untuk Atasinya

    Ibu hamil sering alami rasa sakit perut bawah? Jangan bimbang, ada 7 cara untuk mengatasinya yang boleh dicuba. Pasti berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 19/11/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil Yang Dijangkiti HPV, Baca Ini Untuk Tahu Apa Kesannya Terhadap Kandungan!

    Ibu yang sedang hamil dan dijangkiti HPV, ketahuilah bahawa terdapat risiko mengandung yang boleh terjadi kepada kandungan. Jom klik artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 16/11/2020 . 3 minit bacaan

    Selalu Mengalami Keputihan Berwarna Coklat Sebelum Haid, Ini Petanda Kanser Serviks?

    Pernah mengalami keputihan berwarna coklat apabila apabila hampir dengan hari haid? Jika ya, anda mungkin tertanya-tanya sama ada ia normal atau sebaliknya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 13/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    fibroid ketika hamil

    Ibu Hamil Ada Fibroid? Ini Rawatan Yang Akan Dilakukan, Bagi Elak Keguguran!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
    kerap kencing

    Sering Buang Air Kecil Bukan Hanya Sebab Pundi Kencing Aktif, Ada 6 Lagi Punca Lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
    jangkitan kulat

    Ibu Hamil, Jangan Ambil Mudah Jika Ada Jangkitan Kulat Pada Faraj! BAHAYA Kepada Bayi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
    alahan sperma hamil

    Wanita Alergik Sperma Lelaki, Boleh Hamil? Ia Bergantung Kepada Aspek Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan