backup og meta

Sakit Beranak Tak Habis Lagi, Ibu Cuba 4 Posisi Tidur Lepas Bersalin Normal Ini, Mesti Nyenyak!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/02/2024

    Sakit Beranak Tak Habis Lagi, Ibu Cuba 4 Posisi Tidur Lepas Bersalin Normal Ini, Mesti Nyenyak!

    Proses bersalin memerlukan banyak tenaga. Maka untuk memulihkan kembali stamina, ibu mesti mendapatkan tidur yang mencukupi. Disebabkan itu penting untuk mengetahui apakah posisi tidur selepas bersalin normal yang boleh memberikan keselesaan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Posisi tidur selepas bersalin normal yang disarankan

    Selepas bersalin, anda mungkin mengalami rasa sakit atau ketidakselesaan pada bahagian badan tertentu seperti sekitar faraj, payudara hingga ke perut.

    Dengan ketidakselesaan yang dialami ini, anda amat disarankan untuk mengelakkan daripada tidur dalam keadaan meniarap. Ini kerana tidur dalam keadaan tersebut akan menyebabkan peningkatan tekanan pada badan sehingga mengakibatkan munculnya rasa sakit.

    Jadi apakah posisi tidur yang sesuai buat ibu selepas melahirkan anak, ya?

    Secara amnya, kedudukan tidur yang terbaik selepas bersalin adalah yang tidak meningkatkan sebarang tekanan mahupun mengakibatkan ketegangan otot.

    1. Terlentang, antara posisi tidur selepas bersalin normal terbaik

    posisi tidur selepas bersalin normal

    Biasanya untuk beberapa hari atau minggu pertama selepas bersalin, posisi tidur secara menelentang amat menyelesakan dan paling selamat buat ibu baharu.

    Dalam posisi ini, perut dan faraj tidak mengalami tekanan berlebihan sekali gus ia dapat mengurangkan rasa sakit. 

    Untuk menambahkan keselesaan, anda boleh meletakkan bantal di bawah lutut.

    2. Tidur mengiring

    Selain secara menelentang, satu lagi posisi tidur yang disyorkan selepas beranak adalah mengiring. Sebaiknya, semasa tidur dalam posisi ini, pastikan kedudukan punggung anda kekal lurus.

    Anda boleh meletakkan bantal di belakang badan untuk memberikan sokongan bahagian belakang.

    Anda boleh menggabungkan posisi tidur ini dan secara terlentang supaya badan tidak sakit dan diri kekal berasa selesa. Ini sekali gus dapat memberikan anda tidur yang lebih lena.

    posisi tidur selepas bersalin normal

    Posisi tidur selepas bersalin normal #3. Beralaskan bantal

    Tidur di atas bantal boleh menjadi salah satu keselesaan buat para ibu selepas bersalin.

    Penggunaan bantal dipercayai dapat membuatkan anda berasa lebih selesa sambil menyokong tulang belakang.

    Anda boleh meletakkan bantal pada bahagian belakang badan, siku, punggung bawah, lutut atau buku lali untuk memudahkan tidur.

    Pilihan lain adalah dengan memeluk bantal badan dan meletakkannya di antara kaki anda sebagai sokongan semasa tidur.

    Pastikan bantal yang diletakkan pada bahagian kepala lebih tinggi daripada kedudukan badan.

    Memilih tidur dengan cara ini boleh membantu melegakan kesakitan jika anda mengalami luka di bahagian perineum (koyakan faraj) – kawasan antara faraj dan dubur – selepas bersalin secara normal.

    4. Tidur dalam keadaan duduk

    Menurut kajian, posisi tidur selepas bersalin normal dalam keadaan duduk boleh meningkatkan pernafasan dan mengurangkan risiko ibu mengalami apnea tidur selepas melahirkan anak.

    Ini kerana posisi tidur ini dipercayai mampu mencegah serangan apnea tidur obstruktif (OSA).

    Apnea tidur adalah gangguan pernafasan dan mungkin berisiko lebih tinggi pada ibu yang baru pulih selepas bersalin.

    Tidur dalam keadaan duduk adalah cara terbaik untuk ibu selepas bersalin melelapkan mata dan bernafas dengan mudah.

    Kedudukan ini juga tidak akan mengganggu kualiti atau masa tidur anda.

    Baca juga:

    Perkara lain yang perlu anda ambil perhatian selepas bersalin

    Selain mengetahui posisi tidur selepas bersalin normal, terdapat beberapa perkara lain perlu anda berikan perhatian.

    • Rehat yang cukup akan mempercepatkan proses pemulihan badan selepas bersalin. Jadi, gunakan masa sebaiknya untuk berehat
    • Cuba untuk tidur atau berehat semasa bayi tidur. Minta bantuan pasangan atau ahli keluarga lain untuk membantu anda menjaga bayi
    • Jangan lupa sentiasa makan makanan berkhasiat untuk memulihkan stamina selepas bersalin. Elakkan pengambilan alkohol dan sebarang minuman berkafein 
    • Perbanyakkan pengambilan air setiap hari. Air masak, jus buah-buahan dan susu adalah pilihan yang terbaik untuk memenuhi keperluan 8 gelas air harian

    posisi tidur selepas bersalin normal

    Beberapa petua fizikal yang perlu diingat termasuk:

    • Hindari mengangkat barangan berat yang melebihi berat bayi semasa proses pemulihan
    • Kerapkan basuh tangan terutamanya selepas ke bilik air, menukar lampin bayi dan sebelum menyusukan si kecil
    • Hadkan kekerapan menaiki tangga, terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin
    • Jangan malu untuk meminta bantuan daripada pasangan, ahli keluarga atau rakan, seperti menyediakan makanan, membasuh pakaian, tugasan rumah atau membeli barangan runcit
    • Jangan bebankan diri untuk mencapai kesempurnaan. Jika ada rakan yang ingin datang melawat, usah berasa tertekan disebabkan masalah kecil seperti rumah berselerak. Mereka datang untuk menziarahi anda dan si kecil, bukannya untuk menilai kebersihan rumah. Bertenang dan usah serabutkan diri!

    Akhir kata

    Pelbagai perkara penting perlu dititikberatkan oleh ibu selepas bersalin sama ada penjagaan kesihatan diri secara fizikal mahupun mental.

    Paling penting, anda harus cuba untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Jika selepas mencuba posisi tidur selepas bersalin normal dicadangkan, anda masih mengalami masalah tidur, berjumpa doktor untuk mendapatkan bantuan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan